Tuan, adakah frasa "amat berpotensi" betul? Saya maklumi bahawa kata "berpotensi" kata kerja tak transitif, oleh itu kata "berpotensi" tidak boleh diletakkan dengan kata penguat seperti "amat", kerana hanya kata sifat menerima kata penguat. | Kata kerja "berpotensi" tidak perlu didahului kata penguat. | Tatabahasa | 04.09.2015 |
Tuan/Puan, Mohon untuk menerangkan apakah terjemahan 'potentially' di dalam ayat di bawah adalah betul. Sumber: What are the potential benefits? Sasaran: Apakah manfaat yang berpotensi? Sekian, terima kasih. | Perkataan berpotensi sebagai padanan bahasa Melayu bagi perkataan "potentially" dalam ayat tersebut betul. | Lain-lain | 22.06.2021 |
I azman memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu.IIPara cendekiawan akan menganjurkan seminar untuk mengupas masalah disiplin pelajar.III Adi adalah olahragawan yang berpotensi dalam acara lontar peluru. IV Oleh sebab terlalu menurut kemarahannya, akhirnya dia menerima padah. soalan saya ialah yang manakah ayat yang betul dan jika salah apakah kesalahannya? terima kasih | 1. Azman memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu. 2. Tiada kesalahan tatabahasa. 3. Adi ialah olahragawan yang berpotensi dalam acara lontar peluru. 4. Tiada kesalahan tatabahasa. | Tatabahasa | 06.08.2008 |
Salam sejahtera, adakah kosa kata asing yang aktif yang digunakan oleh ramai penutur bahasa Melayu berpotensi menjadikan kosa kata asing tersebut diterima pakai ke dalam bahasa Melayu? | Kata pinjaman atau kata serapan ialah kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah lain, bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain. Kata daripada bahasa asing diterima sebagai bahasa Melayu dengan menyesuaikan bunyi, dan ejaannya jika perlu supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan bahasa Melayu. Bahasa Melayu sebagai bahasa yang dinamik tidak terkecuali dalam hal ini dan menerima unsur/pengaruh daripada bahasa luar termasuk bahasa Inggeris atau bahasa yang lain juga mengikut konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun proses ini tidaklah dilakukan dengan sewenang-wenangnya, melainkan telah mematuhi syarat pembentukan kata dan istilah yang sedia ada. | Tatabahasa | 14.10.2019 |
Salam. Apakah itu frasa? | Frasa ialah binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar. Kata kerja juga boleh menjadi frasa, iaitu frasa kerja seperti dalam ayat "Ahmad membaca buku". Membaca ialah frasa kerja dalam binaan ayat tersebut. | Makna | 13.01.2014 |
Apakah perbezaan kata akar dengan kata dasar? Adakah kedua-duanya sama merujuk kepada morfem bebas? | Kata dasar ialah bentuk kata yang berpotensi menerima sebarang imbuhan atau perubahan tatabahasa. Dalam kamus kata dasar sama entri dengan kata akar. | Makna | 18.01.2016 |
Dalam hal ini,bantuan dan sokongan daripada kerajaan mampu memberikan peluang dan suntikan semangat kepada individu yang berusaha untuk menceburkan diri dalam bidang yang berpotensi untuk dimajukan. Tuan,bolehkah saya tahu apakah kesalahan imbuhan, kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa? | Cadangan jawapan yang diberikan betul dari segi imbuhan, istilah dan tatabahasa. | Tatabahasa | 06.01.2021 |
Salam. Apakah itu frasa? Adakah kata kerja juga digolong sebagai frasa. Contoh: bermain, menulis. Terima kasih. | Frasa ialah binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar. Kata kerja juga boleh menjadi frasa, iaitu frasa kerja seperti dalam ayat "Ahmad membaca buku". Membaca ialah frasa kerja dalam binaan ayat tersebut. | Tatabahasa | 07.01.2014 |
Apakah padanan yang sesuai bagi istilah bahan "graphene" yang digunakan dalam industri semi konduktor? | Tidak ada padanan graphene dalam sumber rujukan kami. Namun begitu, media telah menggunakan perkataan grafin, lihat berpotensi-sumbang-rm20-bilion-menjelang-2020">https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/10/491933/produk-grafin-berpotensi-sumbang-rm20-bilion-menjelang-2020 untuk maklumat lanjut. Berdasarkan penyesuaian ejaan terjemahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, ejaan grafin adalah betul. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.12.2019 |
Saya musykil dengan perbezaan antara kata akar, akar kata dan kata dasar. Tolong perjelaskan terima kasih | Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terdapat istilah akar kata dan kata dasar, tetapi tidak terdapat istilah kata akar. Akar kata (root word) bermaksud bentuk morfem terikat (tetapi bukan imbuhan) yang tidak bertaraf perkataan dan berpotensi menerima imbuhan atau bergabung dengan perkataan lain. Contohnya, tapa dalam bertapa, tani dalam pasar tani. Kata dasar atau bentuk dasar (base form) ialah bentuk kata yang berpotensi menerima sebarang imbuhan atau perubahan tatabahasa. | Tatabahasa | 25.04.2011 |