Salam... Pertanya mengenai TANDA BACA Tuan, Manakah yang betul: Tulis sebuah karangan bertajuk 'Aku Seekor Burung'. ATAU Tulis sebuah karangan bertajuk 'Aku Seekor Burung.' | Ayat yang betul ialah Tulis sebuah karangan bertajuk "Aku Seekor Burung." | Tatabahasa | 05.08.2010 |
" Novel bertajuk kenangan yang ......... hasilkan itu mendapat sambutan daripada pembaca remaja,"kata jurujual itu kepada Suriati. A. anda C. kami B. mereka D. kita Soalan manakah jawapan yang betul dan kenapa. | Kata Ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang (nama am) .Terbahagi kepada tiga iaitu pertama ,kedua, ketiga contohnya saya, awak dan mereka. Dalam konteks ini jawapan yang betul ialah 'anda' yang merujuk kepada kata ganti diri kedua. | Tatabahasa | 18.02.2011 |
Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar. | Di Perpustakaan Melangkah ke ruangmu satu pertukaran yang kontras dari kehangatan merata ke kedinginan yang menerpa terlalu hening di sini gua pendeta bersemadi di puncak sepi di sana sini kepala-kepala runduk meneliti mata dan fikir bersebati. Maju ke ruang buku terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu tercurah berzaman dalam tak terselam betapa pun kulayari bahtera ilmu di sini tak terteroka yang akan kucatat hanya setitik dari tinta yang akan kupetik hanya sebiji dari mutiara engkau adalah pusaka moyang gedung peradaban insan terhimpun berzaman. bersemadi di sini aku adalah pelayar yang dahaga di dada samudera tak berpantai betapa pun keteguk darinya dahaga tak pernah langsai | Lain-lain | 28.03.2010 |
saya nak dpt kan,sinopsis novel antologi tesk kesusasteraan melayu moden kbsm yg bertajuk madu ilmu.di bahagian drama yg bertajuk lima perwira,karya kala dewata | Sinopsis bagi drama yang berkenaan terdapat pada halaman 167 buku teks Madu Ilmu. Sila rujuk buku tersebut. | Lain-lain | 12.05.2010 |
bolehkah saya mendapatkan sajak bertajuk "sajak dan iblis" karya sabar bohari??? | Terima kasih atas soalan saudara. Saudara boleh merujuk di majalah Mastika keluaran Mei 1967 yang bertajuk "Syaitan dan Iblis". Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, tingkat 3, Menara DBP untuk mendapatkan bahan ini. Sekian terima kasih | Lain-lain | 08.10.2010 |
Assalamulaikum dan salam sejahtera tuan/puan, Mohon pihak DBP dapat mengulang Cetak buku bertajuk Teknik Dalam Silat Melayu tulisan Arwah Tuan Haji Anuar Abd Wahab dan buku bertajuk Seni Silat Melayu: Sejarah, Perkembangan dan Budaya tulisan Abd. Rahman Ismail. buku-buku tersebut penting sebagai rujukan bagi dunia persilatan. sekian terima kasih | Assalamulaikum dan salam sejahtera tuan. Pihak DBP akan melihat dan mengkaji keperluan buku tersebut. Pihak DBP juga akan melihat aras atau baki stok buku tersebut sebelum dilakukan cetak ulang. Sekian terima kasih. | Lain-lain | 26.07.2009 |
Ahmad membaca buku bertajuk “Bukit Rahsia” yang ditulis oleh Idris Rahman. Adakah tajuk buku itu perlu ada tanda pengikat/petik? Terima kasih | Tajuk buku hendaklah diitalikkan dan tidak perlu dibuat tanda petik. | Karya | 24.04.2012 |
saya sedang membuat esei bertajuk keberkesanan budaya senggaraan tentera darat. Apakah persiapan yang saya perlukan untuk memudahkan saya membuat esei tersebut dan apkah bahan-bahan atau isu2 yang saya boleh gunakan? terima kasih. | Saudara digalakkan membuat rujukan di Perpustakaan Negara atau mana-mana pusat sumber untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 10.04.2010 |
Bagaimana dengan status manuskrip saya bertajuk Undang-undang Keselamatan Industri di Malaysia, Edisi kedua? | Manuskrip tersebut berada pada peringkat pracetak. | Lain-lain | 09.11.2012 |
ingin bertanya mengenai buku cerita bertajuk "Tabuh naning masih bergema" | Salam. Mengikut rekod, judul buku tersebut tidak diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Sdr. disarankan supaya mempastikan nama penerbit dan tahun terbit bagi memudahkan untuk memperoleh atau membeli buku tersebut. Sekian, salam hormat dan terima kasih. Wassalam. | Lain-lain | 21.07.2009 |