Bagaimana saya nak terjemahkan perkataan ini, GRAB BAR yang merujukm kepada batang besi yang di pasangkan pada dinding untuk membantu orang yang sakit atau lemah berjalan sambil berpaut atau berpegang padanya. | Kami mencadangkan "grab bar" diterjemahkan sebagai "bar cekau", "bar genggam" atau "bar cengkam", bergantung kepada bentuk bar, batang besi atau palang tersebut serta konteks dan konsep penggunaannya. | Istilah | 14.07.2020 |
penggunaan di dan pada Cikgu Ali menulis mutiara kata pada/di papan hitam. | Penggunaan kata sendi nama yang betul dalam ayat ini ialah pada kerana kata sendi nama "pada" digunakan bagi menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contoh lain: berpaut pada palang besi, tersangkut pada tiang telefon, ditampal pada papan kenyataan dll. Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama/frasa nama yang menunjukkan tempat, contohnya di sekolah, di perhentian bas dll. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265 dan 274. | Tatabahasa | 03.12.2010 |
Sila jelaskan perbezaan antara "bergantung pada" dan "bergantung kepada". Terima kasih | Frasa yang gramatis ialah "bergantung pada". Kata sendi nama 'pada' digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contoh lain : berpaut pada. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265-284. | Tatabahasa | 25.08.2011 |
Salam Ramadan, 1. Bergantung pada / kepada Yang mana satu betul ? Ada pandangan yang mengatakan kedua-keduanya betul, cuma maksud yang berbeza. Terima kasih. | Frasa yang gramatis ialah "bergantung pada". Kata sendi nama 'pada' digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contoh lain : berpaut pada. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265-284. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
knp ayat 'bergantung kepada guru.' salah? bergantung pada usaha. betul ke? boleh jelaskan tq | Saudara Yu, Frasa 'bergantung pada' merupakan frasa yang betul. Kata sendi nama 'pada' digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contoh lain : berpaut pada. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 28.07.2009 |