Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
di atas / diatas Yang manakah penggunaan yang betul. Bersambung atau tidak bersambung? Contoh; Terima kasih di atas / diatas sumbangan saudara. Yang mana satu adalah betul.?

Salam sejahtera,

1. di atas

2. Terima kasih di atas sumbangan saudara" - dalam contoh ayat ini kata di perlu dibuang kerana di ialah kata sendi nama yang menunjukkan tempat atau arah, oleh itu yang betul ialah "Terima kasih atas sumbangan saudara"

Tatabahasa13.11.2012
Tuan, 'kan' dalam dialog berikut perlu dieja bersambung atau dijarakkan? (1) "Janganlah macam tu, kita kan kawan baik." atau "Janganlah macam tu, kitakan kawan baik." (2) "Kau kan tak suka aku." atau "Kaukan tak suka aku." (3) "Ibu... kakak kan... dia kan, dia nak pukul adik". atau "Ibu... kakakkan... diakan, dia nak pukul adik." (4) "Siapalah saya ni kan". atau "Siapalah saya nikan". (5) "Ha, tu kan dah jatuh." atau "Ha, tukan dah jatuh." (6) "Kau ni kan, memang nak kena". atau "Kau nikan memang nak kena". (7) "Pergilah, aku tumbuk kan!" atau "Pergilah, aku tumbukkan!"Hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna.Tatabahasa25.06.2012
PERKATAAN TINGKAHLAKU, MATAPELAJARAN, KEARAH BERSAMBUNG ATAU BERPISAH

Ejaan yang betul ialah; 1. Tingkah laku. 2. Mata pelajaran. 3. Ke arah. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Makna13.04.2009
1. Bagaimanakah kita tahu sama ada kata seperti semula jadi atau semulajadi, kraftangan atau kraf tangan, dan sebagainya itu dieja bersambung atau terpisah? Terima kasih. 2. Mengapa "memproleh" dan bukan "memperolehi"? 3. Bolekah perkataan "memperbaiki" digunakan?

1. Ejaan yang betul ialah semula jadi dan kraf tangan. Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Perkataan yang tetap dieja bercantum ialah antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara dan pesuruhjaya.

2.  Awalan memper-,  apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja, membawa makna mendapat sesuatu. Oleh ialah kata tugas dan bentuk yang betul ialah memperoleh.

3. Awalan memper-, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan lebih atau bertambah bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. Oleh itu, kata adjektif  baik apabila ditambah imbuhan memper- menjadi memperbaik (menjadikan lebih baik).

Ejaan31.10.2011
MAKSUD PERKATAAN SERAMBI

Saudara,

Perkataan serambi mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud 1. selasar yg panjang (bersambung dgn ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit); 2. Id platform (di stesen kereta api), peron; ~ belakang serambi yg di bahagian belakang rumah; ~ depan (muka) serambi yg di depan rumah; ~ jantung (Bio) rongga atau ruang jantung yg di sebelah atas.

Makna14.01.2010
Salam, 1. Untuk partikel 'lah' 'kan' bertemu dengan kependekan, misalnya 'tu' 'ni'; partikel tersebut harus a) disambungkan contoh, 'nilah', 'tulah', 'tukan' kemudian kata tersebut diitalikkan @ tidak? ATAU b) ni lah, tu lah, tu kan ditulis seperti ini? 2. Negeri Bawah Bayu, Negeri Matahari Terbit --> setiap panggal kata ditulis dengan huruf besar atau huruf kecil - terima kasih -

1. Dieja bersambung dan tidak italik. Walau bagaimanapun, yang lebih gramatis perlu ditulis penuh, contohnya itulah, inilah.  

2. Perlu ditulis dengan huruf besar.

Tatabahasa01.10.2010
SAYA INGIN BERTANYA PERKATAAN :- 1. TATATERTIB DAN SALAH LAKU; ATAU 2. TATATERTIB DAN SALAHLAKU; MANA SATU YANG BETUL? SEANDAINYA SALAH LAKU 2 PERKATAAN KENAPA IA DUA PERKATAAN DAN BEGITU JUGA SEBALIKNYA. TERIMA KASIH.Awalan tata merupakan bentuk terikat dan oleh yang demikian dieja bersambung dengan kata yang mengikutinya. Kata salah dan laku merupakan kata tunggal yang boleh berdiri sendiri dan apabila membentuk rangkai kata salah laku perkataan ini dieja sebagai dua perkataan.  Ejaan24.10.2008
saya mewakili syarikat memerlukan terjemahan sesuai untuk perkataan berikut: - 1) walk-in wardrobe 2) built-in cabinet 3) penthouse 4) perbezaan antara lanai, balkoni dan serambi sekian terima kasihKami cadangkan padanan perkataan walk-in wardrobe ialah almari pakaian terbuka dan built-in cabinet ialah kabinet pasang siap. Padanan penthouse ialah emper. Lanai bermaksud dataran, balkoni bermaksud anjung kecil pada tingkat atas rumah bertingkat dan serambi bermaksud selasar yang panjang (bersambung dengan ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit).Tatabahasa14.06.2012
saya telah merujuk lembar bahasa dari laman ini juga. 1. tetapi saya keliru untuk membezakan antara ejaan 'adik-beradik', kenapa perlu ada sempang sedangkan adik dan beradik ada maknanya yang tersendiri. 'Ambil alih" pula tidak diletakkan sempang. 2. Bagaimana pula untuk membezakan ejaan yang menggunakan kata 'anti' yang mesti dijarakkan atau disambungkan. Misalnya antirasuah dengan anti-Jepun.Adik-beradik dikategorikan sebagai kata ganda, beradik (kata akarnya diulang) oleh itu perlu diletak tanda sempang. Ambil alih  dikategorikan sebagai kata majmuk dan kata majmuk tidak perlu diletak tanda sempang. Anti ialah awalan asing dan apabila disambungkan dengan kata am dieja bersambung (contoh; antirasuah), apabila dieja dengan nama khas  diletakkan tanda sempang (contoh; anti-Jepun). Tatabahasa18.03.2008
Assalam & Selamat sejahtera, Tuan/Puan, Saya ingin tahu perkataan “di lebih” / “dilebih” dijarakkan atau rapat? Contoh: 1. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami dilebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. 2. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami di lebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. Mohon tunjuk ajar. Terima kasih.Untuk makluman tuan "di" boleh berfungsi kata sendi nama dan imbuhan. "Di' sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama seperti di Kuala Lumpur dan di rumah serta dieja terpisah. "Di' sebagai imbuhan dieja bersambung seperti dibuat, dimakan dan dilihat. Dalam ayat contoh yang diberikan kedua-dua "di" berfungsi sebagai kata sendi nama dan dieja terpisah.Tatabahasa04.10.2013
12

Kembali ke atas