| Assalamualaikum wbt. Mohon bantuan berkenaan penggunaaan perkataan bersama atau bersama-sama. Contohnya: Bersama-sama ini dilampirkan atau bersama ini dilampirkan. Terima kasih. | Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat digunakan dalam penulisan surat rasmi ialah "Bersama-sama ini dilampirkan ....." | Tatabahasa | 12.03.2018 |
| Hai Tuan/ Puan, frasa "bersama dengan" atau "bersama-sama dengan" lebih betul penggunaanya ? Atau kedua-dua frasa ini mendukung makna yang berbeza dalam konteks yang berbeza ? Minta pencerahan. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah bersama dengan. Ini kerana 'bersama' membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini, 'bersama' membawa banyak makna tetapi 'bersama-sama' hanya bermaksud bergandingan dengan. Oleh itu, perkataan 'dengan' tidak perlu jika menggunakan perkataan bersama-sama. Contoh: Saya pergi ke taman permainan bersama-sama kakak. | Lain-lain | 23.11.2020 |
| bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit tuan.. saya kekeliruan dengan bersama dengan anak atau bersama anak ? bersama dengan surat..atau bersama surat...? tq | bersama dengan dan bersama boleh digunakan. | Tatabahasa | 18.09.2011 |
| Saya ingin bertanya penggunaan beberapa perkataan dalam ayat: 1. Berbanding atau berbanding dengan (yang manakah tepat) 2. Bersama atau bersama-sama atau bersama-sama dengan( yang manakah tepat) 3. Dia tidak hadir ke sekolah sebab demam atau dia tidak hadir ke sekolah oleh sebab demam. (yang manakah tepat) terima kasih dari Diana | 1. Penggunaan yang betul ialah berbanding dengan. 2. Bersama dan bersama-sama kedua-duanya betul. 3. Dia tidak hadir ke sekolah oleh sebab demam. | Tatabahasa | 22.02.2012 |
| Tuan, yang manakah betul? Dia telah ke pasar bersama ibunya. Dia telah ke pasar bersama-sama ibunya. Apakah perbezaan bersama dengan bersama-sama? Terima kasih. | Kedua-dua ayat tersebut betul. Merujuk Kamus Dewan, kata bersama boleh membawa maksud bersama-sama atau berserta. | Tatabahasa | 28.09.2011 |
| Pengunaan ayat yang manakah lebih baik? *Cuba bilang bersama-sama saya. atau *Cuba bilang bersama-sama dengan saya. atau *Cuba bilang bersama-sama. | Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat ialah "Cuba bilang bersama-sama saya". | Tatabahasa | 11.01.2017 |
| Salam, setahu saya perkataan 'bersama' tidak boleh digunakan secara tunggal kerana membawa maksud hubungan suami isteri. Maka, perlu menambahkannya menjadi 'bersama-sama' atau 'bersama dengan'. Tapi, bagaimanakah pula jika ayat itu berakhir seperti berikut: Menjaga kebersihan alam menjadi tanggungjawab kita bersama. Bagaimanakah penyelesaiannya? Sekian, terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan, bersama membawa beberapa maksud antaranya termasuklah melakukan hubungan jenis. Walau bagaimanapun penggunaan bersama bagi maksud berserta dan semuanya sekali boleh digunakan asalkan sesuai dengan konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 26.01.2013 |
| 'bekerja bersama-sama demi manfaat bersama' saya perlukan nasihat tuan tentang cogankata diatas..baik dari segi ejaan maupun susunkata ayat tersebut. terima kasih | Ungkapan tersebut betul kerana bersama sama maksudnya dengan bersama-sama atau berserta atau bergandingan dengan. Walau bagaimanpun bagi mewujudkan keharmonian dari segi sebutan ada baiknya tuan mengubah ungkapan tersebut kepada "bekerja bersama demi manfaat bersama". | Tatabahasa | 01.10.2012 |
| Manakah antara frasa berikut yang betul. 1. berdekatan dengan rumah atau berdekatan rumah 2.bersama-sama dengan ibu atau bersama-sama ibu. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "berdekatan rumah" kerana berdfekatan bermaksud berhampiran dengan; dan "bersama dengan ibu atau bersama-sama ibu". | Tatabahasa | 20.06.2011 |
| Soalan 1: ...merupakan antara rancangan televisyen yang bermanfaat. Betulkah penggunaan "merupakan antara"? Soalan 2: Apakah perbezaan antara "bersama-sama" dengan "bersama"? | 1. Frasa yang gramatis "... dalah antara...". 2. Bersama dan bersama-sama bermaksud berserta, bergandingan dengan dan serentak dengan. Kamus Dewan memberikan makna yang sama, namun dalam penggunaan harian kita membezakan penggunaanya, sama ada menggunakan bersama dengan atau bersama-sama. | Tatabahasa | 31.01.2015 |