Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.ma.ngat] | برسماڠت

Definisi : 1. ada semangatnya (roh yg menjiwainya dll), mempunyai semangat: ham-pir ia tidak ~ lagi kerana terpandang akan kejadian yg ngeri itu; 2. berjiwa keras: suara mereka menjadi semakin garang dan ~; 3. berkemahuan (utk melakukan sesuatu), bernafsu, bergiat: mereka bersorak gembira mendengar ucapan drpd guru silat mereka yg telah tua tetapi masih ~ itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
semangat (kata nama)
1. Bersinonim dengan roh: nyawa tubuh halus, batin, rohani,
Berantonim dengan jasad

2. Bersinonim dengan perasaan hati: jiwa, gerak, sentimen, kata hati, emosi, desak hati, cita, sukma, firasat,

3. Bersinonim dengan maksud: tujuan, niat, erti, tafsiran, makna, inti pati, inti sari,

4. Bersinonim dengan kemahuan: semangat waja, nafsu, keinginan, selera, keghairahan, idaman, hajat,

Kata Terbitan : bersemangat, menyemangati,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm, Mohon semak ayat di bawah betul atau tidak. a)Beliau pengusaha yang bersemangat gigih dan rajin. b)Keropok lekor buatannya banyak mendapat permintaan pembeli kerana rasa keropok lekor yang sedap dan harga yang murah. c)Bahan utama keropok lekornya didapati terus daripada nelayan-nelayan berhampiran kilangnya. TqSelamat tengah hari,

Sila lihat pembetulan:
a)Beliau merupakan pengusaha yang bersemangat gigih dan rajin.
b)Keropok lekor buatannya banyak mendapat permintaan pembeli kerana sedap dan harga yang murah.
c)Bahan utama keropok lekor diperoleh terus daripada nelayan-nelayan berhampiran kilang.

Sekian, terima kasih
Tatabahasa08.08.2016
patriotik - bersifat (berperasaan, bersemangat) sbg patriot: Jepun telah berjaya membangkitkan perasaan ~ di kalangan penduduk tempatan. Benarkah pihak Jepun yang telah berjaya menaikan semangat patriotik di kalangan penduduk tempatan? Pada pendapat saya, kesan jajahan Jepun yang membakar semangat patriotik. Bukan pihak Jepun. Pihak Jepun hanya ingin menjajah.Pihak kami hanya menjawab pertanyaan berkenaan masalah bahasa. Kami tidak menjawab pertanyaan mengenai perkara lain seperti sejarah. Ayat yang diberikan dalam Kamus Dewan hanya sebagai contoh penggunaan perkataan "patriotik".Lain-lain30.08.2016
Apakah yang dimaksudkan dengan 'jaya diri' sebenarnya? bagaiamana frasa ini digunakan dalam ayat? Bolehkah seseorang murid menulis ayat yang berbunyi seperti ini: Kita harus bersemangat jaya diri dengan bercita-cita tinggi agar mencapai kejayaan dalam hidup kelak.Tidak ada contoh penggunaan "jaya diri" dalam sumber rujukan kami. Kami cadangkan ayat ini diubah menjadi "Kita harus bersemangat memajukan diri dan bercita-cita tinggi agar mencapai kejayaan dalam hidup kelak".Tatabahasa21.08.2011
Minta tanya, bagaimanakah menggunakan perkataan 'patriotisme' dan 'patriotik'?Patriotik = bersifat (berperasaan, bersemangat) sebagai patriot. Contoh ayat, Jepun telah berjaya membangkitkan perasaan patriotik di kalangan penduduk tempatan. Manakala, patriotisme ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Cntoh ayat, puisi Itali dipengaruhi oleh rasa perpaduan bangsa dan patriotisme keitalian yang menjadi tema popular ketika itu.Tatabahasa12.04.2013
saye nak mintak tolong tukarkn asay sye kpada bahase inggeris.boleh? *membantu pelajar menyiapkan diri untuk berhadapan dengan alam pekerjaan yang berbeza dengan alam perkejaan. *membantu pelajar untuk lebih bersemangat dalam melaksanakan segala tugasan yang disusuli dengan pelbagai peraturan yang perlu di patuhi. *pelajar juga dapat menilai kemampuan diri semasa menjalani latihan industri ini. *membantu pelajar menambah ilmu pengetahuan serta dapat mempraktikan segala teori yang telah dipelajari kepada alam pekerjaan yang sebenar. *membantu pelajar mempelajari bagaimana cara untuk bergaul dan berkomunikasi sesama pekerja yang terdiri daripada pelbagai usia dan bangsa. *dapat menimbulkan sikap berani dan yakin terhadap keupayaan diri sendiri.Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan menterjemah teks dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Sila berhubung dengan Instutut Terjemahan Negara Malaysia, 03-41497210.Lain-lain27.11.2007
Selamat sejahtera, saya keliru dengan patriotik dengan patriotisme.. Untuk bahagian komsas, nilai patriotik atau nilai patriotisme, mana satu lebih tepat ya?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, Patriotik membawa maksud bersifat (berperasaan, bersemangat) sebagai patriot. Contoh ayat, Jepun telah berjaya membangkitkan perasaan patriotik di kalangan penduduk tempatan. Manakala, patriotisme ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Contoh ayat, Puisi Itali dipengaruhi oleh rasa perpaduan bangsa dan patriotisme keitalian yang menjadi tema popular ketika itu.

Makna28.04.2019
Ingin tahu makna perkataan ihyak / ahyak ( dalam bahasa arab ) . Biasanya disebut Ihyak Ramadan - ( saya kurang pasti ejaannya )Ihya ialah kata Arab yang bermaksud hidup dan dalam konteks Ihya Ramadan ini bermaksud menghidupkan bulan Ramadan (menjadikan suasana giat dan bersemangat).Makna19.08.2010
apakah maksud "tumpul semangat"Ungkapan tumpul semangat tidak ada dalam sumber rujukan kami. Tumpul dikiaskan juga kepada tingkah laku seperti tidak berminat lagi, kurang perhatian dan tawar hati. Oleh itu, maksud tumpul semangat yang boleh dikiaskan kepada tingkah laku yang kurang bersemangat.Makna09.01.2011
Salam dan Selamat Petang, Saya ingin mengetahui makna dan penjelasan padat mengenai perkataan "Thought Leadership". Harap Pihak Tuan dapat membantu. Terima KasihMaklumat dan terjemahan Thought Leadership tidak ada dalam pangkalan data kami. Melalui semakan kami, perkataan thought dalam konteks ini bermaksud seseorang yang berbakat, berpengalaman dan bersemangat. Oleh itu, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemahkan kepada pimpinan yang berwibawa.Penyemakan dan penterjemahan13.03.2017
bagaimana beza meniduri dan menidurkan ? perkataan sarana. bm atau bahasa lain, apakah maksud sebenar? tk.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, menidurkan ialah membuat supaya tidur, mem­baringkan supaya tidur: sesudah menidurkan anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang menga­rah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita menidurkan kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala;.
Manakala meniduri ialah 1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yang di kejauhan sana, nampak gadis meniduri pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi;.

Sarana ialah (segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat  untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu: bahasa Melayu hendaklah dibina agar dapat berfungsi sebagai sarana yang benar-benar dapat menyampaikan ilmu secara berkesan; karya-karya sastera ialah wadah atau sarana untuk menyatakan dunia masyarakat dan zamannya.
Tatabahasa23.02.2013
12

Kembali ke atas