Selamat sejahtera, Berkaitan atau berkaitan dengan? Pada pendapat sy, sepatutnya "berkaitan" kerana mengambil konsep yang sama apabila perkataan berimbuhan apitan ber-an, selepas terus kepada predikat atau pelengkapnya. Contoh: bersumberkan wahyu, berpandukan peta, bermodalkan rm1000 dan sebagainya. Namun, kenapa dalam khidmat nasihat DBP masih banyak menggunakan "berkaitan dengan"? Harap dapat berikan penjelasan kepada saya. Terima kasih. | Untuk makluman puan, kata kerja berapitan beR-...-kan membentuk kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap. Contohnya, bermodalkan RM1000, bersumberkan wahyu dan berpandukan peta. Kata kerja yang terbentuk melalui beR-...-an ialah kata kerja tak transitif yang lazimnya menerima keterangan sendi nama yang memerlukan kata sendi nama seperti dengan, sejak, sehingga dan lain-lain. Contohnya bersedihan sejak..., berkilauan akibat.., berkaitan dengan... dan lain-lain. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 199-200 untuk rujukan.
| Tatabahasa | 06.10.2020 |