Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pandu
Kata Terbitan : berpandu, berpandukan, memandu, panduan, pemandu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang fungsi klausa sebagai objek , berpandukan ayat contoh berikut "1. Semua orang ingin mendengar mengapa dia melakukan perbuatan itu. 2. Dia menjadikan budak itu anak angkatnya. adakah , klausa selepas kata kerja tersebut berfungsi sebagai objek?Untuk makluman tuan, objek yang terdiri daripada kata nama hadir selepas kata kerja aktif transitif untuk melengkapkan maksudnya.

Dalam ayat pertama, melakukan ialah kata kerja transitif yang menerima objek perbuatan itu bagi melengkapkan makna.
Tatabahasa24.09.2013
Salam sejahtera. Yang manakah adalah betul? 1) berguru kepada Ali atau berguru dengan Ali? 2) belajar kepada Ali atau belajar dengan Ali atau belajar daripada Ali? 3) berpandu pada peta atau berpandukan peta atau berpandu dengan peta? 4) semua orang murid atau semua murid? 5) setiap orang murid atau setiap murid? 6) sesetengah murid atau sesetengah orang murid? 7) beberapa kereta atau beberapa buah kereta? 8) persahabatan antara Ali dan Abu atau persahabatan antara Ali dengan Abu? Terima kasih.1. Berguru kepada Ali.
2. Belajar dengan Ali atau belajar daripada Ali - kedua-duanya betul dengan konteks makna yang berbeza.
3. Berpandukan peta. 
4. Semua murid.
5. Setiap murid.
6. Sesetengah murid. 
7. Beberapa buah kereta. 
8. Persahabatan antara Ali dengan Abu.
Tatabahasa07.10.2022
1. mengesan penjenayah atau menjejaki penjenayah ?

Kedua-duanya betul. Mengesan bermaksud mencari-cari (mengikut) dengan berpandukan kesan (bekas, jejak), manakala menjejaki bermaksud mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dan sebagainya).  

Tatabahasa24.05.2011
Selamat Sejahtera, bolehkah saya mendapatkan maklutmat berikut berkaitan dengan Kamus Dewan Edisi Ke-1 hingga Ke-4 1) Bilangan Entri 2) Sistem Ejaan Sekian Terima Kasih1. Bilangan Entri Kamus:
  • Kamus Dewan (1970) - 68157 entri/subentri
  • Kamus Dewan (1984) - 69057 entri/subentri
  • Kamus Dewan Edisi Baru (1989) - 71057 entri/subentri
  • Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) - 77057 entri/subentri 
  • Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - 82900 entri/subentri

