Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.si.no.nim] | برسينونيم

Definisi : mempunyai kata-kata yg sama atau hampir sama maknanya: perkataan can­tik ~ dgn perkataan indah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersinonim


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm, berikan saya contoh kata seerti "tuntut" Dan "menuntut"..?Perkataan tuntut bersinonim dengan minta, pohon, desak, gesa, tagih dan lain-lain. Manakala, menuntut pula bersinonim dengan meminta, memperjuangkan, belajar, mendakwa dan lain-lain.Lain-lain02.02.2013
1) Apakah perbezaan makna bagi kata “sinonim” dan “sinonimi”? 2) Bagaimanakah perbezaan penggunaannya? 3) Mana satukah kata berimbuhan yang betul iaitu “bersinonim” atau “bersinonimi” Sila semak penggunaan kata di atas dalam ayat-ayat di bawah. a) Senarai Kata Sinonim bagi Kata Kerja ‘gigit’ dan ‘hiris’. b) Senarai Kata Bersinonim dengan Kata Kerja. c) Kata Kerja Bersinonimi Akibat Faktor Dialek. d) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Sinonim Kata Kerja‘makan’. e) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Kerja ‘lihat’ dan Kata Sinoniminya. f) Kata Kerja Bahasa Jerman dan Frasa Kerja Sinonimnya. g) Senarai Kata Kerja Mengikut Faktor-Faktor Kewujudan Sinonim. h) Kata Kerja Bersinonim dan Faktor-Faktor Penyebab Kewujudannya.1) Apakah perbezaan makna bagi kata “sinonim” dan “sinonimi”? 2) Bagaimanakah perbezaan penggunaannya?

Sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, misalnya cantik dengan indah dan cepat dengan pantas. Manakala sinonimi pula ialah hubungan antara sinonim yang digunakan dalam istilah linguistik.


3) Berikut penggunaan perkataan sinonim dan bersinonimi yang betul ;

 a) Senarai Kata Sinonim bagi Kata Kerja ‘gigit’ dan ‘hiris’.

b) Senarai Kata Bersinonim dengan Kata Kerja.

c) Kata Kerja Bersinonimi Akibat Faktor Dialek.

d) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Sinonim Kata Kerja ‘makan’.

e) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Kerja ‘lihat’ dan Sinonimi.

f) Kata Kerja Bahasa Jerman dan Frasa Kerja Sinonim.

g) Senarai Kata Kerja Mengikut Faktor-Faktor Kewujudan Sinonim.

h) Kata Kerja Bersinonim dan Faktor-Faktor Penyebab Kewujudannya
.
Tatabahasa12.08.2013
dialek kata-kata bersinonim dengan kata 'bawa' dan Kata 'potong'

Sinonim kata bawa = angkut, pikul, dukung, junjung, jinjing, jinjit, bimbit, kendong, galas, tanggung, angkat, usung (penggunaannya bergantung pada konteks ayat)

Sinonim kata potong =   kerat, penggal, hiris (penggunaannya bergantung pada konteks ayat)

Istilah05.04.2009
Saya mendapati perkataan "masak" bersinonim dengan "matang", jadi boleh puan jelaskan dengan selanjutnya perbezaan antara dua perkataan ini ? "Buah-buahan masak" atau "Buahan-buahan matang."? Terima kasih puan.

Salam sejahtera,

Frasa yang betul ialah 'buah-buahan yang masak' atau 'buah-buahan yang matang'


Sekiranya saudara merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat saudara akan dapat melihat perbezaanya.

Untuk memudahkan saudara, saudara boleh layari laman web http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan perkataan masak atau matang di kotak cari untuk mengetahui perbezaan di antara kedua-dua perkataan tersebut.

Tatabahasa07.11.2012
Apakah sinonim bagi "mutiara kata"?Perkataan yang bersinonim dengan mutiara kata ialah kiasan kata dan kata hikmat.Tatabahasa14.08.2013
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak DBP mengenai perkataan 'menurun'. Menurut PRPM, 'menurun' bersinonim dengan 1) menjunam: jatuh; 2) susut: berkurang; 3) berpindah kepada: mewarisi; 4) konteks bomoh - bersawai; Adakah salah jika saya menggunakan 'menurun' untuk menggambarkan kadar yang semakin berkurangan bagi penulisan bidang ekonomi/perniagaan/kewangan? Maklum balas daripada pihak Institut Terjemahan Negara mengatakan menurun tidak sesuai digunakan kerana lebih digunakan untuk konteks 'bomoh yang sedang menurun'.Untuk makluman perkataan menurun telah diterima dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan terbitan DBP (2001) sebagai padanan untuk istilah yang berikut:

1. declines - menurun (Pelaburan)
2. decline rate - kadar menurun (Ekonomi)
3. descending order - susunan menurun (Ekonomi)
4. descending power - kuasa menurun (Ekonomi)
5. falling market - pasaran menurun (Perakaunan, Ekonomi, Perniagaan)

Berdasarkan contoh yang diberikan, DBP memang telah menerima istilah menurun dalam bidang ekonomi, perniagaan dan kewangan dan tidak terhad dalam konteks "bomoh yang sedang menurun".
Istilah29.08.2012
Salam Khidmat Nasihat DBP, Disertakan kekeliruan saya dalam tatabahas.1. Kata demi yang bersinonim dengan untuk bertugas membawa makna tujuan seperti rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi/untuk kestabilan negara. Adapun ayat contoh yang diberikan surat pekeliling daripada Kementerian Pelajaran telah ditampal pada papan kenyataan untuk perhatian semua guru. Perkataan untuk dalam ayat tersebut tidak boleh bertukar dengan kata demi kerana untuk dalam ayat ini berfungsi menunjukkan kegunaan sesuatu. Sebaliknya kata untuk dalam ayat tersebut boleh bervariasi dengan bagi.
2. Frasa di mana digunakan dalam ayat tanya. Dalam ayat contoh yang diberi frasa di mana hendaklah digantikan dengan perkataan lain yang lebih sesuai seperti dan.
3. Berdasarkan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek. Namun isunya di sini penggunaan kata pemeri adalah perlu diikuti dengan kata sendi nama atau kata adjektif seperti "adalah untuk".
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa09.10.2012
yang manakah betul untuk digunakan cenderamata atau cenderahatiCenderamata, cenderahati, cenderadurja atau tanda mata ialah perkataan yang bersinonim (mempunyai makna yang sama atau hampir sama). Kesemuanya betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan yang sering/biasa digunakan ialah cederamata.Lain-lain07.05.2005
munsyi, apakah perbezaan penggunaan antara suatu dengan satu? TQantara ialah kata tugas yang membawa maksud ruang dan bersinonim dengan jarak, selang jauh dan jurang dan suatu bermaksud hanya satu, satu saja , pertama-tama dan yang pertama. Contoh ayat ialah Ragam bahasa berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain, atau antara suatu kelompok dengan kelompok masyarakat yang lain.
satu ialah kata nama yang bermaksud bilangan 1, tunggal, esa, dan tidak ada yang lain lagi. Contoh ayat, Tuhan hanya satu.
Tatabahasa07.02.2012
perkataan yang sesuai dengan ayat "menarik sesuatu secara paksa".Heret atau Seret.mana yang lebih sesuai.Kedua-dua perkataan seret bersinonim dengan perkataan heret, oleh itu boleh digunakan bagi maksud "menarik sesuatu secara paksa".Tatabahasa17.04.2009
123

Kembali ke atas