Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sen.da] | برسندا

Definisi : = ~ gurau = bersenda-senda 1. berkelakar, berseloroh, berjenaka: menga­pa-kah pula tuan hendak ~-senda dgn ayah-anda spt ini? 2. bergurau-gurau, bercumbu-cumbu: maka tuanku Malim Deman pun lalu santap beradat serta ~ kedua-dua laki isteri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sen.da] | برسندا

Definisi : , = ~ gurau, = bergurau senda berbuat atau mengatakan sesuatu utk bersuka-suka atau utk bermain-main; bergurau-gurau: Maka baginda pun ~ gurau kedua-dua laki isteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senda (kata nama)
Bersinonim dengan senda gurau, kelakar, lawak, kecindan, jenaka, seloroh, olok-olok;,
Kata Terbitan : bersenda, mempersendakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkata gurau senda satu kata ganda? dieja dalam satu perkataan atau dua? bergurau senda atau bersenda gurau?

Gurau senda ialah frasa dan bukan kata ganda dan dieja dua perkataan.

Tatabahasa29.10.2011
maksud bercengkerama

Saudara Fuad,

Maksud perkataan bercengkerama ialah  1. pergi berjalan-jalan atau bersiar-siar; bertemasya. 2. bercakap-cakap atau bersenda gurau utk bersuka ria.

Makna16.06.2010

Kembali ke atas