Assalamualaikum, saya ingin tanya satu soalan tentang jenis kata. Perkataan ‘berpengetahuan’ ialah kata kerja atau kata nama? Saya berharap pihak DPB dapat memberikan penjelasan juga. Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Perdana, kata "berpengetahuan" digolongkan dalam kata kerja tak transitif. | Tatabahasa | 15.04.2023 |
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan penjelasan terperinci tentang maksud rangkaikata berikut: 1. berpengetahuan mendalam 2. berkemahiran tinggi 3. berpengalaman luas 4. pakar bidang pengkhususan 5. mengamalkan nilai profesional 6. meningkatkan profesionalisme 7. pakar rujuk 8. pembimbing yang diperakui Sekian, terima kasih. | Saudara boleh merujuk Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan atau kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan frasa di bawah. Hanya 'pakar rujuk' merupakan rangkai kata. 1. berpengetahuan mendalam 2. berkemahiran tinggi 3. berpengalaman luas 4. pakar bidang pengkhususan 5. mengamalkan nilai profesional 6. meningkatkan profesionalisme 7. pakar rujuk - ahli (mahir, pandai sekali) dlm sesuatu ilmu dll: orang yg ~ ; 2. orang yg ahli (pandai sekali, mahir) dlm sesuatu ilmu dll: ~ ekonomi; ~ kewangan; ~ tanaman; ~ runding pakar (dlm sesuatu bidang atau ilmu pengetahuan) yg dirujuk atau dirunding utk melaksanakan atau menyelesaikan sesuatu 8. pembimbing yang diperakui | Tatabahasa | 04.10.2012 |
ASKUM.......SAYA INGIN MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT TENTANG ISTILAH MODL INSAN | Modal insan ialah tenaga manusia yang berpengetahuan, berdisiplin dan berakhlak. Modal insan merupakan faktor penting dalam pembangunan negara. Pembinaan modal insan bermula daripada aspek pendidikan, kemahiran dan agama serta akhlak yang baik. Sila rujuk rencana-rencana yang berkaitan perkara ini dalam akhbar perdana. | Makna | 07.04.2007 |
maksud dalam bahasa melayu 1) bestari 2) bistari | Ejaan yang betul ialah bestari. Maknanya ialah cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik. | Lain-lain | 19.10.2010 |
maksud bistari secara detail dan perkataan seerti bistari | Ejaan yang betul ialah bestari. Maknanya ialah cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik. | Makna | 19.09.2008 |
Apakah maksud modal insan? | Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. | Lain-lain | 19.11.2007 |
Maksud pembangunan modal insan. | Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manuasia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. | Makna | 16.10.2006 |
SELAMAT SEJAHTERA, SAYA SANGAT BERHARAP AGAR PIHAK KHIDMAT NASIHAT DBP DAPAT MEMBACA SOALAN DENGAN LEBIH TELITI AGAR DAPAT MENYELESAIKAN KEMUSYKILAN KAMI YANG KURANG BERPENGETAHUAN DARI SEGI BAHASA INI. BANYAK KALI SAYA AJUKAN PERKARA YANG SAMA, TETAPI PIHAK DBP TIDAK MENJAWABNYA DENGAN TEPAT. MUNGKIN KERANA TIDAK FAHAM ATAU TIDAK MEMBACA DENGAN BETUL. SAYA KERAP HANTAR SOALAN YANG SAMA KERANA TIADA JALAN PENYELESAIAN. TOLONGLAH BACA DENGAN SANGAT TELITI. | Kami ambil maklum tentang saranan anda. Anda juga boleh melayari laman web https://prpm.dbp.gov.my/ untuk mendapatkan sebarang maklumat berkaitan tatabahasa, istilah dan sebagainya. | Lain-lain | 21.06.2021 |
maksud guru penjana modal insan cemerlang | Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di atas. | Lain-lain | 11.06.2008 |
apakah maksud MODAL INSAN secara keseluruhannya | Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. | Lain-lain | 16.11.2007 |