saya berikan soalan yang sebenarnya agar pihak tuan dapat memberikan penjelasan dengan mudah. Kami akan bersihkan kawasan belukar di belakang dewan itu secara bergotong-royong. A Akan dibersihkan oleh kami B Kami akan membersih C Akan kami bersihkan D Kami akan bersihkan jawapan yang manakah yang lebih sesuai digantikan dengan frasa 'Kami akan bersihkan' dalam ayat di atas? atau, adakah frasa tersebut tidak mengandungi kesalahan? harap berikan jawapan secepat mungkin. terima kasih. | Ayat yang betul ialah " Kami akan membersihkan kawasan belukar di belakang dewan itu secara bergotong-royong. Ayat pasifnya : Kawasan belukar di belakang dewan itu akan kami bersihkan secara gotong-royong. | Tatabahasa | 20.09.2007 |
Soalan: Saya membersihkan longkang itu. (i) Ayat Pasif yang manakah betul? Tolong berikan penjelasan jika salah. (a) Longkang itu saya bersihkan. (b) Longkang itu kena bersihkan oleh saya. (c) Longkang itu kena saya bersihkan. (d) Longkang itu terbersihkan oleh saya. (e) Longkang itu saya terbersihkan. | Ayat pasif yang betul ialah "Longkang itu saya bersihkan". Ayat ini betul kerana mengikut rumus binaan ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama. Ayat pasif yang lain tidak mengikut rumus binaan ayat pasif. | Tatabahasa | 26.10.2015 |
1.Sebelum bertolak pulang, tapak perkhemahan itu dibersihkan oleh kami atau kami bersihkan? 2 Lee Chin dan Lee John seperti adik-beradik kerana mereka bersahabat karib sejak dari kecil lagi atau sejak kecil lagi? | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: - Sebelum bertolak pulang, tapak perkhemahan itu kami bersihkan.
- Lee Chin dan Lee John seperti adik-beradik kerana mereka sahabat karib sejak kecil lagi.
Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 491 – 492. | Tatabahasa | 09.06.2024 |
1. Buku itu dibaca oleh abang. 2. Buku itu abang baca. Ayat 1 @ Ayat 2 betul? 3. Kasut itu saya cuci. 4. Kasut itu dicuci oleh saya. Ayat 3 @ Ayat 4 betul? 5. Kampung itu dibersihkan oleh mereka. 6. Kampung itu mereka bersihkan. Ayat 5 @ Ayat 6 betul? TQ..... | 1. Buku itu dibaca oleh abang. 2. Buku itu abang baca. - Kedua-dua ayat ini betul. 3. Kasut itu saya cuci. - betul 4. Kasut itu dicuci oleh saya. - salah 5. Kampung itu dibersihkan oleh mereka. 6. Kampung itu mereka bersihkan. - kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
Mereka membersihkan bilik darjah. Jika saya menukarkan ayat aktif seperti di atas ke ayat pasif, ayat 1 @ ayat 2 betul? 1. Bilik darjah dibersihkan oleh mereka. 2. Bilik darjah mereka bersihkan. TQ | Kedua-dua ayat pasif tersebut betul. Walau bagaimanapun ayat pasif bagi ayat aktif tersebut ialah Bilik darjah dibersihkan oleh mereka. | Tatabahasa | 09.03.2012 |
mengapakah pihak dbp mengambil masa yg lama untuk menjawab soalan saya. padahal soalan ini ialah soalan yang dikeluarkan untuk dijawab oleh pelajar tingkatan 3 dalam masa 1 jam sahaja. soalan ini saya anggap soalan yang mudah bagi pihak dbp. pihak dbp mempunyai tenaga kerja yang ramai dan berpengalaman dalam bidang bahasa. tidak mungkin soalan untuk pelajar sekolah menengah ini tidak mampu dijawab dalam masa yang singkat. saya telah menghantar soalan ini pada bulan ogos dan sehingga kini masih tidak menerima jawapan. mungkin pihak dbp langsung tidak mengkaji tentang soalan saya ini, tetapi hanya menghantar emel yang mengatakan soalan belum berjwb. perlukah dbp menyediakan kertas kerja atau thesis untuk menjwb soalan ini? saya masih menunggu jawapan dari pihak dbp dengan sabar. saya memohon maaf sekiranya tulisan saya ini menyinggung mana-mana pihak. | Ayat ' kami akan bersihkan kawasan belukar' sepatutnya ditulis 'kami akan membersihkan kawasan belukar' kerana ayat ini merupakan ayat aktif. Ayat 'akan kami bersihkan kawasan belukar' ialah ayat pasif seperti yang dinyatakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 469-470 . | Tatabahasa | 14.09.2007 |
Cikgu, bentuk yang terdapat di bawah yang manakah betul? 1. Sila taip "Khidmat Nasihat Tatabahasa" lalu mendaftarkan satu akaun di sana. 2. Sila taip "Khidmat Nasihat Tatabahasa lalu daftarkan satu akaun di sana. (Perlukah perkataan "daftar" memakai imbuhan? Jika ya, kenapa? Jika tak perlu, kenapa?) | Dalam ayat suruhan kata kerja menerima akhiran -kan seperti daftarkan dan bersihkan. | Tatabahasa | 11.05.2014 |