Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.lu.kan]/[ber.pe.lu/.kan] | برڤلوقن

Definisi : saling ber­peluk: mereka ~ sebelum berpisah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpelukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Mana satukah ayat yang betul. "Mereka bersalaman sesama sendiri." Atau "Mereka berpelukan sesama sendiri."Kedua-dua ayat tersebut betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa21.01.2013
asslm. saya hanya ingin bertanya tentang ayat saya yang menggunakan perkataan bukan sahaja dan malah. contohnya, "mereka bukan sahaja boleh bergurau malah boleh berpelukan." betulkah ayat ini? atau dimanakah silapnya? minta bantuan. TK.Penggunaan kedua-dua kata/frasa tersebut adalah betul.Tatabahasa08.06.2011
1. Kuih-muih merupakan kata ganda berentak dan bermaksud banyak atau bermacam-macam kuih. “Pelbagai  jenis kuih-muih” adalah betul tetapi lewah. “Pelbagai jenis kuih” juga adalah betul dan tidak lewah. 2. “Saling berpeluk-pelukan” adalah betul tetapi lewah. “Saling berpelukan” adalah betul dan tidak lewah. Apakah maksud "lewah"? Terima kasihLewah dalam hal ini bermaksud penggunaan kata berlebih-lebihan yang tidak perlu. Penggunaan kata yang lewah dalam pembinaan ayat perlu dielakkan.Makna24.03.2014
1. Saya telah menerima balasan daripada tuan bahawa "pelbagai jenis kuih-muih" adalah betul. Tetapi saya mendapati kuih-muih bermaksud bermacam-macam jenis kuih..adakah "pelbagai jenis kuih" lebih tepat? 2. Saling berpeluk-pelukan salah? Jawapan yang tepat saling berpeluk..betul?

1. Kuih-muih merupakan kata ganda berentak dan bermaksud banyak atau bermacam-macam kuih. “Pelbagai  jenis kuih-muih” adalah betul tetapi lewah. “Pelbagai jenis kuih” juga adalah betul dan tidak lewah. 2. “Saling berpeluk-pelukan” adalah betul tetapi lewah. “Saling berpelukan” adalah betul dan tidak lewah.

Tatabahasa20.03.2014

Kembali ke atas