Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ro.pe.ra.si]/[ber.o.pe.ra.si] | براوڤراسي

Definisi : 1. melakukan gerakan (tentera dll); 2. bergerak, berjalan: menerangkan cara sistem itu ~ dlm situasi-situasi baru; 3. menjalankan kegiatan (perniagaan dsb): sehingga kini sebanyak 15 buah syarikat telah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
operasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan gerakan, tindakan, kegiatan, aktiviti, langkah, usaha, kempen;,
Kata Terbitan : beroperasi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman itu beroperasi di dalam laut. Pilih perkataan seerti bagi beroperasi. A. berjalan B. bertugas C. bergegas D. berlabuh Bagi soalan ini, antara A dan B, yang manakah jawapan yang paling tepat?Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman itu beroperasi di dalam laut. perkataan seerti yang paling hampir ialah A. berjalan  (bergerak dari satu tempat ke satu tempat).Tatabahasa01.09.2010
Kenapa Pasar Malam yg biasanya mula beroperasi seawal jam 5ptg tetap kita panggil ia Pasar Malam? Sebaiknya dilabelkan sebagai Pasar Petang terlebih dahulu sehingga jam 6:59ptg. Jam 7 mlm ke atas baru boleh panggil Pasar Malam.. Amacam?

Salam sejahtera puan,
 
Benar seperti yang puan maklumkan. Kebanyakan gerai-gerai di pasar malam mula beroperasi pada petang hari. Merujuk kembali Kamus Dewan pasar malam bermaksud pasar yang diadakan pada waktu malam.

    Pada petang hari para peniaga kebanyakannya memasang kelengkapan gerai jualan kerana pada waktu tersebut cuaca masih cerah memudahkan para peniaga untuk membuat persiapan. Waktu operasi yang sebenarnya adalah pada waktu malam dan sebab itulah pasar yang beroperasi pada waktu malam dipanggil sebagai pasar malam.

Makna01.11.2012
Syarikat kami baharu sahaja mula beroperasi. Kami ingin memohon kelulusan DBP mengenai iklan papan tanda . Oleh itu, sila jelaskan komen DBP seperti yang dinyatakan :- - Status Permohonan : TIDAK LULUS - Pindaan/Komen : Masukkan keterangan iklan "AKADEMI MEMANDU" di bahagian paling atas, sebelah kiri atau tengah-tengah. Minta DBP ulaskan, adakah perkataan "AKADEMI MEMANDU" perlu ditulis di bahagian atas sign board? BAHAGIAN KIRI -SEBELAH TULISAN NAMA SYARIKAT? BAHAGIAN TENGAH ?AKADEMI MEMANDU, hendaklah ditulis di bahagian atas sekali sebelah kiri atau tengah-tengah papan iklan, di baris seterusnya baharulah nama syarikat.Tatabahasa27.04.2015
Tuan, Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia & Sosial, Jabatan Perangkaan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan survei iaitu "Penyiasatan Sektor Informal". Ia mengkaji pertubuhan yang beroperasi tetapi tidak berdaftar dengan agensi pendaftaran/penguatkuasaan seperti SSM, Pihak Berkuasa Tempatan dsbnya dan mempunyai pekerja 1 hingga 9 orang sahaja. Adakah perkataan "Informal" tersebut perlu diterjemah kan atau digunakan terus kerana ia lebih jelas. Mohon pandangan tuan dalam perkara ini. Sekian terima kasihDalam pelbagai bidang ilmu seperti Antropologi, Sosiologi dan Sains Politik istilah informal diterjemahkan kepada Tak Formal. Oleh itu, frasa "Penyiasatan Sektor Informal" hendaklah diterjemahkan kepada "Penyiasatan Sektor Tak Formal".Istilah08.07.2011
Mohon tuan jelaskan penggunaan bahasa yang betul bagi - suku kedua tahun 2013 ATAU suku tahun kedua 2013. Contoh ayat adalah: Banguan tersebut telah dibangunkan untuk beroperasi mulai suku kedua tahun 2013 (ATAU suku tahun kedua 2013). Terima kasih.Frasa yang tepat ialah suku tahun kedua 2013.Tatabahasa16.07.2013
Saya Mohd Shahril bin Mohd Suberi, Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Sungai Bakap, Pulau Pinang ingin memohon sumbangan buku daripada pihak tuan untuk sekolah baru yang mula beroperasi pada tahun ini. Sekolah yang dimaksudkan ialah SMJK Jit Sin 2, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Sekolah ini berada di bawah pemantauan PKG Sungai Bakap. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sumbangan buku daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan hormatnya puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my .Lain-lain17.04.2017
APAKAH MADSUD DAN KEPENTINGAN AEROANGKASAMenurut Kamus Dewan ke-4, Aeroangkasa ialah bidang yang berkaitan dgn roket, pesawat udara, peluru berpandu, kapal angkasa lepas dsb yg terbang atau beroperasi dlm ruang angkasa lepas. Dalam era globalisasi, bidang ini penting kerana ia seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi masa kini. Makna27.12.2007
Selamat pagi. Mohon jasa baik tuan/puan tolong mengenalpastikan kesalahan ayat berikut: 1). Kapten mengangkat piala yang dimenangi bersama-sama pasukannya setelah meraih kemenangan dalam pertandingan bola sepak. 2). Polis berjaya menangkap penyeluk saku yang sedang beroperasi di perhentian bas itu. 3). "Tikar mengkuang ini anyaman saya," kata Kak Akmar. Terima kasih.
Ayat yang betul ialah i.  Kapten mengangkat piala yang dimenangi bersama-sama ahli pasukannya setelah meraih kemenangan dalam pertandingan bola sepak. ii. Polis berjaya menangkap penyeluk saku di perhentian bas itu. iii. "Tikar mengkuang ini anyaman saya," kata Kak Akmar.
Tatabahasa14.01.2020
Liew Yann Pei 6HB JULAI 2.25 PTG Selamat petang kepada pihak DBP, saya ingin tanya pejabat utama DBP di KL ada buka pada hari sabtu? Saya ingin memohon rakan DBP hari sabtu saya bekerja separuh hari sahajaSelamat petang. Pusat Dokumentasi Melayu hanya beroperasi pada hari isnin hingga jumaat sahaja.Lain-lain13.07.2017
Apakah perbezaan di antara perkataan AUDIO VISUAL dan DIGITAL? sila berikan definisi untuk kedua-dua perkataan tersebut. terima kasih.

Makna audiovisual ialah sesuatu yang melibatkan atau menggunakan pendengaran dan penglihatan (berkenaan usaha mengajar atau menyampaikan maklumat dan lain-lain), pandang dengar.

Manakala digital pula bermakna sesuatu yang beroperasi dengan menggunakan angka atau aksara lain untuk mewakili data.

Makna17.03.2009
12

Kembali ke atas