Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Kita harus bersikap bertanggungjawab. / Kita harus bertanggungjawab. 2. Kita patut bersikap bermurah hati. / Kita patut bermurah hati.

Saudara Ang,

Ayat yang dikemukakan kesemuanya tidak salah. Penggunaannya bergantung pada gaya dan cara penyampaian penulis. 

Tatabahasa15.03.2010
Salam sejahtera. Bagaimana menentukan Kata Nama dieja dengan 1 perkataan (bertanggungjawab, warganegara, dll) dan 2 perkataan (ahli jawatankuasa, guru besar, dsb)? Apakah takrif dan panduan bagi penggunaan Kata Nama tersebut? Terima kasih.Kata majmuk iaitu gabungan dua perkataan atau lebih yang membawa satu makna dieja dalam dua perkataan seperti bola sepak dan rumah tangga. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kata majmuk yang telah mantap dan dieja dalam satu perkataan seperti tanggungjawab, warganegara, olahraga dan pesuruhjaya.Tatabahasa05.04.2013
salam 1Malaysia, saya memohon kepastian untuk ayat yang paling sesuai bagi ayat 1 atau ayat 2 berikut: Ayat 1: Sungguhpun demikian, majoriti respons responden bagi ketiga-tiga kumpulan ikhtisas bersetuju dengan pernyataan tugas guru iaitu bertanggungjawab dalam hal keselamatan murid selagi pelajar tersebut berada di dalam kawasan atau berhampiran dengan sekolah. Ayat 2: Sungguhpun demikian, majoriti respons ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden bersetuju dengan pernyataan tugas guru iaitu bertanggungjawab dalam hal keselamatan murid selagi pelajar tersebut berada di dalam kawasan atau berhampiran dengan sekolah. apakah kedua-dua contoh ayat di atas sesuai atau ada ayat yang lain yang lebih sesuai? mohon bantuan atau cadangan ayat. tqSungguhpun demikian, majoriti responden bagi ketiga-tiga kumpulan ikhtisas bersetuju dengan kenyataan bahawa tugas guru, iaitu bertanggungjawab dalam hal keselamatan murid selagi pelajar tersebut berada berhampiran atau di dalam kawasan sekolah.

Tatabahasa31.03.2015
Tuan, Adakah ayat-ayat di bawah betul? Jika salah, apakah sebabnya dan apakah ayat yang betul? 1) Hobi saya ialah memancing ikan. 2) Antara nilai-murninya ialah sabar. 3) Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. 4) Akhir sekali, kita haruslah bertanggungjawab. Sekian terima kasih.1) Hobi saya ialah memancing ikan. - betul
2) Antara nilai-murninya ialah sabar. - betulkan ejaan nilai murni.
3) Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. -  betul
4) Akhir sekali, kita haruslah bertanggungjawab. - kata kerja bertanggungjawab memerlukan pelengkap untuk melengkapkan ayat tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa23.04.2012
1)bersemayam di atas mahligai(ada salah?)2)Ibu bapa bertanggungjawab dalam usaha (memupuk/pemupukan)nilai-nilai murni dalam diri anak3)Proses percubaan tanah telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk kelancaran projek pembinaan jalan raya di kawasan tersebut.(TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH.)1. Mahligai ialah istana yang menjadi tempat tinggal dan bukannya tempat bersemayam.
2. Ibu bapa bertanggungjawab dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak.
3. Percubaan tanah telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk kelancaran projek pembinaan jalan raya di kawasan tersebut.
Tatabahasa13.09.2012
1) Saya nak tahu erti perkataan Akauntabiliti 2) Penerangan tentang Akauntabiliti kepada seseorang guru1. Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi dan sebagainya yang diperlukan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 24.  2.  Berdasarkan makna di atas, maka akauntabiliti kepada sesorang guru bermaksud tanggungjawab kepada guru tersebut .Makna03.04.2009
Salam sejahtera. Mohon khidmat nasihat tentang penggunaan dari dan daripada, yang mana satukah yang tepat - 1) Saya, pelajar dari kelas 2 Anggerik, ingin membuat aduan mengenai pemandu bas yang kurang bertanggungjawab. 2) Saya, pelajar daripada kelas 2 Anggerik, ingin membuat aduan mengenai pemandu bas yang kurang bertanggungjawab.Berdasarkan contoh ayat yang diberikan maklumat yang diperlukan adalah berkaitan penggunaan kata sendi dari dan daripada. Untuk makluman, kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, seperti ayat Pelajar itu datang dari Universiti Malaya; manakala kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan seperti ayat Asap itu keluar daripada paip ekzos. Penggunaan "dari" lebih sesuai bagi ayat berikut.Tatabahasa25.01.2016
1. bagaimanakah penulisan kata majmuk tanggung jawab apabila ditambah dengan imbuhan ber-. bertanggungjawab atau bertanggung jawab. 2. apakah makna jargon? bolehkah pihak tuan menberikan contoh untuk perkataan jargon ini? 3. yang manakah betul, kata-kata aluan atau kata alu-aluan? 4. adakah perkataan kompelin diterima dalam bahasa melayu? atau kita sepatuttnya guna perkataan aduan? 5. sebagai kata sapaan atau rujukan dalam ucapan, yang manakah betul tuan-tuan dan puan-puan atau tuan dan puan sahaja. 6. cara penulisan yang manakah betul Yang di-Pertuan Agong, Yang di Pertuan Agong, Yang diPertuan Agong atau Yang Di Pertuan Agong? terima kasih.

