Apakah tajuk karangan sesuai digunakan pantun ini. Alam Pura Raja Mahkota,Pergi berperang ke Basanah,Ingat-ingat mengeluarkan kata,Zaman sekarang banyak fitnah. | Contoh pantun di bawah ialah pantun nasihat. Alam Pura Raja Mahkota; Pergi berperang ke Basanah; Ingat-ingat mengeluarkan kata; Zaman sekarang banyak fitnah. | Sastera | 05.01.2021 |
(1)Dibunuh dengan/secara kejam? (2) Berperang di/pada/kepada jalan Allah? | 1. dengan dan secara adalah betul. 2. di | Tatabahasa | 08.11.2011 |
maksud tantangan | Antara maksud tantangan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah ajakan berkelahi (berperang dll). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman sesawang DBP, klik pada carian spesifik perkataan yang ingin diketahui makna. | Makna | 04.03.2009 |
Salam sejahtera ! Mohon pandangan tuan tentang perkara berikut; Terima kasih. | Jawapan: "Medan peperangan" bermaksud medan (tempat) berperang (Kamus Dewan Edisi Keempat). Oleh itu, jawapan "medan peperangan" bagi ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 21.08.2014 |
adakah betul perkataan 'memperdamaikan'? adakah damai kata nama atau adjektif? | Perkataan memperdamaikan boleh digunakan yang bermaksud membaikkan semula dua pihak yang bergaduh (berperang, bermusuh-musuhan dan lain-lain) atau menjadikan berdamai. Contoh ayat, Dia mencuba memperdamaikan orang-orang Israel dengan orang-orang Palestin. | Tatabahasa | 16.08.2010 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin meminta bantuan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka agar memberikan maklum balas kepada cadangan terjemahan yang sesuai bagi frasa "Make Love, Not War" ke dalam bahasa Melayu. Adakah tepat; atau setidak-tidaknya sesuai mengikut konteks ayat sekiranya saya memberikan beberapa cadangan terjemahan terhadap frasa yang disebutkan di atas seperti berikut: a) Bikin Cinta, Bukannya Berperang b) Berkasih Sayanglah, Janganlah Berperang c) Mencipta/Membuat Cinta, Jangan Berperang | Cadangan terjemahan bagi frasa "Make love, not war" ialah “Pupuk kasih sayang, bukan peperangan”. Walau bagaimanapun, terjemahan ini hendaklah disesuaikan dengan bidang dan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.11.2022 |
Asslamualaikum, Adakah perkataan 'GEMPUR' dan 'TEMPUR' membawa maksud yang sama? Antara kedua-dua perkataan itu,yg manakah membawa maksud 'serang dan rosakkan'? | Gempur bermaksud diserang dan dibinasakan, manakala tempur bermaksud berlanggaran, berkelahi, berjuang, berperang. | Makna | 30.05.2009 |
Apakah perbezaan antara tersebut dan terbabit? Selalunya wartawan akan menggunakan perkataan terbabit, sedangkan saya rasa perkataan tersebut lagi halus/lembut. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud terbabit ialah: terlibat, tersangkut (dlm sesuatu perkara), terseret: apabila Britain berperang dengan Jerman, negara-negara lain pun terbabit sama; Terbabit dalam persengketaan orang lain; Tersebut: 1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya;
| Makna | 19.05.2014 |
Apakah perbezaan antara kedamaian dengan pendamaian?Sila berikan contoh ayat. terima kasih. | Kedamaian bermaksud keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dan sebagainya; manakala pendamaian bermaksud perihal usaha membaikkan dua pihak (negara dsb) dengan menamatkan atau menyelesaikan perselisihan dan sebagainya, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dsb) yang bermusuhan (berperang, bertelingkah, berselisihan, dsb). | Tatabahasa | 06.04.2011 |
Bolehkah "fighter" diterjemahkan sebagai petarung? Dalam tinju terdapat peninju. Dalam silat terdapat pesilat. Dalam gusti terdapat penggusti. Dalam pertarungan haruslah ada petarung, iaitu seseorang yang tidak tertumpu pada satu bentuk seni bela diri sahaja. Ahli bela diri pula tidak sesuai kerana mereka bukan membela diri tetapi bertarung. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'fighter' ialah pejuang yang bermaksud orang yang berjuang untuk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu manakala merujuk istilah sasar bagi tarung pula ialah berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, berbantah atau berdebat. Maka perkataan pejuang lebih sesuai digunakan bagi seseorang yang ingin merebut, mencapai atau mempertahankan sesuatu perkara atau benda. | Makna | 01.12.2021 |