Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.lu.bung] | برسلوبوڠ

Definisi : memakai selubung, berselimut, bertudung (bertutup) litup: maka diambilnya kain lalu ~ ia pd tempat tidur itu; seorang perempuan muda yg ~ kain Bugis ungu halus dr kepala sampai ke lututnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.lu.bung] | برسلوبوڠ

Definisi : memakai selubung; berkelubung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara perkataan 'diliputi' dan 'diselubungi' dari segi penggunaannya? Tolong terangkan perbezaan itu dengan ayat contoh. Terima kasih.Dalam kamus Dewan liput bermaksud berselubung, bertutup, dipenuhi oleh. Oleh itu, diliputi sama maksudnya dengan diselubungi.Contoh ayat, wajah isterinya diliputi/diselebungi kemuraman.Makna04.03.2009
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat mana yang betul. 1. Badan kucing dilitupi bulu. 2. Badan kucing diliputi bulu. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, maksud liput dan litup adalah seperti yang berikut:

litup bermaksud tertutup (tertudung dan lain-lain) rapat-rapat hingga tidak kelihatan; melitupi - menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi; terlitup - tertutup (tertudung) rapat-rapat; litupan - (Geo) sesuatu yg melitupi

liput bermaksud  1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh 2. (kiasan) terselindung, tersembunyi; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll)

Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan, iaitu dilitupi dan diliputi boleh digunakan.
Makna25.05.2012
1. Apa makna kelumpang? 2. Apa makna selubung?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kelumpang bermaksud 1. sj tumbuhan (pokok), kelum­pung, Sterculia foetida; 2. = ~ burung sj tumbuhan (pokok), perupuk, rongga jantan, unting-unting, Sterculia parviflora; 3. = ~ keras sj tumbuhan (pokok), katak udang, otak udang, Buchanania lucida. Manakala selubung pula bermaksud kain utk menutup kepala atau badan; kelubung. berselubung memakai selubung; berkelubung. me­­nyelubung menutup sesuatu dgn selubung: Dia ~ anaknya dgn kain pe­lekat. menyelubungi 1 menjadi sbg selubung pd: Sehelai kain pelikat ~ kepala anaknya. 2 ki menjadikan sesuatu kejahatan dll tidak diketahui orang: Keramahannya itu hanya utk ~ maksudnya yg buruk. menyelubung­kan menggunakan sesuatu sbg se­lu­bung: Dia ~ kain itu pd kepalanya.Lain-lain15.05.2010

Kembali ke atas