1. Ejaan yang betul ialah bertanggungjawab

2. Jargon ialah istilah linguistik merujuk bentuk ungkapan yang dipadatkan atau diringkaskan, yang biasanya tidak lengkap dari segi tatabahasa dan digunakan dalam pertuturan bahasa basahan atau jargon khusus, misalnya BERHENTI dan BERI LALUAN pada papan tanda jalan raya. 

3. Yang betul ialah Kata alu-aluan. 

4. Tidak diterima, perkataan yang betul untuk maksud tersebut ialah aduan.

5. Yang biasa digunakan dalam ucapan ialah tuan-tuan dan puan-puan.

6. Yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong.

Tatabahasa08.10.2009
Bagaimanakah hendak perbetulkan ayat-ayat berikut : 1) Murid-murid khusyuk membaca buku cerita di perpustakaan. 2) Seorang murid menolak troli yang berisi penuh dengan buku-buku cerita. 3) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. 4) Kita haruslah bersikap prihatin terhadap orang lain.1) Murid-murid membaca buku cerita di perpustakaan dengan khusyuk.
2) Seorang murid menolak troli yang penuh berisi buku-buku cerita.
3) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
4) Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.
Tatabahasa25.06.2012
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan tentang perkara-perkara berikut: 1. Mengikut Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga) (halaman 217), "dipersetujui" merupakan lewah dan seharusnya "disetujui." Saya perhatikan dalam PRPM (DBP) 'dipersetujui' dan 'setujui' di gunakan sering kali. Yang mana harus dipakai? 2. Bertanggungjawab di ikuti dengan untuk/bagi dan bertanggungjawab terhadap sesuatu. Yang mana betul? 3. Terima kasih di atas bantuan tuan/ terima kasih keana membantu saya. Yang mana betul? 4. Harga terbaru atau terbaharu? 5. Tahun baru atau tahun baharu (seperti jawatan baharu)? terima kasih. Peter Johnson1. Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama.
2. Untuk ayat kedua, kedua-duanya boleh digunakan. Sungguhpun demikian, perlu dilihat pada kontek ayat.
3. Terima kasih kerana membantu saya atau Terima kasih atas bantuan tuan.
4. Harga terbaru dan terbaharu, kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama.
5. Tahun baru dan tahun baharu juga boleh digunakan kerana membawa maksud serupa.
Tatabahasa29.11.2017
1234

Kembali ke atas