Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.takh.ta] | برتختا

Definisi : 1. = ~ kerajaan menjadi raja, memerintah negeri; 2. berkerajaan di, ber­semayam di; 3. ki berada, berkedudukan: jiwa besar mesti ~ dlm seluruh kehidupan para pemimpin dan penulis; 4. ki bertempat, ter­semat: apa yg sedang ~ di hatinya sekarang ialah cintanya terhadap Azman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.takh.ta] | برتختا

Definisi : 1 = ~ kerajaan men­jadi raja atau memerintah negeri. 2 bersemayam di; berkerajaan di. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takhta (kata nama)
Bersinonim dengan singgahsana, kerusi kerajaan, geta, tempat raja bersemayam;,
Kata Terbitan : bertakhta, mentakhtakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan kesan, keteguhan, bermakna, sampai, akhir, bertakhta, dan kegelapan golongan kata apa?Kesan, keteguhan = kata nama
bermakna, bertakhta = kata kerja
sampai = kata sedi nama
akhir = adjektif
Lain-lain08.03.2013
Jika 'tuanku' digunakan sebagai kata ganti nama diri kedua untuk RAJA dan SULTAN, apakah kata ganti nama diri kedua yang sesuai digunakan oleh rakyat jelata atau bangsawan ketika berbicara dengan RANI/MAHARANI/RATU/SULTANAH/TENGKU AMPUAN/PERMAISURI atau siapa-siapa sahaja yang bertakhta dan berjantina perempuan?Berdasarkan rujukan kami, kata nama ganti diri yang kedua boleh digunakan ialah tuanku yang merujuk kepada raja atau sultan dan isteri baginda.Lain-lain30.01.2019

Kembali ke atas