| Salam sejahtera. Saya dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan tajuk program Pelibatan Ibu Bapa dan Sekolah. Adakah maksud atau penggunaan nya berbeza dengan Penglibatan Ibu Bapa dan Sekolah? | Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri ‘penglibatan” iaitu melibatkan diri sesuatu hal atau perkara, jadi “penglibatan” juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan “pelibatan”. | Tatabahasa | 19.02.2014 |
| paku + me = memaku panas + me = memanas pancing + me = memancing Mengapa pamer + me = mempamer, bukannya memamer? | Awalan Men ialah awaln yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Awaln ini mempunyai empat varian, bergnatung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya iaitu, me, men, dan meng. Bnetuk-bentuk varian ini berlaku seperti yang berikut; men menjadi men apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ny, r, l, w, dan y. Contohnya masak-memasak, nanti-menanti, nya-menyala. Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan di bawah tajuk Kata kerja terbitan muka surat 151. | Tatabahasa | 13.08.2008 |