SALAM SEJATERA.SAYA SUB INSPEKTER KARUNAKARAN PEGAWAI PENYIASAT KOMERSIAL DARIPADA IPD SEPANG.SAYA SEDANG MENYIASAT SATU KES PENIPUAN.SEBAGAI BAHAN BUKTI SAYA ADA 1 RAKAMAN VIDEO DUA LELAKI INDIA SEDANG BERSEMBANG DALAM BAHASA INDIA.SAYA NAK BUAT TRANSKRIP APA YANG MEREKA SEMBANG KE DALAM BENTUK TULISAN DALAM BAHASA MELAYU/BAHASA INGGERIS UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI BAHAN BUKTI DI MAHKAMAH.ADAKAH PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA?DENGAN SIAPAKAH SAYA PERLU MERUJUK PERKARA INI?HARAP PIHAK TUAN DAPAT BANTU SAYA.SEKIAN TERIMA KASIH. | Untuk makluman tuan, khidmat membuat transkrip tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat Bahasa disediakan khusus bagi membantu pengguna menangani masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. | Lain-lain | 22.05.2013 |
Bolehkah perkataan facebook diberi imbuhan seperti berfacebook ? | Facebook ialah kata nama khas yang mempunyai pelbagai komponen di dalamnya. Dalam bahasa percakapan kata berfacebook antaranya merujuk kepada perbuatan seseorang yang menggunakan komponen facebook untuk bersembang di ruang maya. Walau bagaimanapun dalam situasi rasmi kata berfacebook tidak digunakan dan hendaklah digantikan dengan kata lain untuk merujuk kepada pengaplikasian komponen facebook yang dilakukan. Oleh itu, dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu kami cadangkan masyarakat menggunakan bahasa yang baku sama ada dalam urusan rasmi ataupun tidak rasmi. | Tatabahasa | 13.12.2010 |
Mohon bantuan menterjemahkan istilah baru seperti berikut: (1) Blogger, (2) tweet, dan tweeting. | Istilah bahasa Melayu untuk blogger ialah pemblog. Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk tweet dan tweeting. Cadangan kami ialah berbual atau bersembang. | Istilah | 11.06.2012 |
Salam sejahtera. 1) Menurut DBP mahu pun pihak Kamus Dewan, adakah terjemahan untuk 'tweet' (dalam konteks pengguna Twitter) dalam b.Melayu? Atau tidak perlu diterjemahkan? yakni cukup diitalikkan font dalam penulisan misalnya? 2) Sehubungan dengan itu, berapa kerapkah Kamus Dewan memasukkan perkataan-perkataan baharu di dalam edisi elektroniknya? (seperti yang dilakukan oleh kamus-kamus lain contohnya http://oxforddictionaries.com/) Sekian dan terima kasih. | 1. Tidak ada padanan tweet dalam bahasa Melayu. Merujuk kepada perbuatan yang dimaksudkan dengan tweet itu, kami cadangkan kata bersembang atau berbual digunakan dan jika merujuk kepada orangnya maka perkataan pengguna twiter yang digunakan. 2) Capaian kepada Kamus dewan dalam laman web kami disalin daripada edisi cetakan. Apabila ada perubahan dalam edisi cetakan (hanya dilakukan apabila edisi baharu diterbitkan) baharulah edisi elektroniknya berubah. | Istilah | 24.08.2011 |
Assalamualaikum, Saya ada dua soalan 1. Apakah perbezaan antara rangkai kata dengan frasa? 2. Dalam Kamus Dewan, hampir semua perkataan yang digunakan oleh masyarakat bahasa dirakam atau didokumentasikan. Jadi ada perkataan yang boleh digunakan dalam bahasa Melayu yang betul atau standard dan sebaliknya. Bagaimanakah pengguna bahasa dapat mengenali atau membezakan perkataan-perkataan yang boleh digunakan dalam bahasa Melayu standard berbanding perkataan-perkataan yang tidak sesuai digunakan berdasarkan entri dalam kamus? | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rangkai kata ialah kelompok beberapa kata. Frasa bermaksud kumpulan kata yg membentuk unit sintaksis sesuatu klausa. 2. Untuk mengenali atau membezakan perkataan yang boleh digunakan dalam bahasa Melayu standard dalam Kamus Dewan, saudara boleh melihat pada label bp (bahasa percakapan) sebagai pemakluman kepada pengguna supaya menggunakan kata berkenaan sesuai dengan konteksnya. Maknanya kata yang berlabel bp tidak sesuai digunakan dalam situasi rasmi, tetapi tidak salah digunakan di luar konteks rasmi, seperti di kedai kopi, di rumah atau semasa bersembang-sembang dengan rakan sebaya. Saudara juga boleh merujuk Pendahuluan Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman xv untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 09.07.2010 |