Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pi.da.to] | برڤيداتو

Definisi : menyampaikan pidato: dia memang sudah biasa ~; kemahiran ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pi.da.to] | برڤيداتو

Definisi : menyampaikan pidato; bersyarah; berucap: Dia memang pandai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pidato (kata nama)
Bersinonim dengan ucapan, syarahan, khutbah, ceramah, kuliah;,
Kata Terbitan : berpidato, pemidato,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
CARA BERPIDATO? BAHASA MELAYU..KALAU ADA CONTOH BOLEH EMAILKAN SEKALI..URGENT

Sebelum seseorang berpidato pemidato hendaklah terlebih dahulu mempunyai sifat-sifat yang positif  supaya dapat memberikan ucapan yang berkesan. Antara sifatnya ialah berpengetahuan, berkemahiran, berkeyakinan dan berkeperibadian baik. Selain itu, prinsip asas pengucapan awam perlulah diamalkan, iaitu yang berkaitan dengan pengumpulan, penyusunan, penguasaan isi, penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan penyampaian ucapan kepada pendengar sasaran. Untuk maklumat yang lebih terperinci saudara disarankan merujuk buku Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua oleh Abdul Mua'ti@Zamri Ahmad. Saudara juga boleh merujuk bahan ini:

1. Pidato Berpidato - Seni dan Teknik oleh Rahmat lsmail Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000

2. Pidato Politik - Menjana Kredibiliti mendepani Khalayak oleh Ahmad Zahid Hamidi Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2004.

Lain-lain31.08.2009
bagaimana nak berpidato?daya cakapnye

Saudara,

Sebelum seseorang berpidato pemodato hendaklah terlebih dahulu mempunyai sifat-sifat yang posiitif  supaya dapat memberikan ucapan yang berkesan. Antaranya sifatnya ialah berpengetahuan, berkemahiran, berkeyakinan dan berkeperibadian baik. Selain itu, prinsip asas pengucapan awam perlulah diamalkan, iaitu yang berkaitan dengan pengumpulan, penyusunan, penguasaan isi, penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan penyampaian ucapan kepada pendengar sasaran. Untuk maklumat yang lebih terperinci saudara disarankan merujuk buku Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua oleh Abdul Mua'ti@Zamri Ahmad.       

Lain-lain06.08.2009
Terima kasih atas penerangan yang diberi untuk soalan saya bertarikh 24/03/2011. Satu lagi soalan berkenaan tanda baca. Soalan: Letakkan tanda bacaan dan huruf besar pada tempat yang sesuai. syabas atas kejayaan anda menjadi johan pertandingan berpidato peringkat negeri sembilan Jawapan anak saya: Syabas, atas kejayaan anda menjadi johan Pertandingan Berpidato Peringkat Negeri Sembilan! Soalan saya: Adakah jawapan yang diberi oleh anak saya betul? Terima kasih.Syabas, atas kejayaan anda menjadi johan Pertandingan Berpidato Peringkat Negeri Sembilan! - penggunaan tanda baca dalam ayat ini adalah betulTatabahasa29.03.2011
Untuk maksud cara berpidato, manakah istalah paling tepat ? MENYAMPAIKAN PIDATO, ATAU PENYAMPAIAN PIATO ?Untuk makluman, menyampaikan pidato atau penyampaian pidato bukan istilah khusus dan penggunaannya bergantung pada ayat. Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami ialah pidato (elocution/oration - bidang Kesusasteraan)  dan pidato umum (public speaking).Istilah22.05.2011
apakah tugas pemidato?Pemidato ialah orang yang berpidato. Pidato bermaksud ucapan yang disampaikan kepada khalayak ramai; ceramah yang membicarakan sesuatu perkara. Jadi tugas pemidato ialah menyampaikan ucapan kepada khalayak berkenaan dengan sesuatu perkara.Lain-lain08.07.2008
apa bezanya antara 'pidato' dan 'ucapan'? bolehkah saya kata 'pidato sambutan'?

 

 .Pidato ialah  ucapan yg disampaikan kpd khalayak ramai: lebih drpd itu ia dapat juga diakui sbg seorang ahli ~ yg mempunyai bakat istimewa; 2. ark ceramah yg membicarakan sesuatu perkara; berpidato menyampaikan pidato: dia memang sudah biasa ~; kemahiran ~; mempidatoi memberi pidato kpd, berpidato kpd: aku ~ perkumpulan pemuda pd waktu malam; mempidatokan membincangkan dlm pidato; pemidato orang yg berpidato.

Ucapan pula bermaksud  -  apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peribahasa, simpulan bahasa, ungkapan;

Melihat kepada keterangan yang diberikan kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama. Cuma tajuk yang diperkatakan sahaja yang dapat memberikan gamabaran sama ada ia berbentuk syarahan atau berpidato.

Makna19.02.2010
bagamanakah penggunaan retorik dalam perbankan?Menurut Kamus Dewan, Retorik ialah kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Retorik juga dikaitkan dengan seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar atau seni berpidato. (Maklumat lanjut mengenai retorik boleh diperoleh melalui Kamus Dewan Edisi Keempat Terbitan DBP atau Buku Teknik Pengucapan Awam karya Abdul Muati@Zamri Haji Ahmad atau Seni Berpidato karya Rahmat Ismail) Retorik dalam bidang perbankan biasanya dikaitkan dengan cara memujuk khususnya untuk pekerja di sektor perbankan. Contohnya seperti cara memujuk supaya khalayak mendaftar untuk kad kredit. Terima kasih.Makna01.09.2006
Apakah bezanya syarahan dengan pidato dari segi penyampaian dan nada suara ketika bertanding ? Saya selalu mengambil bahagian dalan pertandingan syarahan Bahasa Malaysia antara sekolah. teks syarahan disediakan oleh pihak JPN. Namun saya adakalanya dikomen terlalu keras dan garang seperti berpidato. Harap huraikan dengan terperinci agar saya tidak serba salah.Mengikut Kamus Dewan, syarahan dan pidato sama maksudnya. Oleh itu, tidak ada ciri khusus yang membeza antara kedua-dua kata tersebut.Makna02.12.2008
Apakah definisi retorik penceritaan?Retorik  bermaksud kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Retorik juga merupakan seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar atau seni berpidato. Terima kasih.Makna31.01.2011
Yang manakah betul? 1. Seorang pengawas ( meneguri / menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin. 2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju / dan menuju) ke meja makan. 3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (prestasi / persembahan) peserta pidato. 4. Aminah berkongsi bekal ( dengan / bersama-sama ) rakan-rakannya. 5. Para penonton menyaksikan (persembahan / prestasi) peserta yang berpidato di atas pentas.1. Seorang pengawas (menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin.

2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju) ke meja makan.

3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (persembahan) peserta pidato.

4. Aminah berkongsi bekal (bersama-sama) rakan-rakannya.

5. Para penonton menyaksikan (persembahan) peserta yang berpidato di atas pentas.
Tatabahasa20.11.2013
12

Kembali ke atas