Barang itu akan bertahan lama. Tahan lama atau bertahan lama? | Penggunaan perkataan yang betul dalam ayat yang diberikan ialah “tahan lama”. | Tatabahasa | 03.07.2023 |
Maisya sebenarnya mengantuk, tetapi dia bertahan daripada tertidur. atau Maisya sebenarnya mengantuk, tetapi dia bertahan dari tertidur. | Ayat yang betul ialah “Maisya sebenarnya mengantuk, tetapi dia menahan diri daripada tertidur.” Untuk maklumat lanjut tentang ayat, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 431 - 581. | Tatabahasa | 14.04.2025 |
Ada dua tiga perkara, yang pertama tidak mudah masuk air, yang kedua sukar diganggu oleh teritip, yang ketiga, tahan lama.Oleh kerana ia menggunakan bahan daripada kulit kayu gelam, bot akan bertahan sangat lama. Saya tidak tahu berapa puluh tahun ianya mampu bertahan, tetapi ia sangat lama. Bot-bot yang dibuat semasa saya kecil sehingga sekarang masih boleh digunakan lagi. Begitulah istimewanya pengunaan kulit kayu gelam. Tetapi pokok gelam yang digunakan bukanya yang ada pada waktu sekarang, tetapi adalah kayu gelam asal yang lama, benihnya berasal dari sini. Kayu gelam ini kulitnya berbeza serta tahan lama. Kita mengharapkan generasi muda berminat untuk menyambung warisan dan tradisi nenek moyang kita sejak dahulu. Melatih anak-anak muda kita supaya minat dalam usaha membuat bot secara tradisional ini. Diharap ada pihak yang berani meneroka bidang ini dan menarik minat anak-anak muda kita dalam bidang ini. | Kami menghargai perkongsian maklumat tersebut dan terima kasih kerana memggunakan laman web kndbp.gov.my. | Lain-lain | 24.11.2021 |
APAKAH PERANAN SEBENAR BAHASA MELAYU DALAM KEHIDUPAN MODEN PADA HARI INI? DAN BAGAIMANA FUNGSI INI MAMPU UNTUK BERTAHAN PADA MASA HADAPAN? | Sila rujuk bahan ini : 1. Peranan bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun tinggi oleh Abd Rahman Yaakub. DBP : 2004 | Lain-lain | 31.01.2008 |
Kami memerlukan bantuan untuk translate dari English ke BM. Text 1 As Malaysians, let's celebrate the unsung heroes of the Nation Thank you to all frontliners for keeping the country safe and making us proud May Malaysia grow from strength to strength and overcome these challenging times Together, we will persevere and emerge a stronger Nation Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita meraikan wira-wira bangsa kita Terima kasih kepada semua barisan hadapan kerana menjaga keselamatan negara dan menjadi kebanggaan kita. Semoga Malaysia berkembang dari kekuatan ke kekuatan dan mengatasi waktu yang mencabar ini. Bersama-sama kita akan bertahan dan bangkit sebagai bangsa yang lebih kuat. Text 2 Together, we face the challenges of the Covid-19 pandemic Together, we will continue this journey Together, we will grow from strength to strength We will persevere Malaysia Cares Bersama-sama kita hadapi cabaran pandemik Covid-19 Bersama-sama kita meneruskan perjalanan Bersama - sama kita berganding bahu dan maju jaya! Malaysia Prihatin Terima Kasih. | Berikut merupakan padanan teks bahasa Melayu untuk teks yang dinyatakan: Teks 1: As Malaysians, let's celebrate the unsung heroes of the Nation. Thank you to all frontliners for keeping the country safe and making us proud. May Malaysia grow from strength to strength and overcome these challenging times. Together, we will persevere and emerge as a stronger Nation. Terjemahan Teks 1: Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita meraikan wira negara. Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan kerana menjaga keselamatan negara dan menjadi kebanggaan kita. Semoga Malaysia angun dengan kekuatan dan mampu mengatasi saat getir ini. Bersama-sama kita kental dan bangkit sebagai negara yang lebih kuat. Teks 2: Together, we face the challenges of the Covid-19 pandemic. Together, we will continue this journey. Together, we will grow from strength to strength. We will persevere. Malaysia Cares. Trjemahan Teks 2: Bersama-sama kita menghadapi cabaran pandemik Covid-19. Bersama-sama kita meneruskan perjalanan. Bersama-sama kita bangkit dengan kekuatan. Kami tidak akan mengalah. Malaysia Prihatin | Makna | 10.09.2021 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya terjemahan beberapa istilah berikut dalam bahasa Melayu: 1. Perfectionism 2. Dyadic coping 3. Enduring vulnerabilities Selain itu, adakah DBP menyediakan menyemak terjemahan soal selidik (BI-BM)?..sekiranya ada, bagaimana prosedurnya? Sekian, terima kasih. | 1. Perfectionism - perfeksionisme (dalam bidang Psikologi dan Perubatan) 2. Tidak ada Dyadic coping dalam pangkalan data kami, duadics dalam bidang fizik diterjemahkan kepada diadik dan coping dalam bidang kejuriteraan ialah kepada tembok dan dalam bidang pergigian, koping. 3. Enduring vulnerabilities - enduring bermaksud lama bertahan, manakala vulnerabilities bermaksud kerentanan.
| Penyemakan dan penterjemahan | 02.04.2015 |
Menteri RTM kata Bahasa Malaysia tetap akan ganti Bahasa Melayu walau pun pihak Umno dari luar negeri mengemukakan usul dalam perhimpunan Umno. kononnya atas alasan perpaduan. Isu bahasa sudah lama selesai dalam kontrek sosial sebelum merdeka. itu sebab sudah termaktub dalam Perlembagaan Perkara 152. Mengapa pemmimpin kita takut sangat bangsa cina dan hindu yang tidak jemu2 membangkitkan isu ini. klau zaman Datuk Harun , Senu, Jaafar Albab , Musa hitam orang tak berani tegur Melayu pun. la ni mereka jual Melayu. Harap DBP dapat bertahan kerana araahan kabinet itu bercanggah dengan Perlembagaan dengan ain perkataan tidak berpelembagaan. kalau perkara ini di heboh nanti mereka pinda Perlembagaan pula... Habis Melayu. Bahasa Melambangkan bangsa. Tiada bahasa tiada bangsa. elayu akan hilang di dunia. | Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan tuan terhadap isu ini dan kami berharap tuan akan terus memberikan sokongan kepada usaha memartabatkan bahasa kebangsaan kita. | Lain-lain | 05.11.2007 |