Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.tu.ju] | برستوجو

Definisi : tidak ber­tentangan (pendapat, fikiran, dll), semua­fakat, sependapat: aku ~ dgn kata-katanya; 3. serasi, cocok, sesuai: jikalau barang suatu perkataan itu dipakai ber­patutan dgn tempatnya nescaya sedaplah bunyinya dan ~lah dgn ertinya; 4. ark tertarik hati kpd, berasa senang akan, berkenan: jika tuan ~ ambillah; 5. berbetulan (dgn), bertepatan (dgn); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.tu.ju] | برستوجو

Definisi : 1 mempunyai pendapat atau fikiran yg serupa; bersependapat: Saya ~ dgn pendapat kakak saya. 2 berasa berkenan atau berasa tertarik kpd: Kalau tuan ~, belilah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, frasa "bersetuju dengan pendapat" atau "bersetuju kepada / akan pendapat" lebih betul? Contoh penggunaan kedua-dua frasa ini dalam ayat: (1) Dia selalu tidak bersetuju dengan pendapat saya. (2) Dia selalu tidak bersetuju kepada / akan pendapat saya. Saya maklum bahawa maksud kata sendi nama "akan" disamakan dengan maksud kata sendi nama "kepada", iaitu menunjukkan sasaran. Pada saya, ayat yang lebih betul ialah ayat (2) dengan kata sendi nama "akan" atau "kepada", walaupun kebiasaan masyarakat ialah frasa "bersetuju dengan pendapat". Saya mengatakan frasa" bersetuju dengan pendapat" salah kerana kata sendi nama "dengan" bermaksud bersama-sama. Hal ini bermaksud, frasa "bersetuju dengan pendapat" bermaksud "bersetuju bersama-sama pendapat". "Pendapat" bukan orang, jadi "pendapat" tidak dapat berada bersama-sama kita. Oleh itu, kata sendi nama "dengan" adalah salah. Saya mengatakan frasa "bersetuju akan/kepada pendapat" lebih tepat kerana kata sendi nama "kepada" dan "akan" menunjukkan sasaran. Kata "pendapat" ialah sasaran kepada perbuatan "bersetuju", jadi, frasa "bersetuju akan pendapat" atau "bersetuju kepada pendapat" lebih jitu. Apakah pandangan tuan?Ayat yang gramatis ialah "bersetuju dengan pendapat..." bagi menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 280.Tatabahasa27.01.2015
Salam. Ayat yang mana betul tatabahasanya Mesyuarat sebulat suara bersetuju atau pun Mesyuarat bersetuju sebulat suara

Ayat ini boleh dibina dalam dua variasi seperti yang berikut :  1. Mesyuarat, sebulat suara, bersetuju ... atau 2. Mesyuarat bersetuju ...   sebulat suara.

Tatabahasa24.07.2008
Tuan, apakah beda maksud antara "setuju" dengan "bersetuju"? Bukankah "setuju" perbuatan tiada melampau yang sudah bermaksud sependapat dengan seseorang, jadi mengapakah diterbitkan satu perbuatan tiada melampau yang berawalan ber-, iaitu "bersetuju" lagi untuk menyatakan maksud yang sama, iaitu sependapat? Jadi, frasa yang manakah betul, "setuju akan pendapatnya" atau "bersetuju akan pendapatnya"? Saya berpendapat bahawa "setuju" sudah bermaksud searah kerana tuju = arah, di sini maksud "searah" ini dikembangkan kepada sependapat, iaitu searah pada pendapat, maka "setuju kepada pendapatnya" betullah. "Bersetuju" pada saya sedarjat dan semaksud "setuju", iaitu darjat perbuatan tiada melampau dan maksud sependapat, jadi berlebihanlah pada saya terbitan kata "bersetuju" ini. Apakah pendapat tuan? 
Menurut data kami, perkataan setuju bermaksud 1. = setujuan sama arahnya (mak­sud­nya, tujuannya, dan lain-lain): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak ber­tentangan (pendapat, fikiran, dan lain-lain, semua­fakat, sependapat: aku ~ dengan kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai. Oleh itu, perkataan setuju dan bersetuju kedua-dua betul dan boleh digunakan dalam ayat.
Tatabahasa22.12.2016
MINTA SURAT BERSETUJU VISUAI IKLAN SURAT

Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran pendaftaran permohonan sebanyak RM10 untuk iklan papan premis/kain rentang/gegantung/poster/notis makluman/pelabelan/badan kenderaan dan RM30 untuk papan iklan luar/iklan tiang/iklan elektronik/digital. Proses pengesahan iklan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja.

Sila rujuk panduan pengguna untuk maklumat lanjut.

