Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersamanya

Peribahasa

57

Blood is thicker than water

Ahli keluarga lebih dipentingkan daripada orang lain.

Masin lagilah garam sendiri

So you have been married to him for 20 years and you have remained loyal to him through thick and thin. But still he voted for his sister when you and she were vying for the post. It seems that blood is thicker than water, my dear friend.

Jadi awak telah hidup bersamanya selama 20 tahun dan susah senang, awak tetap setia padanya. Namaun dia tetap mengundi kakaknya apabila awak bersaing dengan kakak ipar awak itu untuk merebut jawatan tersebut. Nampaknya masin lagilah garam sendiri, wahai kawanku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimana hendak mengenal pasti kata majmuk? kemudian, adakah perkataan "sebagai",dan "ialah" juga merupakan kata majmuk? soalan kedua, perkataan "bersamanya", apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "-nya"? adakah ianya adalah kletik? dan bagaimana hendak diterangkan dalam pembentukan kata bagi perkataan "bersamanya".Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar ; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan sebagainya. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis,  iaitu:

1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya.

2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks.

3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas.

kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133.

"Sebagai"  dan "ialah" bukan kata majmuk. "Sebagai" ialah kata sendi manakala "ialah" kata pemeri.  "nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga yang juga boleh berfungsi sebagai kata pembenda/penekan. Keterangan lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 295.  

Istilah18.02.2009
Ali melakukan kerja-kerja memperbesar rumahnya. Ali memperbesar rumahnya kerana anak-anaknya tinggal bersamanya. Bagaimana ayat pasifnyaKerja-kerja memperbesar rumahnya dilakukan oleh Ali.
Rumahnya diperbesar oleh Ali kerana anak-anaknya tinggal bersama.
Tatabahasa17.11.2016
Melalui jawapan yang diberikan oleh pihak tuan, padanan bagi perkataan “overlaying” ialah “sertaan” dan perkataan “overlaying fat” menjadi “lemak sertaan”. Walau bagaimanapun, perkataan selepasnya pula ialah “overlaying” ialah “melapisinya’’. Adakah perkataan “overlaying fat” boleh ditukarkan kepada “lemak lapisan”? “It may contain accompanying and overlying fat together with portions of bone, skin, sinew, nerve and blood vessels that normally accompany the muscle tissue and are not separated from it in the process of dressing. It may be accompanied by edible organs.”. “Ia boleh mengandungi lemak sertaan dan lapisan bersama-sama dengan bahagian tulang, kulit, urat, saraf dan pembuluh darah yang biasanya ada bersama tisu otot dan tidak dipisahkan daripadanya semasa proses pelapahannya. Ia boleh disertai dengan organ-organ yang boleh dimakan. Kami juga ingin mencadangkan peruntukan di atas dipadankan seperti yang berikut: “Ia boleh mengandungi lemak yang ada bersamanya dan melapisinya bersama-sama dengan bahagian tulang, kulit, urat, saraf dan pembuluh darah yang biasanya ada bersama tisu otot dan tidak dipisahkan daripadanya semasa proses pelapahannya. Ia boleh disertai dengan organ-organ yang boleh dimakan.”. Adakah cadangan kami ini boleh digunakan terutamanya bagi padanan “accompanying and overlaying fat” tersebut.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

accompanying and overlaying fat - lemak sertaan dan lapisan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain22.06.2021
Padanan perkataan atau istilah seperti yang berikut telah ditukar: Meat or fresh meat 141. (1) Meat or fresh meat shall be the edible part of the skeletal muscle of an animal, other than fish, that is normally used for human consumption and that was healthy at the time of slaughter. It may contain accompanying and overlying fat together with portions of bone, skin, sinew, nerve and blood vessels that normally accompany the muscle tissue and are not separated from it in the process of dressing. It may be accompanied by edible organs. Daging atau daging segar 141. (1) Daging atau daging segar hendaklah bahagian boleh makan daripada otot rangka sesuatu binatang, selain ikan, yang biasanya digunakan untuk makanan manusia dan yang sihat pada masa penyembelihannya. Ia boleh mengandungi lemak yang ada bersamanya dan melapisinya bersama-sama dengan bahagian tulang, kulit, urat, saraf dan pembuluh darah yang biasanya ada bersama tisu otot dan tidak dipisahkan daripadanya semasa proses pelapahannya. Ia boleh disertai dengan organ-organ yang boleh dimakan. Adakah padanan yang digunakan adalah bersesuaian bagi accompanying, sinew, nerve, dressing dan edible organ?Kami mencadangkan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

accompanying - sertaan
sinew - sinew; tendon
nerve - saraf
dressing - pelapahan
edible organ - organ boleh dimakan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain05.06.2021
Anggun's Literature SEL 12.32 PAGI Salam. Boleh saya tahu maksud pantun Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya, hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya. Saya sudah membuat carian di google, tapi masih belum dapat jawapan. T.kasihPantun merupakan karya sastera bentuk puisi lama yang sudah dikenal dalam masyarakat nusantara sejak dulu kala. Menurut Hashim Awang (1985) memperincikan sastera sebagai hasil ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Hasil sastera disebarkan melalui bahasa manakala bahasa mampu memancarkan keindahan yang terkandung dalam karya sastera. Wahana bahasa menjadikan karya sastera dapat difahami segala isi dan tujuan yang mahu dilakarkan oleh pengarang. Karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan terlibat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap, nilai dan pandangan tertentu. Bagi Ali Ahmad (1994) karya sastera terkandung di dalamnya nilai-nilai estetika atau keindahan manakala bahasa sastera lahir bersama-sama pembinaan rasa, cita-cita, imaginasi kehidupan, dan fikiran. Selain itu karya sastera tidak dapat lari dari membawa bersamanya unsur nilai yang ada perkaitan dengan keagamaan, kebudayaan, dan kemasyarakatan. Pembaca memiliki kebebasan dalam menganalisa dan memahami sesuatu karya sastera terutamanya pantun. kadang-kadang satu rangkap pantun saja boleh menyampaikan mesej yang pelbagai mengikut pemahaman pembaca. Berdasarkan rangkap pantun Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya, hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya. salah satu cara menafsirkannya ialah dengan melihat kata kunci maksud pantun tersebut "mati" dan "kubur" yang pada umumnya mengungkapkan tentang manusia. Pantun ini boleh saja ditafsirkan sebagai bidalan dan perumpamaan kepada perhubungan individu dengan individu lain (saudara/sahabat) yang sudah sekian lama terpisah dan terputus hubungan sehingga tidak dapat diketahui individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal.Lain-lain30.05.2017

Kembali ke atas