Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.siar] | برسيار

Definisi : berjalan-jalan (mengambil angin dll), bertemasya: malam itu, Maskam membawanya ~ ke taman bunga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.siar] | برسيار

Definisi : berjalan-jalan utk mengambil angin atau utk berehat-rehat: Petang itu aku pergi ~ ke tepi pantai dgn anak dan isteriku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersiar

Puisi
 

Baju Pak Tua kusut lengan,
     Ageh bersiar keduanya;
Bertemu jalan dengan tunangan,
     Gelak melengah keduanya.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk haiwan, khususnya kambing "bersiar-siar" di padang? Bolehkah "bersiar-siar" digunakan untuk merujuk haiwan atau adakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan? Sekian, terima kasih.Bersiar-siar lazimnya dikaitkan dengan perbuatan manusia yang berjalan-jalan untuk mengambil angin atau untuk berehat-rehat.  Oleh itu, bersiar-siar tidak sesuai digunakan untuk merujuk binatang yang berkeliaran di padang. Perkataan yang sesuai ialah berkeliaran atau merayau.Tatabahasa31.01.2011
Saya dan ibu bersiar-siar di pasar raya. Adakah perkataan bersiar-siar sesuai digunakan untuk di pasar raya? Atau ada perkataan yang lebih sesuai?

Perkataan “bersiar-siar” kurang sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang lebih sesuai ialah “membeli-belah” atau “berjalan-jalan”.

Tatabahasa19.11.2024
Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai.Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai. - ketiga-tiga perkataan tersebut betul tetapi lazimnya yang dijumpai di pantai ialah siput dan kulit siput.Tatabahasa17.05.2010
sebelum terlupa, perkataan Persiaran ini paling sesuai digunakan di mana? samada jalan kawasan perumahan kelebaran 40' ataupun jalan-jalan utama kelebaran 66' dan ke atas.DBP tidak mempunyai maklumat yang diperlukan . DBP hanya boleh memberikan maksud perkataan "persiaran" yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu  tempat (kawasan, jalan dan sebagainya) bersiar atau bersiar-siar.  Istilah14.10.2016
maksud bercengkerama

Saudara Fuad,

Maksud perkataan bercengkerama ialah  1. pergi berjalan-jalan atau bersiar-siar; bertemasya. 2. bercakap-cakap atau bersenda gurau utk bersuka ria.

Makna16.06.2010
MANAKAH YANG LEBIH TEPAT UNTUK DIGUNAKAN: I. JALAN PERSIARAN ATAU JALAN PESIARAN 2. BAS PERSIARAN ATAU BAS PERSIARANMenurut Kamus Dewan, persiaran ialah hal atau perbuatan bersiar-siar. Jawapan yang betul dan tepat ialah Jalan Persiaran dan Bas Persiaran.Ejaan25.09.2006
Selepas makan malam, ibu suka () di tepi pantai Aberlari-lari Bbersiar-siar Cberlumba-lumba Dberlepak-lepak Mana satu yang betul Terima kasihJawapan:

Selepas makan malam, ibu suka bersiar-siar di tepi pantai.
Lain-lain22.03.2022
Apakah perbezaan simpulan bahasa makan angin dan ambil angin?Makan angin bermaksud pergi ke sesuatu tempat atau negeri yang menarik dalam tempoh tertentu untuk melancong, berehat, melawat dan sebagainya.


Ambil angin pula bermaksud bersiar-siar, biasanya di taman, di pantai dan sebagainya sambil menghirup udara yang segar.
Makna01.07.2025
Assalamualaikum. Bolehkah berikan padanan yang sesuai bagi istilah "Hop-on hop-off"? Contoh: Tren yang berkonsepkan "hop-on hop-off".Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk ho--on hop-off". Padanan bahasa Melayu yang pernah dicadangkan untuk "hop-on hop-off" ialah bersiar-siar atau ronda-ronda.  Istilah25.12.2016
Assalamualaikum tuan. Apakah jawapan yang tepat bagi soalan nombor 15 ini? Skema jawapan yang diberikan memberikan D. bas persiaran sebagai jawapan. Semoga pihak tuan dapat memberikan penjelasan. Terima kasih.Skema jawapan yang diberikan adalah betul. Jawapan yang betul ialah bas persiaran. Menurut Kamus Pelajar, bas persiaran bermaksud bas untuk bersiar-siar atau untuk melancong.Tatabahasa20.08.2014
12

Kembali ke atas