2. Sistem Ejaan:
  • Kamus Dewan (1970) - sistem ejaan Rumi lama
  • Kamus Dewan (1984) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Malaysia sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Baru (1989) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Malaysia sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) - Sistem ejaan Rumi baru bahasa Melayu sejajar dengan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981)
  • Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) - Sistem Ejaan Rumi berasaskan Daftar Kata Bahasa Melayu (2001)
3. Terbitan terkini:
  • Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) - 120 000 entri/subentri yang berpandukan Sistem Ejaan Rumi, Pedoman Umum Ejaan Jawi dan Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu yang terkandung di dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua (2008, 2016), dan memanfaatkan data korpus dalam penyusunan entrinya.
Lain-lain08.03.2022
Saya Irene, pegawai pendidikan yang sedang belajar di UKM. Saya ingin mendapatkan istilah "Argument-Driven Inquiry", "Modified Argument-Driven Inquiry", "Guided Argument-Driven Inquiry" dalam Bahasa Melayu daripada pihak DBP. Saya cuba mencarinya dalam prpm tetapi gagal mendapatnya dengan tepat. Penyelia saya mencadangkan kepada saya untuk mendapat nasihat daripada pihak DBP. Segala perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yan g dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Argument-Driven Inquiry - Pertanyaan Berpandukan Hujah
2.Modified Argument-Driven Inquiry - Pertanyaan Berpandukan Hujah Terubah Suai
3. Guided Argument-Driven Inquiry - Pertanyaan Berpandukan Hujah Terarah/Pertanyaan Berpandukan Hujah Terbimbing
Istilah26.09.2016
Apakah asas yang terbaik untuk menjadi seorang Penyunting? Di Brunei Darussalam, rasanya belum ada manual penyuntingan yang kukuh. Cuma yang ada hanyalah rujukan ke Kamus Dewan Edisi III & IV, Kamus Bahasa Nusantara, Gaya Dewan. Di DBP BD misalnya,ada tiga buah cawangan di bawah Unit Penyuntingan. 1. Buku Cerita Bergambar - untuk Kanak-kanak 2. Buku Ilmiah dan Umum 3. Buku Sastera Senior saya ada mengatakan untuk menjadi Penyunting kena kreatif dan MESTI berpandukan pada asas seperti di atas. Saya, berpandukan Gaya Dewan,Sintaksis, Morfologi dan Tatabahasa Dewan. Apakah ada kekurangan dari gaya penyuntingan saya. Mohon bantuanSecara umum, perkara asas untuk menjadi seorang penyunting ialah penguasaan dan pengetahuan dalam bahasa, bidang dan peringkat bahan yang hendak disunting. Penyunting yang bagus dan kreatif terbina melalui pengalaman dan sifat semula jadi, yang antaranya termasuklah minat terhadap kerja penyuntingan, suka membaca, bersifat ingin tahu, analitis dan kritis, serta berdisiplin. Bahan rujukan ialah alat untuk membantu dalam penyuntingan untuk menghasilkan suntingan yang baik. Gaya penyuntingan pula bergantung pada gaya yang telah ditetapkan oleh penerbit; contohnya di DBP, gaya penyuntingan berpandukan buku 'Gaya Dewan'.Lain-lain17.07.2007
Tuan, berpandukan maksud ketiga perkataan "maka" dalam Kamus Dewan, "maka" bermaksud "bahawa". Jadi, soalan saya, bolehkah perkataan "maka" digunakan sebagai kata komplemen dalam ayat majmuk pancangan komplemen? Contoh ayat: 1. Orang itu menafikan maka dia mencuri dompet itu. Dalam ayat ini, "maka" bermaksud "bahawa". Namun begitu, ayat ini menimbulkan kekeliruan pengguna bahasa. Pengguna bahasa akan keliru sama ada ayat ini bermaksud "Orang itu menafikan bahawa dia mencuri dompet itu", atau "Orang itu menafikan lalu dia mencuri dompet itu." Hal ini kerana selain bermaksud "bahawa", perkataan "maka" juga bermaksud "lalu, dan". Contoh-contoh ayat lain: 2. Lee Kian mendengar maka ada satu peraduan menyanyi yang akan diselenggarakan pada Isnin hadapan. 3. Cikgu Rabiatul mengatakan maka sesiapa yang bising tidak dibenarkan balik. 4. Kerajaan menegaskan maka walau dalam apa jua keadaan pun, rakyat Malaysia mesti bersatu. 5. Encik Wong berasa maka di sebalik lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita yang menyokongnya. Sebagai peringatan kepada tuan, semua perkataan "maka" dalam ayat 2,3,4 dan 5 bermaksud "bahawa" dan memikul tugas yang sama dengan kata hubung komplemen.Kata “maka” tidak boleh berfungsi sebagai kata komplemen. Maksud ketiga bagi “maka” yang bermaksud “bahawa” hanya dalam maksud seperti ayat contoh yang dirakamkan dalam kamus. Sebagai peringatan, terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu, iaitu untuk dan bahawa, sila rujuk Tatabahasa Dewan. 1">Tatabahasa07.12.2014
1) Kenapa ejaan koronavirus bukan virus korona? Bukankah menyalahi hukum D-M. Berdasarkan laman web prpm ada istilah virus korona. Mengapa tidak gunakan istilah yang sedia ada 2) Apa beza koronavirus dengan virus influenza, virus herpes, virus onkogen dan virus polioma?Ejaan yang betul ialah koronavirus kerana koronavirus ialah kata nama, iaitu nama virus yang ditemui dalam badan haiwan dan manusia. Oleh itu, hukum D-M tidak terpakai dalam perkara ini. Ejaan ini juga berpandukan kepada ejaan coronavirus yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) dan dieja rapat.Ejaan04.02.2020
Salam sejahtera tuan ! Dalam koleksi soal jawab tuan ada menyatakan perkara berikut: 1. Hari Deepavali = "H" & "D" huruf besar bagi tujuan penyeragaman. 2. hari Deepavali = "D" sahaja huruf besar dengan berpandukan contoh "hari Isnin", Isnin sahaja huruf besar. Mohon keputusan muktamad yang mana betul dan tepat !Deepavali telah membawa maksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, namun dalam penulisan kita menyeragamkannya dengan perayaan-perayaan lain seperti Hari Natal, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali. 1"> Lain-lain16.10.2016
strand 1 vt (usu pass.), (run aground) dampar; (stopped from continuing) terkandas: the vessel was ~ed on a sandbank, kapal itu terdampar di tebing pasir; he was ~ed in Karachi, dia terkandas di Karachi; Kamus Inggeris-Melayu Dewan maroon 1 vt 1. abandon , membuang, mengasingkan: they ~ed the poor sailor on an island , mereka membuang kelasi yg malang di sebuah pulau; 2. ( always pass. ) strand , terkandas, terdampar: the survivors Kamus Inggeris-Melayu Dewan Sesuaikah "stranded patient" diistilahkan sebagai "pesakit terkandas"

Menurut The Emergency Care Improvement Programme (ECIP) di England,  stranded patients ditakrifkan sebagai “patients with a length of stay of seven days or more.” Huraian lanjut pula;  1">

1"> 

A stranded patient review is a snapshot audit of a health setting (for example, an acute trust or whole health system) on a single day, to find out what patients are waiting for and how many could be treated in a different setting. It identifies what the clinical plan is for each stranded patient, and what the next steps will be on the day of review.1">

1"> 

A stranded patient review, even if done only once, will provide useful information about your ward, trust or system. Reviews highlight opportunities to care for patients in a different, potentially safer, way by overcoming key delays and identifying patient groups currently stuck in your system who could be cared for at home. Patient stories can convince everyone in the system that it’s important to overcome delays in discharge, and act as a catalyst for bigger improvements. These reviews are likely to dispel myths in your system about why patients are waiting.”1">

1"> 

Berdasarkan huraian di atas, perkataan “pesakit terkandas” sebagai padanan bahasa Melayu untuk stranded patient boleh diterima berpandukan maksud kiasan perkataan “terkandas”, iaitu tersekat atau terbantut di tengah jalan. (Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). 1">

Istilah18.11.2018
12

Kembali ke atas