Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sta.tus] | برستاتوس

Definisi : mempunyai atau ada status: pengunjung pusat spa terdiri drpd golongan ~ tinggi yg ingin mendapatkan kesegaran mental dan fizikal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berstatus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin membuat susulan akan soalan yang saya ajukan di portal ini pada 28 April 2020. Soalan tersebut masih lagi berstatus "Dalam Proses" manakala soalan-soalan lain yang diajukan pada tarikh terkemudian telah pun dijawab dan berstatus selesai. Pertanyaan saya adalah seperti berikut: Saya ingin bertanya, apakah terjemahan Bahasa Melayu yang betul untuk "multi currency feature (mcf) enabled account"? Adakah (a) "akaun yang diupayakan dengan mcf"; (b) "akaun berkemampuan mcf"; atau (c) "akaun diupayakan mcf"? Adakah terdapat cadangan terjemahan lain yang lebih ringkas/padat? Terima kasih.Sila berikan konteks penggunaan perkataan dalam ayat untuk kami cari padanan dalam bahasa Melayu.Istilah15.05.2020
Apakah gelaran/panggilan rasmi bagi seorang perempuan yang berjawatan Ketua Jabatan yang berstatus janda? Puan atau Cik PuanGelaran/panggilan yang sesuai ilah Puan.Makna21.03.2011
salam, saya ingin bertanya 1. tentang penggunaan Yang Berbahagia dan Yang Berusaha, jika ketua jabatan saya berstatus Prof Madya Dr. mana yang lebih sesuai? sebelum ini Yang Berbahagia hanya untuk individu yang mendapat gelaran tan sri/dato/datuk. 2. bahaimana dengan Yang Dihormati dan Yang disegani,Yang Setia, Yang Dikasihi, mcm mana dengan susunan kekananan?Jika tidak mempunyai sebarang gelaran Prof. Madya disapa sebagai tuan kecuali apabila beliau berperanan sebagai pengerusi atau ketua sesuatu majlis bolehlah disapa sebagai Yang Berusaha. Tidak ada maklumat tentang kekananan sapaan yang tuan berikan melainkan disusun mengikut kekananan fungsi jawatan, contohnya Yang Berusaha Pengerusi Seminar ..., Encik Ahmad bin Ali, Setiausaha Seminar dan Encik Abu bin Kassim, Bendahari Seminar .Tatabahasa02.11.2012
Perkataan empunok ada tidsk dalam bahasa MelayuSetakat ini, entri empunok belum ada dalam Kamus Dewan, masih berstatus bahasa sukuan Sarawak yang bermaksud anak udang/udang kecil.Istilah09.07.2014
Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan pengesahan sama ada istilah 'perluasan' atau 'peluasan' yang digunakan untuk ayat berikut: KWSP telah memperluaskan manfaat pengeluaran kepada ahli yang berstatus bukan warganegara Malaysia selain dari pengeluaran yang telah dibenarkan sebelum ini iaitu Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya dan Pengeluaran Kematian. 'Perluasan' / 'Peluasan' Manfaat ini diberikan kepada Ahli Bukan Warganegara yang bekerja atau berkhidmat di Malaysia. Mohon pengesahan pihak DBP berkaitan perkara ini. Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat dihargai. Sekian, terima kasih.Peluasan bermaksud usaha meluaskan, manakala perluasan bermaksud hasil daripada usaha memperluas (menjadikan lebih luas). Penggunaan kata memperluas dalam konteks ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa21.07.2016
Assalamualaikum Tuan / Puan, Saya ingin mendapat pengesahan dari pihak tuan / puan : Saya selalu menerima panggilan rasmi yang menggunakan gelaran Cik Puan dan saya dimaklumkan bahawa gelaran Cik Puan merujuk kepada seseorang yang berstatus janda. Adakah wujud penggunaan gelaran Cik Puan di dalam urusan rasmi? Mohon pengesahan pihak tuan / puan. Terima kasih.Dalam konteks rasmi, kata sapaan yang digunakan bagi wanita ialah "puan" tanpa mengira status diri mereka sama ada belum atau telah berkahwin. Walau bagaimanapun terdapat sesetengah organisasi menggunakan sapaan "cik" bagi yang belum berkahwin. Tidak ada gelaran "cik puan" bagi wanita biasa yang belum atau telah berkahwin.Tatabahasa23.03.2016
TUAN/PUAN, BELUM TERIMA SIJIL PENGESAHAN BAHASA DAN PUSTAKA UNTUK PAPAN ILAN PERNIAGAAN YANG TELAH DILUS. NO.RUJUKAN KAMI 8364/2018.

Untuk mencetak sijil pengesahan bahasa, tuan/puan perlu mengklik ikon cetak di sebelah kanan permohonan yang berstatus lulus. Nombor sijil akan tertera pada kotak dialog. Klik pada nombor sijil tersebut dan sijil pengesahan akan dipaparkan untuk dicetak.

Lain-lain26.02.2018
berikan saya konsep dan jenis ayat sapaan di Malaysia (Bahasa Malaysia)BM mempunyai sapaan yang berbeza daripada bahasa lain dan setiap penuturnya mesti menggunakannya dengan betul dalam konteks yang sesuai. Dalam situasi tidak formal, penutur menggunakan sapaan yang merujuk hubungan akrab dengan lawan tutur. Biasanya pengguna BM menggunakan perkataan yang menunjukkan rasa hormat terhadap lawan tutur mereka. Contoh Saudara/saudari sapaan kepada orang yang baru dikenali Saya Digunakan apabila bertutur dengan orang yang dihormati dan berstatus tinggi. Tuan Orang yang mempunyai kedudukan tinggi daripada penutur. Puan Orang perempuan yang sudah berkahwin dan dipakai bersama nama atau jenis jawatan spt. Puan Pengetua. Yang di-Pertuan Agong Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Menteri Besar Ketua Menteri Yang Amat BerhormatTatabahasa26.06.2008

Kembali ke atas