Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.fa.kur] | برتفکر

Definisi : 1. bermenung memikirkan se­suatu dgn sungguh-sungguh: Raja itu diam lalu tunduk ~ sejurus; 2. menumpukan sege­nap perhatian dan fikiran pd sesuatu, meng­heningkan cipta: semua orang ~ dua minit, kerana mengingatkan pahlawan-pahlawan kita yg telah gugur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tafakur (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan renungan, menungan, semadi, yoga, meditasi, kekhusyukan;,
Kata Terbitan : bertafakur,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat di bawah betul? Kewujudan teknologi yang canggih menyebabkan seseorang memilih untuk bertafakur di hadapan skrin komputer di rumah daripada menjalankan aktiviti riadah yang dianggap meletihkan.Kewujudan teknologi yang canggih menyebabkan seseorang memilih untuk berada di hadapan skrin komputer di rumah daripada menjalankan aktiviti riadah yang dianggap meletihkan.Tatabahasa10.04.2015
Salam sejahtera. Bolehkah perkataan "berkhalwat" digunakan dalam ayat seperti berikut: Muhammad ( merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W ) sedang bersendirian berkhalwat di dalam Gua Hira? Pertanyaan ini diajukan kerana terdapat sebuah buku yang dijual oleh Wholesale-Mart Business Point Sdn. Bhd di Kota Kinabalu, Sabah. Buku tersebut ditulis oleh Nanwawi Dusuki, Dicetak oleh Triple Print WMBP Sdn Bhd, Se;angor Tahun 1996 dan cetakan ke limanya pada tahun 2009. Sekian terima kasih.Khalwat ialah perkataan Arab yang bermaksud perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri (kerana menenangkan fikiran, bertafakur, dan lain-lain. Dalam buku sirah Rasulullah sering ditemukan perkataan berkhalwat apabila merujuk peristiwa Rasulullah di Gua Hira. Tidak menjadi suatu kesalahan dalam penggunaan kata khalwat tersebut kerana bersesuaian dengan konteks ayat dan latar budaya/ceritanya. Hal ini berbeza dengan penggunaan perkataan khalwat dalam konteks umum yang membawa maksud negatif dalam kalangan masyarakat kita.Tatabahasa07.04.2013

Kembali ke atas