Ahmad dan kawannya sedang bertanding renang di dalam laut. Adakah ayat ini betul? bertanding renang boleh diterima? di laut atau di dalam laut? | Ayat yang sesuai ialah Ahmad dan kawannya sedang berlumba renang di laut. (Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, iaitu tempat berenang; manakala di dalam adalah betul apabila merujuk perbuatan menyelam yang dilakukan di dalam laut) | Lain-lain | 30.08.2015 |
maksud pertandingan | Pertandingan membawa maksud; perihal bertanding, perlawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, berenang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, perlumbaan (utk mencapai kejayaan dll), persaingan; 3. perbandingan. | Makna | 24.04.2009 |
Saya petik ayat ini dari Utusan Online. "...jauh meninggalkan pencabar 'sekejab mahu bertanding sekejab tidak' iaitu..." Setahu saya ejaan yang betul ialah sekejap, bukannya sekejab. Mohon penjelasan. | Ejaan yang betul ialah sekejap, tidak ada ejaan sekejab (kejab) dalam sumber rujukan kami. | Ejaan | 17.11.2010 |
Apakah bezanya syarahan dengan pidato dari segi penyampaian dan nada suara ketika bertanding ? Saya selalu mengambil bahagian dalan pertandingan syarahan Bahasa Malaysia antara sekolah. teks syarahan disediakan oleh pihak JPN. Namun saya adakalanya dikomen terlalu keras dan garang seperti berpidato. Harap huraikan dengan terperinci agar saya tidak serba salah. | Mengikut Kamus Dewan, syarahan dan pidato sama maksudnya. Oleh itu, tidak ada ciri khusus yang membeza antara kedua-dua kata tersebut. | Makna | 02.12.2008 |
Selamat sejahtera tuan dan puan. Apakah jawapan bagi soalan ini.Mohon penjelasan.Pelbagai jenis kereta solar telah---- sempena Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2013 A bertanding B menandingi C ditandingi D dipertandingkan Sekian terima kasih | Ayat yang betul, Pelbagai jenis kereta solar telah dipertandingkan bersempena dengan Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2013.
| Tatabahasa | 04.06.2015 |
Adakah penggunaan `baru-baru` dalam ayat berikut betul? ~Pengawas yang segak itu baru -baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. penggunaan kata`haluan` ~haluan ke rumahnya sangat sempit ~pakar bahasa diminta untuk menyemak haluan kata buku karangan penulis itu ~para peserta yang bertanding dalam kira cepat itu dikehendaki menjumlahkan angka-angka dalam masa yang ditetapkan ~jarang sekali dia balik ke kampung selepas pindah ke K.L ~penduduk taman itu menceritakan tentang masalah serangan anjing liar ~cikgu memaklumkan bahawa peperiksaan akan dijalan dalam masa 2 minggu | Pengawas yang segak itu baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. Laluan ke rumahnya sangat sempit. Manakala soalan-soalan yg lain, sila diolah semula agar pihak kami dapat bertindak selanjutnya. T.kasih. | Lain-lain | 11.09.2008 |
menama atau menamakan? terima kasih | Salam sejatera, Tiada istilah menama dalam bahasa Melayu. Hanya terdapat istilah menamakan yang bermaksud memberikan sesuatu gelaran sbg nama; menjadikan sesuatu sbg nama: Dia menamakan Adli kepeda anaknya. Orang Melayu telah menamakan tir bagi buah catur yang berbentuk seperti kota. 2 mencalonkan seseorang (utk bertanding dlm pilihan raya dll); mencadangkan atau memberikan nama seseorang sbg wakil (calon dsb): Mereka menemakan beberapa orang calon dalam pemilihan itu. | Tatabahasa | 25.11.2012 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah terdapat perbezaan yang ketara antara istilah PASUKAN KERJA dengan KERJA BERPASUKAN. Kedua, Apa komen tuan jika tajuk ini untuk saya jadikan sebagai tajuk kursus: 1) "KURSUS MEMBENTUK PASUKAN KERJA YANG BERETIKA DAN BERINTEGRITI" 2) "KURSUS PERATURAN KERJA BERPASUKAN YANG BERETIKA DAN BERINTEGRITI" | Pasukan kerja bermaksud satu pasukan yang dibentuk untuk melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan. Contohnya, pasukan perubatan untuk melaksanakan tugasan memberikan rawatan perubatan, pasukan keselamatan untuk melaksanakan tugasan mengawal keamanan, dan pasukan sorak untuk melaksanakan tugasan memberikan sokongan dan sorakan kepada sesuatu pasukan yang bertanding dalam acara sukan. Kerja berpasukan pula bermaksud menyelesaikan sesuatu tugasan secara berkumpulan atau berpasukan. Contohnya, buletin tahunan itu berjaya diterbitkan dengan cemerlang hasil kerja berpasukan yang melibatkan editor, wartawan, penulis, pereka bentuk, jurufoto, dan pencetak. Tajuk kursus: 1. Kursus Membentuk Pasukan Kerja yang Beretika dan Berintegriti – bermaksud kursus yang diadakan untuk memberikan panduan cara-cara membina dan membentuk satu pasukan kerja yang beretika dan berintegriti. 2. Kursus Peraturan Kerja Berpasukan yang Beretika dan Berintegriti - bermaksud kursus yang diadakan untuk menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi dalam kerja berpasukan yang beretika dan berintegriti. | Makna | 12.02.2014 |
salam hormat, apakah makna tajuk: Keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar dan remaja,di mana penyelesaiannya??? Terima kasih... | Sdr Frederick anak Gon, Pertanyaan sdr ini berkaitan dengan tajuk Pertandingan Forum Remaja dan Pelajar 2009 yang dianjurkan oleh DBP, kini sedang giat berlangsung di seluruh negeri. Kami menasihat agar sdr membaca buku dan majalah yang berkaitan dengan akhlak Remaja dan Pelajar. Sdr juga dinasihatkan agar berbincang dan berlatih bersungguh-sungguh dengan rakan-rakan supaya bersedia untuk menyertai pertandingan ini. Selamat membaca dan bertanding. | Lain-lain | 29.04.2009 |
salam sejahtera: adakah sesuai jika saya menggunakan kosa kata yang baru dikeluarkan untuk disematkan dalam teks forum pasukan sekolah kami? untuk makluman tuan, pasukan kami telah menjuarai pertandingan forum remaja peringkat bahagian dan saya mendapati bahawa masih ada kekurangan dalam teks yang saya olah...tajuk: keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar dan remaja,di mana penyelesaiannya? saya ingin mendapatkan tips daripada tuan dan saya berharap ada tips yang berguna untuk kami supaya dapat menjuarai sekali lagi pertandingan forum remaja peringkat negeri sarawak pada tahun ini.. salam hormat, frederick.. | Pihak panel penilai semasa mengadili pertandingan sentiasa mematuhi peraturan pemarkahan dari setiap aspek yang ditetapkan pihak penganjur. Penggunaan kosa kata yang betul semasa bertanding akan diambil kira dalam pemberian markah. Pihak tuan digalakkkan banyak merujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan untuk memastikan ketepatan sesuatu perkataan dan ayat. | Istilah | 29.04.2009 |