apakah perkataan yang membawa maksud situasi pengasingan berpihak atau pertentangan kecenderungan, kepentingan dan perbezaan matlamat sesuatu kumpulan. Jawapan : _ _ K _ R _ S A S i | Untuk makluman tuan, perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tuan dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan dalam talian di laman web DBP untuk membantu menjawab peraduan teka silang kata. | Tatabahasa | 09.09.2013 |
Perbezaan penggunaan kekecualian dan pengecualian. | Menurut data kami, maksud kekecualian ialah sesuatu yang menyimpang (berlainan, terasing) daripada yang umum dan lain-lain, sesuatu yang dibebaskan (terkeluar, terasing) daripada sesuatu peraturan (ketentuan dan sebagainya) manakala pengecualian bermaksud 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dari kebiasaan (sesuatu peraturan dan lain-lain); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kepada atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dan sebagainya): satu persidangan negara-negara untuk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan. | Makna | 26.12.2017 |
Sila berikan maksud peribahasa berikut: 1) jinak-jinak merpati 2) jinak-jinak lalat 3) berdiri di atas pagar 4) terang-terang tanah 5) menangguk di air keruh 6) mengajar itik berenang 7) berkerat rotan berpatah arang 8) makin murah makin menawar 9) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung 10) alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan 11) masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Terima Kasih. | 1. perempuan yang kelihatannya ramah dan mudah didapat, tetapi apabila didekati menjauhkan diri. 2. seseorang yang bercampur dengan orang lain tetapi tidak begitu rapat atau mesra. 3. tidak berpihak ke mana-mana 4. pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan. 5. mencari keuntungan dll. sementara ada kekacauan. bagi peribahasa seterusnya sila rujuk Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 05.05.2008 |