ada guru berpendapat, tambahan pula bukan penanda wacana tetapi kata hubung. Oleh itu, penggunaannya adalah begini. Ali merupakan harapan keluarganya, tambahan pula ayahnya sudah meninggalkan dunia. Bukannya begini. Ali merupakan harapan keluarganya. Tambahan pula ayahnya sudah meninggalkan dunia. Begitu juga dengan kata bak....tidak boleh selepas noktah atau untuk memulakan ayat baharu. Contoh: Kita mesti berusaha dengan bersungguh-sunguh, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapaykan sagunya? Bukannya Kita mesti berusaha dengan bersungguh-sunguh. Bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapaykan sagunya? Bagaimana pendapat tuan? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 526 frasa tambahan pula disenaraikan sebagai penanda wacana penghubung tambahan. Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya seperti ayat contoh yang kedua. | Tatabahasa | 08.04.2012 |
merujuk soalan 106, saya berpendapat bahawa ayat' sampah bertaburan' betul , sebaliknya ayat' sampah sarap bertaburan' kurang tepat kerana ' bertaburan' mempunyai maksud jamak. Oleh itu, subjeknya lebih sesuai jika 'sampah' .Keadaan ini samalah dengan ayat' bintang bertaburan di langit' adalah betul dan bukannya' bintang-bintang bertaburan di langit'. Minta berikan pandangan, terima kasih. | Encik Wong, Sampah bermaksud benda-benda yang terbuang, kotoran. Sarap bermaksud sampah. Sampah sarap pula bermaksud berbagai-bagai sampah atau bermacam-macam sampah, iaitu merujuk jenis sampah. Oleh itu, frasa sampah sarap bertaburan boleh diterima. | Tatabahasa | 14.05.2010 |
Merujuk soalan 106, saya berpendapat' sampah bertaburan' betul sebaliknya ' sampah sarap bertaburan' adalah kurang tepat . Hal ini adalah kerana 'bertaburan' mempunyai maksud jamak. Oleh itu, memadailah subjeknya ditulis' sampah' daripada menggunakan' sampah sarap' yang membawa maksud bermacam-macam sampah. Sila beri pandangan tuan. terima kasih. | Kedua-duanya betul. Sampah sarap bertaburan bermaksud terdapat berbagai-bagai jenis sampah yang bertaburan. | Lain-lain | 14.05.2010 |
Merujuk soalan 85. Saya berpendapat bahawa ' ' Sila hubungi Cik Yusop bin Mohamad melalui talian 03-33333333'. lebih tepat kerana 'melalui' juga boleh dianggap sebagai kata sendi nama (TD Edisi Ketiga m.s 279) dengan contoh ayatnya' Berita kematiannya dihebahkan melalui radio'. ' Melalui' digunakan kerana berkaitan dengan maksud ' saluran' penyampaian maklumat. Minta pandangan tuan. | Kami bersetuju dengan pandangan saudara. | Tatabahasa | 25.03.2010 |
apakah yang dimaksudkan dengan leadership? kerana sesetengah pengkaji berpendapat kepimpinan dan sesetengahnya kepemimpinan. yang mana satu harus digunakan dalam kajian saya yang bertajuk Instructional Leadership setelah dialih ke bahasa melayu. terima kasih!! | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan dan sebagainya) seseorang pemimpin. Oleh itu, puan boleh pilih salah satu yang bersesuaian dengan konteks dan konsep istilah tersebut. | Makna | 28.02.2013 |
dapat memperjelas lagi kaitan istilah 'bumiputera' dengan istilah 'rakyat', kerana saya berpendapat ini boleh dipermainkan menjadi isu yang kontroversial. | Dalam Kamus Dewan, maksud bumiputera ialah anak negeri, peribumi. Rakyat pula ditakrifkan seperti yang berikut: 1 seluruh penduduk sesebuah negara 2. anak buah, orang sebawahan 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa 4. pasukan perang, bala tentera. Walau bagaimanapun, untuk aspek yang lebih teknikal, puan perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan rakyat. Kamus Dewan hanya memberikan makna untuk difahami dan tidak melibatkan aspek teknikal atau perundangan. | Istilah | 01.11.2012 |
Adakah syarikat gabungan terjemahan yang betul untuk Affiliated Company? Rakan sekerja saya berpendapat bahawa syarikat tergabung adalah terjemahan yang betul. Salam Sejahtera. | Saudara, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah syarikat gabungan. | Istilah | 17.12.2010 |
Kedaifan penduduk-penduduk yang mendiami kawasan itu mendapat perhatian daripada wakil rakyat. Saya berpendapat 'penduduk-penduduk' betul. Apa pendapat tuan? | Penduduk bermaksud orang yg menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dll). Oleh itu, perkataan penduduk dalam ayat tersebut tidak perlu digandakan. Ayat yang betul ialah 'Kedaifan penduduk yang mendiami kawasan itu mendapat perhatian daripada wakil rakyat.' | Tatabahasa | 30.08.2007 |
Kek itu mengembang sebaik sahaja dikeluarkan dari ketuhar. (Adakah ayat di atas betul?Saya berpendapat bahawa kata kerja "mengembang"yang digunakan tidak sesuai) | Saudara, Perkataan mengembang dalam ayat itu sesuai digunakan. | Tatabahasa | 07.07.2010 |
salam. 1)"oleh kerana" dan "oleh sebab", yang mana satu salah penggunaannya? 2) betulkah penggunaan perkataan dalam ayat Ini? - "semalam-malaman" dia tidak dapat tidur memikirkan masalah itu. -"setengah-setengah" orang berpendapat kajian yang dibuat itu kurang tepat. -Ali sempat "merakamkan" pemandangan waktu pagi ketika berada di puncak Gunung Kinabalu. Tq | 1. Penggunaan yang salah ialah oleh kerana (yang betulnya oleh sebab), oleh merupakan kata nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. 2. Semalam-malaman (semalaman - juga betul dan sama maknanya) dia tidak dapat tidur memikirkan masalah itu. 3. Setengah (tidak perlu digandakan) orang berpendapat kajian yang dibuat itu kurang tepat. 4. Ali sempat merakamkan pemandangan waktu pagi ketika berada di puncak Gunung Kinabalu. | Tatabahasa | 08.07.2008 |