Bapa saya seorang yang bersifat atau bersikap tabah. guna bersifat atau bersikap ? | Bersifat tabah. | Tatabahasa | 26.08.2014 |
salam, Apakah maksud 'projek eksperimental'? terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, eksperimental bermaksud berkenaan (berasaskan, bersifat) eksperimen, bersifat percubaan. Istilah sumber "experimentals project" yang diterjemahkan mengikut istilah bahasa Malaysia ialah projek percubaan. | Tatabahasa | 13.10.2012 |
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat yang mana betul. 1. Asid bersifat mengakis. 2. Asid bersifat mengkakis. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah 1. Asid bersifat mengakis. | Tatabahasa | 30.05.2012 |
Adalah Kamus Dewan merupakan kamus "descriptive" atau "prescriptive"? | Kamus terbitan DBP adalah berdasarkan kepada sesuatu kata masukan/entri bagi kamus tersebut yang adakalanya bersifat deskriptif dan adakalanya bersifat preskriptif. Terdapat peraturan dan rumus yang telah ditetapkan dan perakaman juga berdasarkan data yang diperoleh dan sistem penyusunan maklumat kamus berkenaan. | Makna | 21.08.2024 |
patriotik - bersifat (berperasaan, bersemangat) sbg patriot: Jepun telah berjaya membangkitkan perasaan ~ di kalangan penduduk tempatan. Benarkah pihak Jepun yang telah berjaya menaikan semangat patriotik di kalangan penduduk tempatan? Pada pendapat saya, kesan jajahan Jepun yang membakar semangat patriotik. Bukan pihak Jepun. Pihak Jepun hanya ingin menjajah. | Pihak kami hanya menjawab pertanyaan berkenaan masalah bahasa. Kami tidak menjawab pertanyaan mengenai perkara lain seperti sejarah. Ayat yang diberikan dalam Kamus Dewan hanya sebagai contoh penggunaan perkataan "patriotik". | Lain-lain | 30.08.2016 |
“beratus-ratus” bersifat tidak tentu kerana ia bermaksud beberapa ratus menurut kamus Dewan dan tidak mempunyai nilai yang spesifik seperti tiga ratus. Persoalannya,kenapa “beratus-ratus” dikategorikan sebagai kata bilangan himpunan dalam buku Tatabahasa Dewan dan bukan dikategorikan sebagai kata bilangan tak tentu?Apakah ciri yang membezakan kata bilangan himpunan dan kata bilangan tak tentu? | Kata bilangan himpunan merujuk kumpulan benda dan lazimnya dalam bentuk kata ganda. Pada asalnya kata bilangan ini merupakan kata bilangan tentu seperti 100 orang dan 1000 guni beras tetapi telah mengalami penggandaan mengakibatkan ia terkeluar daripada kategori kata bilangan tentu. Walau bagaimanapun perkataan tersebut tidak boleh dikategorikan kata bilangan tak tentu kerana tidak setara dengan perkataan yang lain seperti semua, para dan banyak. | Tatabahasa | 11.08.2020 |
tak bolehkah bersifat tetap. mcm bhs inggeris x ada perubahan. kalau alasan nak memartabatkn bhs,kena lah tetapkn bhs, seolah2 mcm x tentu dgn bhs kebangsaan sendiri sehingga sentiasa berubah. | Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada saudara atas pandangan menarik yang diberikan berkaitan bahasa kebangsaan negara. Sebenarnya untuk makluman saudara, setiap bahasa yang ada di dunia berubah mengikut peredaran masa dan turut berubah selagi manusia berbudaya. Bahasa Inggeris juga turut berubah mengikut perkembangan. Mohon jasa baik saudara untuk mengemukakan apakah perubahan yang dimaksudkan agar pihak kami dapat sama-sama berkongsi maklumat untuk bersama-sama kita mengangkat martabat bahasa kebangsaan negara kita. Terima kasih. | Lain-lain | 27.10.2006 |
Terdapat pelbagai ciri-ciri bahasa Melayu.Bahasa bersifat dinamis,sejagat,dan bervariasi.Berikan maksud bahas bersifat dinamis,sejagat dan bervariasi. | Menurut Kamus Dewan, sejagat bermaksud seluruh dunia, sedunia, atau antarabangsa. Variasi pula bermaksud penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard. Variasi juga dikaitkan dengan bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll). Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, diharap agar saudara boleh mengaitkan pengertian bahasa bersifat sejagat dan bervariasai. | Makna | 14.08.2007 |
Hakim Lau juga tidak menerima hujah Pejabat Peguam Negara bahawa permohonan itu bersifat akademik semata-mata berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lalu bahawa SPR dan bukan Speaker mempunyai hak untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi pilihan raya. Apakah maksud 'bersifat akademik' dalam petikan tadi? | Bersifat atau mengenai ilmu pengetahuan. | Lain-lain | 22.10.2009 |
berikan maksud secara terperinci bahasa itu bersifat dinamis? | Maklumat terperinci tentang tajuk "bahasa itu bersifat dinamik" tidak ada dalam pangkalan data kami. Maklumat terperinci hanya diperoleh melalui pembacaan yang banyak dan kajian yang mendalam tentang tajuk tersebut. Bagi membantu saudara mencari maklumat yang diperlukan, beberapa artikel/buku kami cadangkan, iaitu: Bahasa tidak dinamis akan pupus, Johan Jaffar, Utusan Malaysia, 12/08/2004; Fungsi Dinamik Bahasa Melayu, Asiah Idris, Jurnal Dewan Bahasa, Mei 1995 dan Peranan bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun tinggi, Abd. Rahman Yaakub, 2004. | Lain-lain | 09.07.2011 |