Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bernoktah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya keliru pengggunaan titik bernoktah dan titik berkoma. A. Jelaskan ciri-ciri kompetensi yang berikut: atau ;0 I. Bertanggungjawab atau bertanggungjawap Ii. Menilai pencapaian atau menilai pencapaian

Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut:

 (1) pada akhir suatu penyataan apabila diikuti
     (a) rangkaian atau pemerian, atau
     (b) penjelasan.

Contohnya:
(a) Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut: kertas, dakwat dan pen.
 (b) Ketua: Abdullah Salleh    Hari : Isnin

(2) di antara jilid atau nombor dengan halaman, (ii) di antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab, atau (iii) di antara judul dengan anak judul.

(3) Digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Contohnya: Ibu: “Bawa bungkusan ini, Mir!”

Tanda koma bertitik (;) digunakan untuk

(1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga.
(2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar.

2. Ejaan yang betul ialah bertanggungjawab 


Tatabahasa24.03.2021
Novel “Salina” (A. Samad Said, 2003) – cth. hlm. 46 dan 90 Buku Ilmiah “Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden” (Othman Puteh dan Ramli Isin, 2003) – cth. hlm. 122, 123, dan 37 Antologi Sastera “Riak Kabus Danau Maninjau” (Hamzah Hamdani dan Abdullah Hussain, 1999) – cth. hlm. 48 dan 75 Karya di atas dirujuk bagi meninjau penggunaan elipsis (. . .) dan juga elipsis bernoktah (. . . .). Dalam karya ini, kedua-duanya digunakan mengikut fungsi tertentu. Menurut “Gaya Dewan”, tidak dinyatakan yang elipsis perlu diakhiri noktah, malah elipsis pada hujung ayat tidak disusuli noktah [rujuk hlm. 72 perenggan kedua (iii) dan ketiga (b)]. Soalan saya: 1. Atas wajaran apakah elipsis bernoktah (. . . .) ini diadakan dan kelihatan (mungkin) tidak mematuhi “Gaya Dewan”? Saya percaya karya DBP yang diterbitkan sebelum “Gaya Dewan” telah menggunakan elipsis bernoktah tetapi tidak kedapatan penggunaannya dalam “Gaya Dewan”. 2. Apakah perbezaan dari segi konteks penggunaan antara elipsis (. . .) dengan tiga titik (...)? Berdasarkan soalan yang pernah diajukan di PRPM, jawapan Khidmat Nasihat DBP pada 1.12.11 (tiada penggunaan 4 titik) bercanggah daripada amalan dalam karya DBP [ada penggunaan 4 titik, (elipsis bernoktah)] dan dalam jawapan 15.6.10, elipsis bernoktah ditulis sebagai “... .” dan bukan “. . ..” atau “. . . .”. Keputusan carian ini berdasarkan carian “.... elipsis” yang ditaip dalam kotak carian. Terima kasih atas penyelidikan teliti dan jawapan diberikan.Kami memohon maaf kekeliruan yang timbul. Setelah merujuk pihak yang pakar, tanda elipsis yang digunakan di akhir ayat perlu tanda noktah. Tanda elipsis ditulis seperti berikut "... .", yakni ada jarak selepas tanda elipsis.

Kami mengucapkan terima kasih kepada saudara atas kajian dan penyelidikan yang sangat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu.
Tatabahasa19.06.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan saya, bagaimanakah untuk menulis bibliografi bagi buku yang tidak ada tahun terbit, tempat terbit atau penerbit (buku-buku lama). Di mana saya boleh dapatkan rujukan penulisan bibliografi yang tidak lengkap maklumat sebegini? Terima kasih.

Cara untuk menulis bibliografi bagi buku yang tidak ada tahun terbit dan tempat terbit/penerbit, mengikut Gaya Dewan Edisi Keempat (2021) adalah seperti yang berikut:

1.  Nama penulis/editor/penyusun diikuti dengan tanda koma.

2.  Tahun terbit (t.t. sekiranya tiada tahun terbit) diikuti dengan tanda noktah.

3.  Judul dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah.

4.  Jilid (jika berkenaan), diikuti dengan tanda noktah.

5.  Edisi dan cetakan (jika berkenaan), diikuti dengan tanda noktah.

6.  Tempat terbit (t.t. sekiranya tiada nama tempat terbit)diikuti dengan tanda titik bernoktah.

7.  Nama penerbit, diikuti dengan tanda noktah.

 

Contoh: Al-Ghazāliyy, Muḥammad Ibn Muḥammad, t.t. Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn. t.t.: Maṭba‘aṯ ‘Īsā al-Bābiyy al-Ḥalabiyy.

Panduan untuk menulis bibliografi mengikut gaya penerbitan DBP, tuan/puan boleh merujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (2024) terbitan Dewan bahasa dan Pustaka.

Lain-lain25.11.2024

Kembali ke atas