Lain-lain09.06.2020
salam 1Malaysia, mohon penjelasan dan pembetulan bagi menerangkan pernyataan berikut: hasil analisis menunjukkan bahawa peratus respons bersetuju responden guru yang mempunyai pengalaman mengajar 11 – 20 tahun, lebih tinggi berbanding peratus respons responden guru yang mempunyai pengalaman mengajar 1 – 5 tahun. Manakala, peratus respons bersetuju responden guru berpengalaman mengajar 11 – 15 tahun adalah lebih tinggi berbanding 6 – 10 tahun. soalan saya, berdasarkan pernyataan di atas, bolehkah saya membina ayat yang baru dengan menggabungkan ayat tersebut seperti berikut: hasil analisis menunjukkan bahawa peratus respons bersetuju responden guru yang mempunyai pengalaman mengajar 11 – 20 tahun dan 1 – 5 tahun masing-masing, lebih tinggi berbanding peratus respons bersetuju responden guru berpengalaman mengajar 11 – 15 tahun dan 6 – 10 tahun. mohon penjelasan. terima kasihAyat ini betul. Hasil analisis menunjukkan bahawa peratus respons bersetuju responden guru yang mempunyai pengalaman mengajar 11 – 20 tahun dan 1 – 5 tahun masing-masing, lebih tinggi berbanding peratus respons bersetuju responden guru berpengalaman mengajar 11 – 15 tahun dan 6 – 10 tahun.Tatabahasa19.08.2015
Saya terbaca perkataan Pelajar Digital-Natif dalam skema pemarkahan....maka saya ingin kepastian sama ada perkataan "Natif" itu diterima pakai dalam penulisan esei Bahasa Melayu. Secara peribadi saya tidak bersetuju(amat tidak bersetuju) tentang pengaruh Bahasa Inggeris yang "terlampau" dalam Bahasa Melayu seperti Bahasa Indonesia. Mohon pencerahan.Terima kasih tuan.Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang berkembang pesat di dunia ini. Tidak dapat tidak bahasa ini mengalami kemasukan kata-kata asing daripada bahasa lain termasuklah bahasa Inggeris. Keadaan tersebut sama seperti bahasa-bahasa yang lain di dunia.

Kata "natif" merupakan salah satu contoh kata yang telah terserap dalam bahasa Melayu. Kata ini telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dengan tiga pecahan makna. Kehadiran kata ini dalam bahasa Melayu terbukti dengan penggunaannya yang meluas dalam korpus bahasa Melayu, misalnya dalam bidang linguistik. Masyarakat bebas menggunakan kata ini mengikut sistem dan laras bahasa Melayu yang sesuai.

Berikut ialah makna kata natif dalam KDP:
natif ناتيف
kata adjektif
1. (berkenaan dengan bahasa) mula-mula dituturkan sejak lahir.
Contoh:
Cara mereka menyebut kata-kata pinjaman ini dipengaruhi oleh bunyi yang sepadan dalam bahasa natif mereka.

2. (berkenaan dengan penutur atau pengguna sesuatu bahasa) bertutur atau bercakap dalam bahasa tertentu sebagai bahasa pertamanya sejak lahir dan bukannya sebagai bahasa asing.
Contoh:
a) Orang Melayu penutur natif bahasa Melayu dan menggunakannya sebagai bahasa pertama.
b) Pengguna natif bahasa ini ialah puak Cherokee di Amerika Utara.

3.(berkenaan dengan orang, tumbuh-tumbuhan, binatang dan lain-lain) mula-mula tinggal di sesuatu tempat atau sesebuah daerah, negeri dan sebagainya sejak lahir atau tumbuh.
Contoh:
a) Dalam sejarah, penduduk natif Afrika Selatan pernah menjadi mangsa dasar diskriminasi kerajaan kulit putih di negara itu.
b) Untuk landskap di Putrajaya, pokok natif dan yang rendah tahap senggaranya dipilih sebagai keutamaan.

Makna09.01.2025
ayat yang manakah benar 1. ... bersetuju supaya majlis itu diadakan ... 2. ... bersetuju agar majlis itu diadakan... apakah perbezaan penggunaan kata hubung supaya dan agar?Perkataan "agar" dan "supaya" ialah kata hubung pancangan keterangan yang menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Kedua-dua contoh penggunaan "agar" dan "supaya" dalam frasa tersebut betul.Tatabahasa24.08.2023
Mohon tuan yang bijaksana semak ayat yang manakah menggunakan tanda baca yang betul?: (1) a) "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "mungkin dia diperangkap." b) "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung. "Mungkin dia diperangkap."

Selepas tanda petikan, mulakan dengan huruf besar. "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "Mungkin dia diperangkap."

Saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara penulisan tanda baca dan sebagainya. Buku ini merupakan antara rujukan yang perlu bagi seorang penulis dan editor.

Lain-lain24.11.2011
Mohon pengesahan DBP ayat di bawah yang mana lebih sesuai digunakan di dalam Minit Mesyuarat? (i) bersetuju mengesyorkan calon XXX untuk diangkat sebagai xxx tertakluk kepada perkenan DYMM Tuanku Canselor USIM; atau; (ii) bersetuju mengesyorkan pencalonan XXX sebagai XXX untuk diangkat bagi perkenan DYMM Tuanku Canselor USIM.Dari segi tatabahasa ayat yang betul ialah "(i) Mesyuarat bersetuju mengesyorkan pencalonan XXX untuk diangkat sebagai xxx dan  tertakluk kepada perkenan DYMM Tuanku Canselor USIM.  Tatabahasa27.03.2018
Assalamualaikum, Apakah terjemahan bahasa malaysia yang sesuai untuk skala likert ini, neither agree nor disagree, disagree moderately, disagree a little. Sekian,terima kasih.DBP tidak mempunyai terjemahan yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Antara perkataan yang biasa digunakan adalah seperti yang berikut: berkecuali, agak bersetuju,, kurang bersetujuLain-lain08.11.2016
12345678910...

Kembali ke atas