1)Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun.(Betulkah perkataan "pengalaman"digunakan dalam ayat ini?)2)Kotak yang berat itu terangkat oleh saya.3)Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat bermula,baginda bersemayam di atas mahligai sempena hari keputeraan baginda yang ke-65 tahun.(Tolong betuklan ayat (2) dan (3) jika ada salah.Terima kasih.) | 1. Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun. Penggunaan perkataan pengalaman dalam ayat tersebut betul. 2. Kotak yang berat itu terangkat oleh saya. 3. Sebelum adat istiadat penganugerahan pingat sempena hari keputeraan baginda yang ke-65 bermula, baginda bersemayam di atas mahligai. | Tatabahasa | 11.09.2012 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1. Suaranya sudah tidak mendapat perhatian daripada ahli. 2. Sudah bertahun-tahun lamanya dia tidak pulang ke desa. 3. kekayaan itu bermula dengan usaha yang gigih. 4. Ada pekerja-pekerja yang didapati melanggar peraturan pejabat dengan melayari internet pada waktu bekerja. | Puan, Ayat nombor 1 betul dari segi tatabahasanya. Ayat nombor 2 lebih gramatis sekiranya digugurkan perkataan sudah dan dimulakan dengan bertahun-tahun lamanya sementara ayat nombor 3, perkataan dengan hendaklah digantikan dengan perkataan daripada. Ayat nombor 4 boleh ditulis: sebilangan besar pekerja didapai melanggar peraturan pejabat dengan melayari Internet pada waktu bekerja. Terima kasih. | Tatabahasa | 06.01.2011 |
Luas pengalaman yang diperolehnya kerana merantau bertahun-tahun Munsyi, adakah pengalaman sesuai digunakan dalam ayat ini? TK | Ungkapan yang lazim digunakan ialah jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman. Perkataan pengalaman tidak sesuai dalam ayat contoh yang diberikan. | Tatabahasa | 05.04.2012 |
Saya harap tuan dapat membetulkan tatabahasa saya jika ada kesalahan.TQ agar tidak membuat bising. bertahun-tahun dia merantau. pengantin baru. sebagai akibat hujan lebat. membicangkan tentang. memperlebarkan jalan. atas perhatian. ramai kanak-kanak. amat merbahaya. menternak telur ayam. dalam peperiksaan. turun ke bawah. rumah orang tua-tua. makan kuih lagi. mendatangkan banyak. | Sdr. Izzat, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Harap pada masa hadapan berikan nama penuh dan no. kad pengenalan untuk tujuan pendokumentasian. TQ agar tidak membuat bising - TQ - seharusnya ditulis Terima kasih. sebagai akibat hujan lebat - seharusnya ditulis akibat hujan lebat. memperlebarkan jalan - tidak menjadi kesalahan besar , boleh sahaja ditulis melebarkan jalan. amat merbahaya - seharusnya ditulis amat berbahaya menternak telur ayam - seharusnya ditulis menternak ayam kerana telur ayam tidak boleh diternak. Ayat yang lain-lain betul dari segi penggunaanya. Atau untuk penjelasan yang lebih lanjut sila berikan ayat yang penuh. | Tatabahasa | 10.07.2009 |
1)Apakah yang dimaksudkan dengan kata bilangan dan bagaimana penggunaannya? 2)Adakah ayat di bawah betul dari segi tatabahasa dan jika salah, bagaimana cara penulisan yang betul? Sudah bertahun dia merantau ke luar negara. Terima kasih. | Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama. Contoh yang diberi ialah kata bilangan yang emnunjukkan bilangan tak tentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 287. | Tatabahasa | 21.06.2012 |
