a) Kerbau berpegang kepada talinya, manusia berpegang kepada janjinya. b) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya. c) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang kepada janjinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa, Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. | Lain-lain | 29.11.2011 |
Yang mana lebih tepat: a) Kerbau berpegang kepada talinya, manusia berpegang kepada janjinya. b) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya. c) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang kepada janjinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa, Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. | Lain-lain | 29.11.2011 |
berpegang teguh pada janji atau berpegang teguh kepada janji? contoh ayat - Semoga kita sentiasa berpegang teguh kepada janji... | Kedua-dua kata sendi nama "pada" dan "kepada" boleh digunakan dalam ayat yang diberikan. Walau bagaimanapun, kata sendi nama "pada" lebih lazim digunakan dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 272-276. | Tatabahasa | 08.08.2025 |
Assalamualaikum, "Berpegang kepada sabda Rasulullah" atau "Berpegang pada sabda Rasulullah"? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "Berpegang pada sabda Rasulullah". | Tatabahasa | 27.03.2024 |
berpegang teguh pada ajaran agama atau berpegang teguh kepada ajaran agama? mana satu yang betul? | Frasa yang betul ialah 'berpegang teguh pada ajaran agama'. | Tatabahasa | 06.04.2011 |
DBP, BERIKUT YANG MANAKAH ADALAH BETUL? (A)berpegang teguh kepada ajaran agama ATAUPUN (B)berpegang teguh pada ajaran agama | Ungkapan yang betul ialah "berpegang teguh pada ajaran agama". | Tatabahasa | 27.05.2011 |
maaf. sama seperti soalan yang tadi, jika ditukar kepada ikrar. berpegang teguh kepada ikrar atau berpegang teguh pada ikrar? terima kasih | Perkataan "janji" dan "ikrar" mempunyai maksud yang sama. Oleh hal yang demikian, kedua-dua kata sendi nama "pada" dan "kepada" boleh digunakan dalam contoh frasa yang diberikan. Walau bagaimanapun, kata sendi nama "pada" lebih lazim digunakan dalam frasa atau ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 272-276. | Tatabahasa | 08.08.2025 |
Salam sejahtera, Contoh ayat; A(Adik-beradik) itu B(berpegang) tangan ketika menyeberangi titi kecil yang meringtangi longkang yang C(dalam) itu. Jawapan B iaitu berpegang dikatakan salah, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikannya ? Bolehkah perkataan menuntun digunakan ? | Perkataan yang boleh digunakan ialah menuntun dan memimpin. Sila layari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna bagi perkataan tersebut. | Makna | 27.02.2013 |
1) Dia memang mempunyai bakat dalam pidato. a) keupayaan b) kemahiran c) kecekapan Soalan: Jawapan yg tepat untuk bakat ialah...? 2) Masyarakat Minang kuat berpegang / memegang kepada adat Pepatih. Soalan: berpegang atau memegang? Harap dpt memberi penjelasan. 3) Baju yang dijahit oleh ibunya itu amat cantik sekali. Soalan: Adakah ayat ini betul? Bolehkah ada dua kata penguat di dalam satu ayat? 4) Puan Rozita___mata pelajaran Sains. Soalan: Dlm konteks ini, mengajar atau mengajarkan? Terima kasih. | 1. Tidak mempunyai jawapan. Ayat yang betulnya ialah 'dia memang mempunyai bakat dalam berpidato atau dia memang berbakat dalam pidato'. 2. Masyarakat Minang kuat berpegang pada adat Perpatih. 3. Baju yang dijahit oleh ibu sangat/ amat cantik sekali. 4. Puan Rozita mengajarkan mata pelajaran Sains. Harap maklum. | Tatabahasa | 20.06.2008 |
1) berikut adalah ayat yang akan digunakan dalam satu iklan jam CYMA. Betulkah penggunaan ayat tersebut ataupun tidak jelas maksudnya??? Sesetengah Orang Berpegang Teguh Kerana Prinsip Teguh kerana Kehendak. | Dua teks dikemukakan. 1. Sesetengah orang berpegang teguh pada prinsip 2. Teguh kerana kehendak | Tatabahasa | 23.09.2008 |