salam.mohon nasihat pihak tuan mengenai terjemahan bagi perkataan "Item Parceling in Structural Equation Modeling". sekian terima kasih | Padanan bagi "Item Parceling in Structural Equation Modeling" ialah Pembungkusan Item dalam Pemodelan Persamaan Berstruktur atau Pengkelompokan Item dalm Pemodelan Persamaan Berstruktur. Sesuaikan frasa mengikut konteks ayat yang digunakan. | Istilah | 16.07.2019 |
Assalamualaikum wbt. Saya memerlukan khidmat nasihat bahasa bagi penggunaan istilah yang betul bagi penulisan tesis saya. Saya lampirkan di "fail lampiran" senarai istilah yang memerlukan semakan dari pihak DBP. Jasa baik dan kerjasama pihak DBP saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Salam sejahtera, Semua istilah yang diberi betul kecuali yang dibawah ini: 1. Partial Least Square-Structural Equation Modeling terjemah kepada Model persamaan berstruktur-kuasa dua terkecil separa 2. Exogenus variable kepada Pemboleh ubah eksogenus 3. Endogenous variable kepada Pemboleh ubah endogen 4. Predictive accuracy kepada Ketepatan ramalan 5. Predictive relevant kepada Kerelevanan ramalan 6. Indicator kepada penunjuk Sekian, terima kasih. | Istilah | 20.10.2017 |
Assalamualikum tuan. Saya ingin bertanya dua soalan; 1. Apakah beza antara data korpus DBP dengan PRPM? Yang manakah sumber yang lebih tepat untuk melihat rekod penggunaan sesuatu kata atau istilah antara korpus DBP dan PRPM? 2. Terdapat banyak kata nama yang mempunyai lebih satu versi ejaan. Untuk kata nama tempat seperti Mekah atau Makkah, Halab atau Aleppo bagaimana untuk melihat penggunaan yang lebih tepat untuk bahasa Melayu? | Tuan, untuk menyemak ejaan yang tepat, boleh rujuk PRPM kerana PRPM merupakan data yang lebih berstruktur dan ditapis. Sekiranya pengguna ingin menyemak ejaan, silalah klik Khidmat Nasihat Bahasa. Contohnya, taip mekah, klik Khidmat Nasihat Bahasa, semua jawapan yang diberikan memaklumkan Mekah atau Makkah, kedua-dua bentuk ejaan tersebut diterima dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 26.08.2014 |