1) Saya masih keliru dengan pilihan jawapan yang diberikan oleh pihak tuan semalam berkaitan dengan geluk. Mengapakah pihak tuan memilih jawapan geluk sedangkan gayung menurut kamus dewan juga bermaksud pencedok air daripada tempurung yang bertangkai/sibur.Mengapakah jawapan gayung kurang tepat?http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gayung | Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Berdasarkan definisi tersebut, gayung perkataan yang tepat bagi gambar yang dilampirkan. | Tatabahasa | 09.07.2013 |
apa makna umpama kendi dengan kurek? yang mana kendi,yang mana kurek? | Saudara, Untuk makluman, tiada ungkapan ini di dalam rekod kami. Walau bagaimanapun makna kendi ialah sj bekas air yg bermuncung (bercerat) dan bertangkai (dibuat drpd tembikar atau tin), manakala makna kurik(bukan kurek) ialah bintik-bintik, rintik-rintik. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 27.12.2009 |
Apakah ejaan yang tepat bagi perkataan garfu? | Ejaan yang tepat ialah garpu. Kata masukan garpu dalam Kamus Dewan Perdana: garpu alat yg bertangkai agak panjang dgn hujungnya bercabang dua atau lebih, dibuat drp logam, plastik dsb, yg digunakan utk memegang atau mencucuk makanan spt daging atau lauk. Semoga jawapan ini membantu tuan/puan. Terima kasih. | Ejaan | 14.05.2023 |
Adakah perkataan mug (bahasa inggeris) yang bermaksud cawan atau kole telah dimasukkan dalam kamus bahasa Melayu? | Entri "mug" ada terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dan takrifnya adalah seperti yang berikut: n 1 bekas bertangkai tanpa piring yg dibuat drp ayan, porselin, plastik dll, digunakan utk minum kopi, teh dsb yg saiznya lebih besar drp cawan; 2 ... | Lain-lain | 30.05.2021 |
Kata nama am yang memerihalkan wadah memasak mi goreng, kuetiau goreng dan nasi goreng secara pukal yang selalu dijajakan di pasar malam, pasar pagi/tani, bazar ramadan dan seangkatan dengannya. Wadah memasak itu selalunya mempunyai buntut leper dan permukaan luas serta diperbuat sejenis logam berwarna hitam. | Dalam data kami terdapat istilah kuali leper yang merujuk maksud kuali bertangkai untuk menggoreng; kuali datar lekat yang bermaksud kuali yang datar berbentuk segi empat atau bulat untuk memasak burger, telur dan penkek; dan kawah yang bermaksud kuali besar tempat memasak nasi dan lain-lain. Yang manakalah tuan maksudkan? | Penyemakan dan penterjemahan | 08.10.2018 |
Kami dihidangkan dengan kopi dari/daripada cawan yang berbeza. Assalamualaikum, manakah jawapan yang betul? Dari atau daripada? Cawan tu boleh dirujuk sebagai tempat atau tidak? | Jawapan yang betul ialah “Kami dihidangkan kopi dengan cawan yang berbeza”. Dalam konteks ayat tersebut, kata sendi nama “dengan” membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat. Selain itu, menurut Kamus Dewan Perdana, “cawan” bermaksud bekas kecil seakan-akan mangkuk dan bertangkai dan biasanya digunakan untuk minum kopi, teh dan sebagainya. Perkataan “cawan” dalam konteks ayat tersebut tidak boleh dirujuk sebagai “tempat”. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 280 dan Kamus Dewan Perdana halaman 396. | Tatabahasa | 19.09.2023 |
Apakah perbezaan ejaan koleh dan kole memandangkan terjemahan tankard ialah kole besi dan terjemahan mug ialah koleh? Bukankah kedua-dua perkataan tankard dan mug ialah perkataan sinonim yang merujuk kepada gelas minuman yang mempunyai pemegang? | Penggunaan yang betul ialah "kole" kerana dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4, perkataan tersebut merujuk kepada bekas minuman bertangkai yang dibuat daripada ayan dan lain-lain. | Ejaan | 19.10.2020 |
