Apakah maksud “persaraan perkerja”? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, persaraan bermaksud perihal (keadaan dan sebagainya) bersara, taraf atau kedudukan sudah bersara. Pekerja pula bermaksud orang yang bekerja (lazimnya untuk mendapat bayaran atau memperoleh pendapatan), orang yang memegang sesuatu jawatan (dalam perkhidmatan awam atau swasta). Persaraan pekerja ialah perihal bersara oleh seseorang yang bekerja. | Makna | 29.12.2021 |
1.( Encik Ali, pengurus syarikat itu / Encik Ali pengurus syarikat itu ) akan bersara pada minggu depan. | 1.Encik Ali pengurus syarikat itu akan bersara pada minggu depan. - tidak perlu tanda koma selepas Encik Ali, walau bagaimanapun dalam sebutan memang berhenti sekejap (pause). | Tatabahasa | 17.09.2010 |
Anggota kerja telah disarankan oleh Ketua Jabatan untuk disarakan kerana masalah kesihatan. Soalannya: Betulkan penggunaan perkataan DISARAKAN dalam ayat di atas? | Puan, Perkataan yang lebih sesuai dan betul ialah bersara. Oleh itu ayat yang betul ialah ' Anggota kerja telah disarankan untuk bersara kerana masalah kesihatan'. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
Tuan, Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas. Saya adalah seorang bekas pensyarah didalam bidang Pengimejan Perubatan (Medical imaging). Saya bersara dari Universiti Islam Malaysia pada tahun 2019. Saya ingin menulis buku tentang Pengimejan Bioperubatan (Biomedical imaging) dan berhasrat agar buku itu diterbitkan oleh DBP. Disini saya ingin mendapatkan maklumat tentang perkara-perkara dibawah ini: 1. Adakah DBP boleh menerima penulisan seorang yang telah bersara dan yang tidak lagi berkhidmat dengan mana-mana institusi pengajian tinggi bagi tujuan penerbitan? 2. Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu penulisan itu di terima untuk penerbitan? Syarat-syarat dari aspek penulisan, manuskrip dan lain-lain. 3. Saya pernah menghadiri taklimat oleh DBP semasa berkhidmat dulu berkenaan Dana Buku Kebangsaan. Apakah masih ada skim itu atau yang serupa dengan itu? Saya berharap mendapat maklumbalas tentang perkara-perkara diatas dari pihak tuan. Terima kasih. Zainul Ibrahim bin Zainuddin. | Salam tuan yang budiman, Permohonan penerbitan manuskrip ini bolehlah dihantar kepada: Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. Permohonan tersebut perlu disertakan dengan: 1. Salinan lembut manuskrip. 2. Salinan bercetak manuskrip berserta dengan biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini untuk tindakan pihak DBP selanjutnya. Sekian, terima kasih. | Karya | 03.07.2025 |
Tuan, _________ Farhan sudah hampir 10 tahun bersara dalam bidang perguruan. A. Pak cik B. Pak Cik C. Pakcik D. pak cik Yang manakah jawapan betul ? | Jawapan yang betul ialah B. Pak Cik Farhan | Ejaan | 16.03.2013 |
contoh penggunaan ayat nazir. Terima kasih | Sebelum bersara pada bulan Julai 1953, beliau bertugas sebagai "nazir" sekolah-sekolah di Pulau Pinang selama lima tahun. | Lain-lain | 21.02.2022 |
Assalamualaikum DBP. Nama saya Kapten Mohamad Nawi bin Ismail (Bersara) daripada Syarikat MNI Teguh Jaya Ventures. Saya ingin mendapatkan pengesahan iklan bagi perniagaan saya ini untuk memohon lesen perniagaan daripada Majlis Perniagaan Nilai (MPN). Iklan tersebut adalah seperti berikut: 1. Kedai Toy's Murah - Menjual mainan terpakai daripada luar negera, hard toys dan soft toys 2. AhPeng Garage - Kedai Membaiki Motorsikal, Membaiki motorsikal dan Modifikasi Ekzos Motorsikal Mohon pengesahan daripada pihak tuan untuk pengeluaran Sijil Pengesahan Bahasa daripada pihak tuan. Terima Kasih. | Wassalam, Mohon pihak tuan buat permohonan melalui kunjungan kaunter kami di DBP (Kuala Lumpur) atau melalui dalam talian http://www.dbpsahbahasa.my/ Terim kasih. | Lain-lain | 18.10.2017 |
apakah salutasi yang digunakan untuk Bekas Kadi Besar Negeri yang telah bersara | Untuk makluman puan, panggilan hormat/salutasi bagi Kadi Besar/Kadi ialah Sahibul Fadillah. Walau bagaimanapun tiada panggilan hormat/salutasi khas bagi mantan Kadi Besar/Kadi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014 Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya. | Lain-lain | 28.02.2023 |
perkataan yang paling tepat untuk menceritakan pengkisahan seseorang dari kecil hingga bersara dalam perkhidmatan | Saudara Tajmohd, Kami cadangkan frasa berikut: i. bingkisan budi dalam kenangan ii. coretan dalam kenangan iii. catatan memori | Lain-lain | 16.07.2009 |
apakah panggilan hormat (salutasi) yang sesuai untuk Bekas Kadi Besar yang telah bersara? | Untuk makluman puan, panggilan hormat/salutasi bagi Kadi Besar/Kadi ialah Sahibul Fadillah. Walau bagaimanapun tiada panggilan hormat/salutasi khas bagi mantan Kadi Besar/Kadi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014 Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya. | Lain-lain | 28.02.2023 |