Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mempunyai atau mengguna­kan sesuatu sebagai pangkal: nama sesuatu yg khusus yg ejaannya ~ huruf besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpangkalkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang, Betulkah ejaan yang berpangkalkan 'kau' perlu dieja rapat dengan perkataan selepasnya? Contohnya: kauharungi, kauhadapi, kaumengutuk, kaumenerimanya, kauambil Terima kasih.Kata ganti nama singkat 'kau' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Misalnya kauterima.Tatabahasa21.03.2013
Solan berkenaan ejaan "Ahli Udara" atau "ahli udara" persoalan ejaan kerana saya merasakan Ahli Udara adalah nama khas bagi tentera udara malaysia sahaja

Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaan berpangkalkan huruf besar. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya.

Ejaan Ahli Udara perlu ditulis berpangkalkan huruf besar sekiranya merujuk kepada jawatan. Ejaan ahli udara pula ditulis menggunakan pangkal huruf kecil apabila digunakan dalam konteks yang umum.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2013), halaman 84.

Tatabahasa01.10.2025
Apakah perkataan dalam bahasa inggeris untuk Hospital Kuala Lumpur? kekal sebagai Hospital Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Hospital? Bagaimanakah cara untuk membuat semakan terjemahan kata nama khas sebegini?

Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Hospital Kuala Lumpur merupakan kata nama khas di bawah kategori kata nama khas tak hidup.  Nama khas dalam bahasa Melayu lazimnya tidak diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, melainkan dalam situasi atau konteks tertentu yang memerlukan nama khas ini diterjemahkan. Contohnya, penggunaan nama khas ini dalam teks bahasa asing, seperti penulisan artikel berbahasa Inggeris.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 84 dan 85.

Makna04.02.2025
Saya ingin bertanya ejaan yg betul. Di Madinah, salah satu tempat yang perlu dikunjungi ialah Perkuburan Baqi / Di Madinah, salah satu tempat yang perlu dikunjungi ialah perkuburan Baqi? Huruf p pada perkataan perkuburan perlu ditulis dengan huruf besar atau tidak?

Ejaan yang betul ialah Perkuburan Baqi.  Perkuburan Baqi ialah kata nama khas dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 84 dan 85.

Ejaan01.11.2025
perkataan seperti "tahun" yang membawa maksud jangka waktu dikategorikan di bawah golongan kata yang mana? Jika dibandingkan dengan perkataan "year" dalam kamus bahasa Inggeris, walaupun membawa maksud yang sama namun perkataan tersebut dikategorikan sebagai noun iaitu kata nama.Kata nama, kata kerja,dan kata adjektif bolehlah disebut sebagai golongan kata utama kerana menjadi inti bagi frasa utama ayat, iaitu frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.

Golongan kata nama, merangkumi sejumlah kata perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.


Kata nama terbahagi kepada tiga, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaan berpangkalkan huruf besar.

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya dan ditulis dengan huruf kecil.


Perkataan tahun tergolong dalam kata nama am, kerana bersifat umum.
Tatabahasa09.03.2015

Kembali ke atas