Saya ingin bertanya mengenai terjemahan satu perkataan dibawah kategori sukan. Alat tersebut hanya mempunyai perkataan terjemahan dalam bahasa Inggeris dan diambil dari perkataan bahasa Rusia. Nama alat tersebut ialah Kettlebell (Eng; manakala dalam bahasa Rusia disebut Гири - Giri). Saya pernah terbaca satu artikel dalam surat khabar tempatan di mana ianya diterjemahkan sebagai "Besi Tampin". Soalannya ialah: adakah apa-apa cadangan terjemahan dari DBP untuk perkataan Kettlebell? Jika ada, apakah terjemahan sebenar? Jika tiada, bolehkan perkataan besi tampin digunakan sebagai terjemahan untuk perkataan kettlebell. Sekian Terima kasih | Kettlebell ditakrifkan sebagai “a round weight with a flat bottom and thick handle on top that is used for exercise and weight training”, iaitu sejenis pemberat daripada besi yag berbentuk bulat dan bertangkai dan digunakan untuk senaman. Tampin ialah bakul tradisional yang diperbuat daripada daun mengkuang yang dianyam untuk menyimpan manisan, biasanya dodol. Jika dilihat dari segi ciri-ciri seperti saiz dan bentuk, “kettlebell” seakan-akan tampin. Oleh yang demikian, “Besi Tampin” sebagai padanan bahasa Melayu untuk “kettlebell” boleh diterima. | Istilah | 24.03.2019 |
Saya Halimah sedang pelajar pusat bahasa Melayu peringkat dasar ingin bertanya DBP, apakah maksud pantun lapan krat itu terimakasih | Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman silam. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun, orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik. Pantun juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun berkait. Berikut contoh pantun lapan kerat; Bagus rupa bunga melur, Putih rupanya bunga pinang, Berukir bertangkai perak, Permainan raja perempuan; Pahar cerek sudah teratur, Cawan mangkuk sudah terletak, Samalah duduk kita makan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang ciri-ciri pantun dan syair puan boleh merujuk buku-buku berkaitan puisi Melayu Tradisional yang ada di pasaran. Contoh buku yang disarankan ialah Puisi Melayu Tradisional karya Dr. Harun Mat Piah, terbitan DBP.
| Tatabahasa | 06.11.2013 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.., saya ingin bertanya tentang maksud sebenar kata "tampuk" pada buah manggis. Dalam KD, tampuk diberikan maksud "bahagian tangkai hujung tempat buah melekat". Ini jelas menurut beberapa sumber yang menterjemahkan "tampuk manggis" ini sebagai "pedicel of a mangosteen" (cth dalam "Spirit of Wood: The Art of Malay Woodcarving" halaman 129 dan 134). Tapi agak mengelirukan apabila ia turut dipakai untuk merujuk pada parut di bawah buah manggis (yang bentuknya macam bunga tu). Adakah penggunaan yang kedua itu tepat? | Makna kedua tersebut kurang tepat. Tampuk pada asasnya berada pada pangkal buah, berkeliling kelopaknya dan melekat pada tangkai. Jika tampuk dianalogikan seperti dalam tampuk pemerintahan, maknanya berkait dengan pemerintahan atasan atau tertinggi serta berpusat. Tampuk dalam bentuk corak pula melambangkan tampuk buah yang dilihat dari pandangan atas. Tampuk pada cerek, pistol dsb pula dikaitkan dengan berpemegang. Tampuk bunga pula ialah bahagian hujung tangkai yang berkelopak dan memegang bunga. Jadi, makna tampuk adalah bercirikan berpusat/berkeliling, memegang dan berada di pangkal atau di bahagian atas sesuatu. Tampuk buah manggis juga dipanggil tapak lawang. Tidak dinafikan ada kalangan masyarakat yang memanggil bunga di bahagian bawah pada buah manggis itu dengan nama tampuk manggis. Mungkin kerana tidak arif dan menyamakan maknanya dengan motif atau corak pada songket, sulaman dsb. Padahal, motif atau corak tersebut juga adalah gambaran pandangan atas tampuk buah manggis yang berkelopak dan bertangkai itu. Atau mereka mungkin juga terkeliru dengan motif atau corak bunga lawang. | Makna | 18.06.2023 |