Tuan, berikut merupakan ayat-ayat yang say ingin tanya. 1. Dia menceritakan semula kisah sedihnya. 2. Dia menceritakan kisah sedihnya semula . Kedua-dua ayat berikut manakah yang betul? Jika kedua-dua betul, sila membezakan maknanya. 1. Awak memberitahu saya yang awak akan melancong ke Pulau Tioman pada hujung minggu ini. 2. Walaupun sudah bertahun meninggalkan kampung pekarangan dengan berhijrah ke Kanada, tetapi nilai ketimuran tetap menjadi pegangannya. Terima Kasih. | 1. Dia menceritakan kisah sedihnya semula. "Menceritakan" ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti dengan objek, iaitu "kisah sedihnya". 2. Awak memberitahu saya yang awak akan melancong ke Pulau Tioman pada hujung minggu ini. Ayat ini betul. 3. Walaupun sudah bertahun meninggalkan pekarangan dengan berhijrah ke Kanada, tetapi nilai ketimuran tetap menjadi pegangannya. | Tatabahasa | 16.05.2012 |
Pada 14 /11/12. Waktu berita utama TV3. Seorang tokoh politik yang sangat terkenal kononnya memperjuangkan Bahasa melayu/kebangsaan . Sempena meraikan sambutan hari devepavali beliau telah telah mengunakan imbuhan yang saya kurang pasti betul atau salah penggunaannya, iaitu berdeepavali dan bertahun baru. Ini bukan lah kali pertama beliau mengeluarkan perkataan yang pelik pelik. Bagi saya ini adalah satu pencemaran. | Penggunaan perkataan berdeepavali tersebut seolah-olah menyamakannya dengan perkataan berhari raya, iaitu merayakan hari raya. Namun pembentukan perkataan tersebut adalah tidak gramatis kerana kita juga tidak menggunakan ungkapan beraidilfitri dalam konteks merayakan hari raya Aidilfitri. | Tatabahasa | 15.11.2012 |
Apakah langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi kemerosotan penggunaan bahasa Melayu pada masa ini? Apakah faktor-faktor utama kemerosotan penggunaan dalam bahasa melayu? | Banyak langkah-langkah yang sesuai boleh diambil untuk mengatasi kemerosotan penggunaan bahasa Melayu (BM) pada masa kini antaranya aktiviti Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sejak bertahun-tahun dahulu sehingga kini. Kecenderungan masyarakat mengagung-agungkan bahasa Inggeris (BI) dalam berbagai bentuk adalah antara punca kemerosotan penggunaan BM dan ditambah lagi dengan sokongan pihak berwajib dalam penguatkuasaan penggunaan BI dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Untuk maklumat lanjut sila rujuk artikel-artikel yang berkenaan yang telah terbit di akhbar-akhbar dan majalah-majalah tempatan bagi menjawab persoalan tuan/puan. | Lain-lain | 15.10.2008 |
SALAM,SAYA PERLU MEMBUAT CARIAN BAGAIMANA TEATER BOLEH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU.MUNGKIN PIHAK DBP BOLEH MEMBANTU DENGAN MEMBERI MAKLUMAT TENTANG DEFINISI TEATER MENURUT KAMUS DEWAN TERIMA KASIH. | Saudara, Yang berikut ialah makna teater seperti yang dimohon. i. Kamus Dewan Edisi Keempat 1. bangunan yg di dalamnya terdapat pentas tempat mempersembahkan drama, muzik, hiburan, dsb utk ditonton oleh orang ramai, panggung, pawagam; 2. seni pentas: mereka membicarakan perkembangan ~; ii. Kamus Inggeris Melayu Dewan 1. building for performance of plays, operas, etc, teater, panggung: the town has a small ~, di pekan itu ada sebuah teater kecil; we arrived late at the ~, kami sampai lewat di panggung itu; 2. hall, room used for lectures etc, dewan: lecture ~, dewan kuliah; 3. also operating theatre bilik bedah; 4. theatrical activities generally, bidang teater: she has been working in the ~ for years, sudah bertahun-tahun dia bekerja dlm bidang teater; 5. art of presentation, performance of plays, (seni) teater: a book about ancient Greek ~, buku ttg teater Yunani kuno; 6. arena, kancah, medan: the Middle East remains the ~ of war, Timur Tengah terus menjadi kancah peperangan; 7. (US & Austral) cinema, panggung wayang, pawagam. | Makna | 07.09.2009 |