Betul atau tidak ayat "Mereka pulang ke kelas yang terletak bersebelahan dengan Sains 1." | Ayat yang lebih tepat ialah; Mereka pulang ke kelas yang terletak bersebelahan dengan Kelas Sains 1. | Tatabahasa | 25.02.2013 |
Next To The Port jika di BM kan ayat mana yang betul Berhampiran Pelabuhan ATAU Bersebelahan Pelabuhan Perkataan Leading Industrial Lots jika di BM kan ayat mana yang betul :- Lot Industri Premium ATAU Lot Industri Premier / Primer ? | Kami mencadangkan terjemahan “Bersebelahan dengan Pelabuhan” untuk “Next to the port” dan “Lot industri utama” untuk “Leading Industrial Lots”. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.02.2023 |
"Pusara Pak Long, Mak Long dan sepupu mereka berdua dikebumikan secara sebelah-sebelah." Betulkah ayat ini? | Cadangan ayat yang betul ialah: 1. Jenazah Pak Long dan Mak Long dikebumikan bersebelahan dengan sepupunya. 2. Pusara Pak Long dan Mak Long bersebelahan dengan sepupunya. | Tatabahasa | 25.03.2021 |
Digraf adalah perkataan yang wujud dua huruf konsonan (selain a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan seperti ng, ny dan sy. soalan saya ialah adakah perkataan "bunganya" juga adalah perkataan digraf?? | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Contoh yang diberikan merupakan digraf pada ny bagi perkataan bunganya. Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini. | Tatabahasa | 29.09.2015 |
Fabelle RazaliView Profile Hi DBP. Boleh saya tahu di mana saya boleh mendapatkan buku ini? | Yayasan Karyawan bersebelahan Koperasi Buku DBP. Menara DBP, Kuala Lumpur. Terima kasih | Lain-lain | 28.10.2016 |
Pilih satu ayat yang betul a) Berapakah pergolakan antara kedua-dua negara itu akan berakhir? b)Dia kelihatan tampan lebih-lebih lagi mempunyai hidung yang tinggi. c)Adik terkejut apabila sebiji buah durian jatuh bersebelahan dengannya. d)Ayah menasihati abang supaya menggunakan gergaji dengan berhati-hati. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah c)Adik terkejut apabila sebiji buah durian jatuh bersebelahan dengannya. d)Ayah menasihati abang supaya menggunakan gergaji dengan berhati-hati. | Tatabahasa | 30.09.2021 |
Membawa bekal atau Membawa bekalan? Contoh ayat: Dia pun membawa bekalan seperti kita." Aisyah melihat ke arah meja ang bersebelahan dengan meja mereka. | Membawa bekalan. Lihat www.prpm.dbp.gov.my dan lihat perbezaan makna antara kata bekal dan bekalan dan begitu juga dengan kata-kata yang lain. | Tatabahasa | 05.10.2011 |
Adakah perkataan 'silih' boleh digunakan bersendirian atau mesti digunakan bersama perkataan berganti seperti 'silih berganti'? Contoh ayat arahan: Silih dua item yang bersebelahan. Terima kasih. | Perkataan silih tidak boleh berdiri sendiri dan perlu diikuti oleh perkataan lain untuk membentuk makna contohnya, silih berganti, bersilih ganti, silih jadi dan lain-lain. | Tatabahasa | 13.11.2017 |
Salam, Saya ingin mengetahui asal usul perkataan Tetangga. Kata asas ialah tangga. adakah maksudnya satu tangga. Mungkin rumah kampung mengunakan satu tangga untuk jiran bersebelahan. Tolong jelaskan bagi saya. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, tetangga bermaksud orang yang tinggal di sebelah-menyebelah rumah kita atau yangg tinggal berdekatan dgn kita; jiran. Tangga pula bermaksud: 1.Tempat tumpuan kaki yang bertingkat-tingkat utk naik turun rumah dan lain-lain 2. Alat untuk tumpuan memanjat (takuk pada pokok, sigai, dan lain-lain), injak-injak; 3. bahagian daripada sesuatu yang bertingkat-tingkat, peringkat, skala, tingkatan (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Lain-lain | 14.05.2018 |
Penggunaan nama Putrajaya Story. Info berkaitan Putrajaya Story seperti dibawah. Putrajaya Story merupakan tarikan baharu pelancong domestik dan antarabangsa yang terletak di tengah-tengah Putrajaya. Bertempat bersebelahan Dataran Putra, Putrajaya Story bertujuan untuk menyediakan kepada pengunjung dengan konsep 3E yang terdiri daripada (Education, Experience & Enjoyable) yang berkisar tentang fakta sejarah, mercu tanda dan acara utama di Putrajaya. Ini adalah tempat yang menarik untuk pergi jika pelawat ingin memahami keunikan Putrajaya. Nama Putrajaya Story ini di pilih bagi menceritakan semua himpuan kisah yang berkisar tentang Putrajaya dari Prang Besar hingga Putrajaya hingga kini. | Untuk permohonan tentang cadangan penamaan, sila buat permohonan melalui dbpsahbahasa.my. Cadangan pihak kami bagi penamaan yang baik dan betul dalam bahasa Melayu ialah GALERI PUTRAJAYA. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "galeri" ialah bangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dan sebagainya. Pemilihan perkataan galeri ini sudah memadai bagi merujuk tentang fakta sejarah, mercu tanda dan acara yang diadakan di Putrajaya. | Istilah | 28.07.2022 |