Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.la.han] | برسالهن

Definisi : 1. berbeza drpd, berlainan: tempat itu sungguh baik, tiada ~ spt berita orang itu; 2. = bersalah-salahan ber­tentangan, tidak sesuai, tidak bersefahaman, berbantah: jangan kamu beri bercerai dan ~ ia dua bersaudara ini; menghukum sese-orang tanpa bukti yg nyata adalah ~ dgn hukum Allah; 3. Mn kurang sihat (badan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.la.han] | برسالهن

Definisi : 1 tidak sama (dgn); berbeza drpd; berlainan: Rupa paras gadis itu tidak ~ dgn rupa paras ibunya. 2 tidak sesuai (dgn); bertentangan (dgn): Ke­lakuan mereka itu ~ dgn adat resam orang-orang di sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersalahan

Peribahasa

Lain sakit lain diubat,
     lain luka lain dibebat.

Bermaksud :

Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain biduk lain digalang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya dari Majlis Daerah Selama saya ada pertanyaan mengenai iklan premis yang melibatkan nama syarikat yang telah didaftarkan melalui SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia) adakah itu bersalahan atau tidak.. dengan ini saya sediakan contoh papan iklan premis tersebut..Untuk makluman tuan, nama syarikat yang telah didaftarkan tidak boleh diubah. Apa yang perlu dibuat ialah menambah keterangan aktiviti kedai atau syarikat dalam bahasa Melayu di bahagian atas nama syarikat.  Contohnya sekiranya ia sebuah pejabat, tambah perkataan "Pejabat Urusan" di sebelah atas nama syarikat, atau sekiranya ia sebuah kedai yang menjual barangan getah, tambah perkataan "kedai barangan getah".Lain-lain13.02.2014
minta tuan memberikan maksud perkataan : KONSEKUENNYA.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, maksud konsekuen ialah secocok (sesuai, selaras) dengan kata-kata dan lain-lain yang terdahulu atau sama (tidak bersalahan) dengan yg sudah-sudah.Makna05.06.2009
Apakah perbezaan dari segi penggunaan bagi sepadan dan berpadanan
Menurut Kamus Pelajar, sepadan bermaksud sesuai benar; sudah seharusnya; patut: Hukuman itu memang sepadan dengan kesalahannya.

Manakala berpadanan pula bermaksud tidak bersalahan; memang patut atau memang padan; bersesuaian: Upah yang diterimanya tidak berpadanan dengan tenaganya.


Daripada makna tersebut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama dan boleh digunakan mengikut konteks ayat.
Makna09.01.2017
Apakah perbezaan antara ketepatan kata dan kesesuaian kata?

Mengikut Kamus Dewan, kata tepat bermaksud 1. betul (arahnya, tujuannya); 2. tidak menyimpang daripada sasarannya (tujuannya), 3. tidak kurang dan tidak lebih (waktu); 4. tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok: 5. sesuai dan patut (peraturan, kritikan, jitu; 7. Tidak tirus, iaitu betul-betul 90 darjah.

Sesuai bermaksud 1. padan benar (keadaan, rupa), cocok benar: 2. berpadanan , berpatutan; 3. setimbal, seimbang, selaras:; 4. sepakat, sehati, setuju 5. serasi,cocok benar

Dari segi makna mengikut Kamus Dewan, ketepatan kata boleh membawa maksud kata yang patuh pada hukum tatabahasa bahasa Melayu, gramatis dan makna semantik, manakala kesesuaian kata ialah kata yang mengambil kira faktor pragmatik.
Istilah11.01.2015
Assalamualaikum. Saya ingin kemukakan beberapa pertanyaan. Mohon dapatkan jawapan dan penjelasan. 1. Perbezaan frasa NAIK SELALU dan SELALU NAIK. 2. Tepat atau tidak penggunaan kata iaitu HASIL LAUT KERING bagi menggambarkan hasil-hasil tangkapan laut yang dikeringkan. 3. JERUK MADU PAK ALI. Betul atau tidak maksud ungkapan ini membawa dua makna iaitu: i. Jenama jeruk milik Pak Ali yang dikenali sebagai JERUK MADU ii. Hasil perniagaan jeruk ini dimiliki oleh isteri-isteri Pak Ali, kerana kehidupan bermadu oleh Pak Ali. Terima kasih atas bantuan yang diberi. Sekadar menambah pengetahuan kebahasaan. ISMAIL BIN HASHIM BALING KEDAH.1. Frasa NAIK SELALU dan SELALU NAIK sama maksudnya, perbezaan pada meletakkan kata adverba "selalu" selepas dan sebelum kata kerja.
2. Frasa HASIL LAUT KERING tidak dapat menerangkan maksud hasil-hasil tangkapan laut yang dikeringkan. Hal ini perlu diterangkan dalam frasa yang lebih jelas seperti hasil laut yang dikeringkan.
3. Frasa JERUK MADU PAK ALI menerangkan maksud jeruk madu milik Pak Ali. Mana mungkin frasa tersebut menerangkan maksud jeruk milik isteri-isteri Pak Ali kerana jika mengikut frasa "Jeruk Madu Pak Ali", Pak Ali yang bermadu (bersalahan dari aspek bahasa dan syarak).
Tatabahasa02.12.2014

Kembali ke atas