Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mua.fa.kat] | برموافقت

Definisi : berunding (utk mencapai se­suatu persetujuan), bermesyuarat: ~lah sahaya sekalian bersama-sama sebab angin terlalu keras; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mua.fa.kat] | برموافقت

Definisi : berunding utk mencapai sesuatu persetujuan; bermesyuarat: Mereka ~ dahulu sebelum mengambil keputusan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muafakat
Kata Terbitan : semuafakat, bermuafakat, kemuafakatan, permuafakatan,

Peribahasa

Berhampar lapik,
     berlicin daun.

Bermaksud :

Bermuafakat mencari penyelesaian yang baik dengan setulus-tulus hati, tidak ada menyembunyikan perasaan-perasaan yang buruk.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan dalam berfungsi sebagai kata sendi nama sekiranya hadir sebelum kata nama. Bagaimana pula sekiranya perkataan dalam hadir sebelum kata kerja. Contoh ayat yang pernah saya baca dalam buku teks BM tingkatan 5 : Kita berasa bangga kerana rakyat Malaysia sentiasa bermuafakat dalam melakukan sesuatu perkara.Adakah salah penggunaan dalam melakukan dalam ayat tersebut.Frasa "dalam" membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Penggunaan perkataan "dalam"menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.

Penggunaan 'dalam'  dalam ayat yang dinyatakan ialah betul.
Tatabahasa12.01.2013
Salam 1Malaysia, 1. Gelaran Munsyi Faizah atau Faizah Munsyi yang betul? 2. Dalam Kamus Dewan, perkataan 'pemuafakatan' untuk disesuaikan dengan 'memuafakatkan' tidak ada. Mengapa? 3. Dalam buku atur cara, perkataan 'persegaran' diguna pakai sedangkan dalam Kamus Dewan tidak ada. Mengapa? 4. Perkataan merarau = makan tengah hari. Bagaimana pula dengan makan petang dan makan selepas jam 10.00 malam? 5. Adakah maksud peribahasa melepaskan batuk/batok di tangga sama? Terima kasih.1. Gelaran yang betulan ialah Munsyi Faizah 
2. Perkataan permuafakatan digunakan untuk merujuk perihal bermuafakat dan perihal muafakat bermaksud kemuafakatan. 
3. Persegaran tidak digunakan kerana tidak merujuk perihal bersegar sebaliknya yang betul ialah penyegaran bermaksud perihal menyegarkan sesuatu. 
4.  Bagi makan petang lebih sesuai digunakan minum petang atau kudapan dan selepas pukul 10.00 ialah makan lewat malam.
5. Maksud peribahasa melepaskan batuk/batok di tangga sama?
Tatabahasa27.04.2012

Kembali ke atas