1.Pelumba yang menaiki motosikal bernombor dua berjaya___________pelumba yang menaiki motosikal bernombor lima. A.Memotong B.mencantas C. mengejar D. memintas apa jawapanya. | Jawapan yang betul ialah A (memotong) dan D (memintas). | Tatabahasa | 17.04.2012 |
Berapa lama proses pengesahan bahasa pada iklan ? Permohonan saya bernombor 1484/2017 masih dalam proses. Saya menghantar permohonan pada 12 JUN 2017. | Piagam Pelanggan Khidmat Pengesahan Bahasa secara dalam Talian ialah 24 jam waktu bekerja di ibu pejabat (3 hari bekerja) dan Semakan Kedua dan Seterusnya (pembetulan) bermula dari tarikh/masa pelanggan mengemas kini permohonan. Untuk makluman tuan, permohonan bernombor 1484/2017 (Permohonan kali pertama tidak disahkan kerana ada pembetulan) telah selesai disahkan setelah penyemakan kali kedua pada 18/6/2017. | Lain-lain | 16.06.2017 |
Tuan, Saya merujuk kepada permohonan bernombor 21869/2017 (Khidmat Pengesahan Bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka) yang tidak diluluskan. Saya memohon agar perkataan "Pembekal" tersebut dapat kami kekalkan kerana ianya amat penting dan ianya merujuk kepada kepakaran utama perniagaan kami. Sila rujuk kepada lesen iklan pejabat kami di Johor Bahru yang diluluskan oleh MBJB. Untuk maklumat penggunaan perkataan "Pembekal" telah diluluskan oleh pejabat DBP di Larkin Perdana sebelum ini untuk lesen tersebut. Saya harap ianya boleh diselaraskan dan diguna pakai untuk Majlis Perbandaran Kemaman juga. Untuk maklumat tambahan Tuan (dari laman web syarikat kami: LeapEd ditubuhkan pada September 2010 sebagai sebuah syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad untuk menjadi peneraju utama penyedia perkhidmatan pendidikan kepada sekolah-sekolah di Malaysia dan dirantau Asia Tenggara. Harap Tuan dapat memberi kelulusan berdasarkan maklumat yang telah diberi ini. Kerjasama dari pihak Tuan amat dihargai. Terima kasih. Yang menjalankan tugas, Zolhaidi Asst Mgr - Facilities | Sebarang perkara/isu/penerangan berkenaan visual papan iklan, mohon dijelaskan dalam teks permohonan yang terdapat dalam portal KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA DBP, bukannya di portal KHIDMAT NASIHAT BAHASA ini. | Lain-lain | 16.04.2017 |
Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan perkataan bernombor contohnya ke 4 atau ke-4 atau ke4 dan dalam ejaan keempat atau ke empat? Terima kasih | Perkataan ke yang diikuti dengan angka ditulis ke-4, dan sekiranya dieja keempat. terima kasih. | Tatabahasa | 14.03.2007 |
Tolong cek pesanan saya pada 3 mac 2015 bernombor rujukan 1586 atas nama Lim Pui Ting, tempahan dibuat secara online. Tolong balas email saya atau hubungi saya. Terims kasih Lim Pui Ting HP no. 0168307138 | Untuk urusan tempahan tempat/dewan, sila berhubung terus dengan Bahagian Pentadbiran Am, DBP di talian 03-21479095/9409/9080. | Lain-lain | 18.03.2015 |
Salam sejahtera. Saya ingin mengetahui status permohonan KPBDBP yang bernombor 21104/2015. Dipohon pada 27/05/2015, malangnua sehingga hari ini saya masih belum terima pengesahan dari pihak DBP. | Permohonan tuan telah disemak dan diluluskan. | Lain-lain | 02.06.2015 |
No rujukan: Pengesahan Bahasa Melayu - 43677/2016 Saya telah menerima LULUS untuk permohonan pengesahan bernombor rujukan di atas. Bagaimanakah cara untuk saya dapat mencetak Sijil Pengesahan Bahasa DBP bagi tujuan permohonan lesen. Terima kasih. | Untuk mendapatkan sijil pengesahan bahasa , sila buka semula permohonan 43677/2016 dan klik pada nombor kelulusan DBP/KPB/201609/09294. | Lain-lain | 05.09.2016 |
Apakah maksud 'tiada teks bahasa Melayu untuk diterjemahkan' dalam ruangan komen pada maklumat permohonan bernombor pendaftaran 1305/2014, sedangkan teks di dalam iklan adalah 'KELUAR'? Mohon jasa baik untuk pencerahan. | Tuan/Puan, sila lampirkan semula iklan tersebut, kami akan buat penyemakan. Terima kasih. | Lain-lain | 24.01.2014 |
Salam DBP, saya merujuk kepada pantun dari buku Kurik Kundi Merah Saga Kumpulan Pantun Lisan Melayu Edisi Kedua (2005). Pantun bernombor 242: Apa sebab bergelang paun Bambawaran gelang di kaki Apa sebab ke teraun-raun Pembawaan sudahlah di hati Ingin memohon pencerahan kepada istilah 'Bambawaran' di dalam pantun ini. Sudah lama mencari tetapi tidak berjumpa. Terima kasih. | Berdasarkan semakan kami tidak ada maklumat tentang perkataan "bambawaran" dan hanya ditemukan dalam buku berkenaan. Carian di internet juga tidak menemukan sebarang maklumat. | Tatabahasa | 10.03.2017 |
Apakah perbezaan di antara salinan dokumen dan cabutan dokumen? Contoh salinan sijil nikah dan cabutan sijil nikah. | Menurut data kami, salinan ialah 1. turunan (surat dan lain-lain), halaman atau lembaran yang bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dengan yang asal: hanya ~-~ sijil sahaja yang perlu dihantar; 2. terjemahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala cabutan bermaksud 1. apa yang (sudah) dicabut, diambil daripada sesuatu; ~ bertuah undian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (daripada karangan dan sebagainya); (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sehungan dengan itu, rangkai kata yang sesuai ialah salinan sijil nikah. | Makna | 27.12.2018 |