Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.su.ba.hat] | برسوباهت

Definisi : 1. menaruh syak wasangka (buruk sangka), ragu-ragu, sangsi; 2. bekerjasama dgn musuh dll: pejuang-pejuang kebangsaan Korea bersama-sama dgn komunis-komunis Jepun telah ~ hendak mendirikan satu kerajaan pemberontakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.su.ba.hat] | برسوباهت

Definisi : 1 berasa syak; berasa ragu-ragu. 2 bekerjasama dlm sesuatu pakatan ja­hat dll: Orang-orang yg ~ dgn musuh akan dihukum bunuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
subahat
Kata Terbitan : bersubahat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Takrifan Kamus Dewan edisi 4 untuk perkataan 'kolaborasi' hanya memberikan satu makna sahaja iaitu: bersubahat dengan musuh. Pemberian satu makna sahaja agak mengelirukan kerana di dalam penerbitan DBP sahaja terdapat penggunaan 'kolaborasi' sebagai 'bekerjasama'. Contohnya: "Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah dalam ucapan balasnya pula mengatakan DBP sangat berbangga dengan usaha ini dan berharap agar kolaborasi budaya antara Bangladesh dengan negara ini akan berterusan." (Klik DBP Berita Harian, 23/1/08) Adakah pihak DBP merancang untuk memasukkan takrifan 'bekerjasama' sebagai salah satu definisi dan penggunaan utama perkataan 'collaborate' spt yang dilakukan oleh Kamus Oxford Fajar dan Kamus Longman Dwibahasa? Cadangan saya, Kamus Dewan lebih dapat memperlihatkan ketelitian kerana ia adalah kamus bahasa Melayu yang menjadi rujukan utama para pelajar B.Melayu. Mungkin DBP dapat usahakan agar setiap entri maksud bagi perkataan (terutama kata pinjam BI) disenaraikan dalam kamus dan bukan satu maksud sahaja. terima kasih.

Saudara Stephen,

Terima kasih kerana memberikan pandangan dan cadangan. Cadangan  dan pandangan seperti ini amat dialu-alukan untuk penambahbaikan penerbitan kamus tersebut. 

Lain-lain02.09.2009

Kembali ke atas