Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sya.rat] | برشرط

Definisi : ada syaratnya, dgn syarat, (dgn) disertai sesuatu syarat, menjadikan (sbg) syarat: dia sendiri terasa betapa bodohnya dia mengaku kalah tanpa ~ itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sya.rat] | برشرط

Definisi : ada (syarat-)syaratnya: tidak ~ tidak dgn janji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syarat (kata nama)
Bersinonim dengan tuntutan, permintaan, ketentuan, ketetapan;,
Kata Terbitan : bersyarat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud perkataan "tempoh perkhidmatan sepenuhnya secara isyarat" dan perkataan "secara bersyarat"?Tidak ada pengertian bagi kedua-dua ungkapan tersebut dalam pangkalan data kami kerana istilah khusus dalam undang-undang dan peraturan lazimnya telah diberikan penerangan tentang apa yang dimaksudkan dengan istilah/ungkapan yang digunakan. Apa yang dapat kami bantu ialah memberikan maksud satu demi satu perkataan yang digunakan melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my
Makna19.12.2012
APA PENGERTIAN DAN PERBEZAAN DIANTARA "MUTLAK" DAN "SEJATI"

Saudara,

Makna perkataan mutlak : 1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak berbelah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh, umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap kedaulatan Republik; perhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak ~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~ wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan dll);

Makna perkataan sejati:  asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~;

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna01.12.2009
apa dimaksudkan dengan perkataan 'PAROL'"Parol" ialah istilah undang-undang yang bermaksud 1. pembebasan seseorang banduan sebelum habis tempoh menjalani hukuman penjara kerana berkelakuan baik dan sebagainya; 2. tempoh seseorang banduan menjalani pembebasan bersyarat itu.Istilah05.03.2009

Kembali ke atas