Perkataan 'bersama' perlu ditulis sebagai 'bersama-sama'? | Perkataan bersama atau bersama-sama digunakan dalam ayat bergantung kepada konteks ayat tersebut. Contoh ayat; esok harinya Ali datang bersama/bersama-sama anak angkatnya; Bersama/bersama-sama surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit. Untuk maksud semuanya sekali, atau seluruhnya hendaklah digunakan bersama; contoh ayatnya: tempat perundingan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak. | Lain-lain | 25.03.2010 |
Ali melawat ke Zoo Negara ( bersama / bersama-sama / bersama dengan / bersama-sama dengan ) keluarganya. Manakan yang betul? | merujuk kepada soalan di atas jawapan yang betul ialah: Ali melawat ke Zoo Negara (bersama-sama/ bersama dengan) keluarganya. Ini kerana 'bersama' membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. | Tatabahasa | 21.02.2011 |
Mohon penjelasan tuan; 1. Mereka bersama-sama makan makanan itu. 2. Mereka makan makanan itu bersama-sama. 3. Makanan itu mereka makan bersama-sama. Ayat yang mana betul ? | Ayat yang betul ialah: 2. Mereka makan makanan itu bersama-sama; dan 3. Makanan itu mereka makan bersama-sama. | Tatabahasa | 21.02.2012 |
Bersama-sama dengan ini @ Bersama-sama ini... Sehubungan itu, @ Sehubungan dengan itu, Mohon dijelaskan dalam laras bahasa surat disebabkan berlaku kecelaruan dalam surat-menyurat. Tk. | Frasa yang betul ialah "Bersama-sama... ini" dan "Sehubungan dengan itu," | Tatabahasa | 30.05.2012 |
Setiap hari, aku bersama-sama ayah melukis dan bermain bola. (penggunaan bersama-sama dalam ayat ini betul tak?) terima kasih! | Penggunaan "bersama-sama" dalam ayat adalah betul. | Tatabahasa | 21.10.2013 |
bersama atau bersama-sama | bersama-sama | Tatabahasa | 20.04.2011 |
Tuan, yang manakah betul? Dia telah ke pasar bersama ibunya. Dia telah ke pasar bersama-sama ibunya. Apakah perbezaan bersama dengan bersama-sama? Terima kasih. | Kedua-dua ayat tersebut betul. Merujuk Kamus Dewan, kata bersama boleh membawa maksud bersama-sama atau berserta. | Tatabahasa | 28.09.2011 |
'bekerja bersama-sama demi manfaat bersama' saya perlukan nasihat tuan tentang cogankata diatas..baik dari segi ejaan maupun susunkata ayat tersebut. terima kasih | Ungkapan tersebut betul kerana bersama sama maksudnya dengan bersama-sama atau berserta atau bergandingan dengan. Walau bagaimanpun bagi mewujudkan keharmonian dari segi sebutan ada baiknya tuan mengubah ungkapan tersebut kepada "bekerja bersama demi manfaat bersama". | Tatabahasa | 01.10.2012 |
Manakah antara frasa berikut yang betul. 1. berdekatan dengan rumah atau berdekatan rumah 2.bersama-sama dengan ibu atau bersama-sama ibu. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "berdekatan rumah" kerana berdfekatan bermaksud berhampiran dengan; dan "bersama dengan ibu atau bersama-sama ibu". | Tatabahasa | 20.06.2011 |
Minta jelaskan penggunaan perkataan bersama. Bolehkah digunakan bersama membangunkan negara ? ataupun bersama-sama yang betul. Sekian, terima kasih. | Frasa "bersama membangunkan negara" dan "bersama-sama membangunkan negara" adalah betul kerana perkataan bersama ada membawa maksud bersama-sama, iaitu berserta, bergandingan dengan dan serentak dengan. | Tatabahasa | 24.07.2011 |