saya berminat untuk menghantar karya-karya saya kepada DBP.soalan saya,apakah syarat yang ditetapkan oleh DBP untuk saya menghantar karya-karya itu?berapa muka surat dan sebagainya. | Bagi karya yang berbentuk rencana, jumlah halaman antara 6-7 halaman bertaip dua langkau saiz A4, ditulis dalam bahasa Melayu, karya asli, dan tidak pernah terbit dalam mana-mana media. | Lain-lain | 03.04.2010 |
bagaimana cara untuk menghantar artikel ke dalam majalah DBP, sama ada dewasa, pelita bahasa dan sebagainya? saya ada puis, artikel bahasa, komen.. dan apakah kriteria-kriteria yang melayakkan sesuatu karya itu diterbitkan di dalam sesuatu majalah? dan mengeai bayaran.. | Terima kasih kerana berminat menyumbangkan karya dalam majalah DBP. Karya seharusnya bertaip dua langkau, dikirim melalui e-mel , pos, atau faks dan alamatnya ada dinyatakan dalam majalah DBP. Setiap karya yang terbit memungkinkan penulisnya menerima honoraruim mengikut kadar DBP. | Lain-lain | 22.07.2008 |
Sayua hendak menerbitkan sebuah novel "Hujan Emas Di Stadium Merdeka" melaui DBP. | Terima kasih dan syabas kerana puan berminat hendak menerbitkan buku dengan DBP. Puan boleh mengirimkan manuskrip novel puan kepada Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Tingkat 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sila kirimkan: (a) Satu salinan manuskrip bertaip komputer atas kertas A4 yang berjilid kemas. (b) Satu salinan lembut (soft copy) manuskrip tersebut dalam disket atau CD. (c) Surat iringan penyerahan manuskrip kepada Ketua Editor. Manuskrip novel puan akan dinilai terlebih dahulu, dan jika sesuai baharulah akan diterbitkan. Selamat menulis dan semoga berjaya. | Lain-lain | 05.08.2011 |
assalamualaikum saya ingin mendapat khidmat nasihat penerbitan untuk penghantaran artikel. jadi untuk memudahkan penghantaran boleh saya mendapatkan nombor individu yang terlibat atau emel dalam bidang penerbitan. selain itu, saya juga ingin mengetahui panduan untuk penulisan artikel gaya Dewan. terima kasih. | Alamat e-mel editor setiap majalah DBP ada tertera dalam majalah itu. Gaya Dewan hanyalah gaya penerbitan, bukannya gaya penulisan. Artikel untuk majalah hanya perlu bertaip dua langkau menggunakan perisian Words dan boleh terus dihantar ke alamat e-mel editor majalah DBP. | Lain-lain | 26.05.2009 |
Saya berminat untuk menulis novel. Kini sedang menulis. soalannya; 1. Apakah yang diperlukan oleh penerbit untuk penerbitan sesebuah novel? 2. Dimanakah saya akan mendapat penerbit? 3. Adakah pihak DBP mempunyai free kamus download bahasa Melayu untuk memudahkan saya menyemak ejaan dalam karangan saya? Sekian, terima kasih | Tahniah kerana saudara berminat untuk menjadi seorang pengarang novel. Untuk makluman saudara, selain penerbit swasta seperti PTS Publications, Alaf 21 Sdn Bhd, Utusan Publications & Distributors dan lain-lain. DBP juga menerbitkan karya novel untuk pembaca kanak-kanak, remaja dan dewasa. Saudara boleh menghantar manuskrip novel saudara itu kepada mana-mana penerbit yang saudara suka untuk dinilai sebelum ia dapat diterbitkan. Bagi novel dewasa, tebal novel biasanya sekitar 300-500 halaman kertas A4 bertaip komputer langkau dua baris, sementara novel remaja tebalnya 200-300 halaman dan novel kanak-kanak tebalnya 100-200 halaman. Jika saudara berminat untuk menghantar kepada DBP, bolehlah menghubungi Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, di alamat e-mel norimah@dbp.gov,my (bagi novel dewasa ) atau Ketua Editor Bahgian Buku Kanak-Kanak dan Remaja di alamat arshad@dbp.gov.my (bagi novel kanak-kanak dan remaja). DBP juga ada menyediakan kamus untuk orang awam menyemak ejaan atau makna istilah yang diperlukan dengan membuka laman rasmi DBP. Terima kasih. | Lain-lain | 09.08.2010 |