Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.le.si.ran] | برڤلسيرن

Definisi : bersuka-suka, berseronok-seronok: pemuda dan pemudi ~ di jalan-jalan dgn tidak berasa segan dan malu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pelesir
Kata Terbitan : berpelesir, berpelesiran, kepelesiran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan , berfoya-foya di pusat kafe siber Boleh bermaksud berpelisiran di pusat kafe siber?Berfoya-foya dan berpelesiran mempunyai maksud yang sama, iaitu bersuka-suka.Tatabahasa28.05.2015
Mengapa kata berpeleseran tiada dalam kamus tetapi ada dalam Istilah Malaysia PRPM?Salam sejahtera,

Tuan,

Perkataan yang betul ialah berpelesiran dan terdapat dalam Kamus Dewan.  

Sekian, terima kasih.
Istilah25.02.2019
Mohon untuk mendapatkan maksud/makna perkataaan dan ejaan yang betul. 1. Seseorang peleser 2. peleser perkataan ini tidak diperolehi semasa membuat carian DBP secara onlineDalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) tiada kata "peleser" yang dijadikan kata masukan.

Ejaan sebenarnya ialah "pelesir" dan makna bagi "berpelesiran" ialah:

1. berfoya-foya atau berseronok-seronok dan menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah;

2.  berjalan-jalan tanpa arah dan tujuan;

Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk halaman 1655 Kamus Dewan Perdana.

Penggunaan kata adalah bergantung kepada konteks penggunaan sesuatu kata.
Lain-lain10.01.2022
Salam bahagia, sesetengah pelajar begitu ghairah menggunakan kata 'rentetan' untuk mengungkapkan maksud 'ekoran' atau 'akibat' atau 'gara-gara' dalam penulisan karangan. Sudah berkali-kali saya merujuki Kamus Dewan untuk memastikan penggunaan kata itu betul kerana penggunannya begitu lelluasa sekali. Sebagai contohnya, "Penghidupan nelayan di negara kita terancam rentetan pencemaran laut." Ada pula menggunakan frasa 'rentetan itu' untuk membawa maksud 'sebagai akibatnya'. Contohnya, "Renteran iu, remaja ponteng sekolah dan berpelesiran di kompleks beli-belah." Adakah kata 'rentetan' sesuai dalam konteks kedua-dua kalimat tersebut? Sila berikan penjelasan agar semua pengguna bahasa Melalyu mendapat manfaat daripadanya. Salam hormat, Kay Seven, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Rentetan bermaksud deretan peristiwa atau bunyi. Penggunaan perkataan rentetan hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya. Dalam hal ini guru boleh memainkan peranan untuk membimbing pelajar menggunakan perkataan yang betul berdasarkan konteks ayat.Makna21.12.2016

Kembali ke atas