Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.nya ta.nya] | برتاڽ - تاڽ

Definisi : berkali-kali atau berulang-ulang bertanya, bertanya ke mana-mana, saling bertanya antara satu dgn yg lain: saya duduk bercakap-cakap dan ~ khabar negeri Singapura; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.nya ta.nya] | برتاڽ - تاڽ

Definisi : berulang-ulang atau berkali-kali bertanya: Ia ~ kalau-kalau ada orang yg tahu akan hal itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertanya-tanya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya tentang tatabahasa. berapakah jenis-jenis ayat tanya yang terdapat dalam penggunaan tatabahasa? dan apakah jenis-jenis ayat tanya tersebut? berharap agar pihak anda dapat memberi penerangan dengan lebih lanjut. kerjasama anda sangat saya hargai.Terima kasih.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?). Contohnya: Encik Zulkifli pengurus syarikat itu? Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu ayat tanya dengan kata tanya (Contohnya: Hari perkahwinannya bila?) , ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya (Contohnya: Gurunya siapa?) dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya (Contohnya: Ali hendak ke mana?). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk  Tatabahasa Dewan. 

 

 

Tatabahasa30.01.2011
Salam sejahtera, Tuan/puan, Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata tanya. Bolehkah kata tanya dimasukkan dalam ayat penyata seperti ayat di bawah? Ramalkan apa yang berlaku jika lapisan kornea tercalar. Minta penjelasan. Terima kasih.Kata apa boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana selain daripada berfungsi sebagai kata tanya apa juga bermaksud sesuatu yang kurang tentu.Tatabahasa29.06.2012
saya nak tanya tentang cara mengeja,saya tak tahu di mana tempat yang sesuai untuk saya bertanya.jadi saya cuba tanya di ruangan ini shj. saya nak dan rakan-rakan keliru bagaimana hendak mengeja perkataan seperti daun,dua,liar dsb.ada yang kata (eja dua suku kata)da un=daun, ada yg kata(eja terus jadi 1 suku kata) daun=daun.jika anda boleh bantu,tolong jelaskan mana yang betul.tkasih

Soalan yang dikemukakan tidak jelas, sama ada merujuk kepada pemisahan suku kata atau sebutan. Untuk makluman pemisahan suku kata dan sebutan bagi perkataan yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:

Perkataan        Pemisahan Suku Kata      Sebutan 

daun                 da-un (KV-KV)                    daun

dua                   du-a (KV-V)                        dua

liar                    li-ar  (KV-VK)                       liar

Ejaan05.08.2011
Saya Suhaila Awae, sedang belajar pusat Bahasa Melayu dasar, ingin bertanya tentang tata bahasa, apakah perbezaan Kata tanya dengan Kata seru, terima kasih.Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa,berapa,bila dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.
Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah aduh, amboi, cis, oh, eh, wah, aduhai, syabas dan wahai.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255.
Tatabahasa20.11.2013
Saya ingin bertanya, adakah penggunaan "-kah" di dalam frasa tanya di bawah menepati tatabahasa? Di manakah kamu tinggal? Ke manakah kamu telah pergi? Dari manakah kamu datang? Yang manakah ibu kamu? Sejak bilakah kamu telah berkahwin? Sampai bilakah kamu ingin mendiamkan diri? Dengan siapakah kamu datang? Untuk siapakah hadiah ini? Untuk apakah dia kembali? Pada fahaman saya, imbuhan "-kah" hanya digunakan sekiranya kata soal/kata ganti nama diri tanya merupakan perkataan pertama dalam frasa tanya tersebut. Tetapi dalam contoh-contoh di atas, perkataan pertama ialah frasa sendi nama. Adakah terdapat pengecualian? Terima kasih.

Penggunaan kata sendi nama dalam ayat tanya tersebut adalah betul. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kehadiran partikel -kah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan. Asal ayat ini, Kamu tinggal di mana? - di mana ialah predikat frasa sendi nama dan apabila dikedepankan menjadi Di mana kamu tinggal? atau Di manakah kamu tinggal?

Tatabahasa13.12.2010
Salam sejahtera Saya ada kekeliruan tentang tanda baca (" ") (?) (!) (,) dan noktah. Kalau ayatnya begini: lelaki itu bertanya "mana dia pergi?". Betulkah tanda baca yang digunakan? Adakah noktah sepatutnya di dalam atau di luar tanda petik? Adakah koma selepas "bertanya" itu betul? Kalau ayatnya begini: lelaki itu menjerit, "awas kau!". Betulkah susunan tanda baca? Adakah tanda seru sepatutnya di dalam atau di luar? Kalau ayatnya begini: lelaki itu kata "aku pergi ke kedai tadi", perempuan itu pula bertanya, "kau beli apa?". Adakah tanda koma sepatutnya di dalam atau di luar tanda petik? Saya ada terbaca sesetengah tulisan begini: "saya bermalam di rumah kawan saya," kata si dia. Ada juga yang begini: "saya bermalam di rumah kawan saya", kata si dia. Mana satu penggunaan tanda baca yang betul?Penggunaan tanda petik  (" ")yang betul ialah:
a. "Mana dia pergi?" tanya lelaki itu.
b. Lelaki itu bertanya, "mana lelaki itu?"
c. "Saya bermalam di rumah kawan saya," kata si dia.

Tanda petik mengapit keseluruhan ayat termasuk tanda baca yang lain yang menunjukkan ayat tersebut sama ada ayat tanya atau ayat seru.

Untuk memahami lebih lanjut, puan boleh merujuk buku Gaya Dewan terbitan DBP untuk penggunaan tanda baca yang betul.
Tatabahasa20.09.2013
Saya pernah tanya satu soalan pada 25/7/2008: 1. Adakah frasa "bertanyakan saya tentang jalan ke Muzium Perlis" betul atau salah? Jawaban yang diberi oleh pihak DBP ialah '........bertanya saya tentang jalan ke Muzium Perlis' atau '....bertanyakan tentang jalan ke Muzium Perlis'. Saya kurang bersetuju dengan jawaban yang kedua yang diberikan. Hal ini demikian kerana selepas perkataan "bertanyakan" bukankah tidak boleh letak perkataan "tentang" kerana adanya imbuhan -kan di perkataan sebelumnya. Harap pihak berkenaan dapat memberi penjelasan tentang hal tersebut. Sekian, terima kasih.

Memang benar pendapat saudara. Pilihan jawapan yang kedua sepatutnya berbunyi begini: '....bertanya tentang jalan ke Muzium Perlis'

Tatabahasa03.11.2008
saya maha siswa YIU ingin bertanya,apa nama ganti nama tak tentu serta contohKata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya:

apa-apa:   Bawalah apa-apa yang ada.

mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka.

siapa-siapa (sesiapa); Siapa-siapa pun boleh bersuara.

 

Lain-lain30.07.2010
assalamualaikum tuan. saya ingin bertanya mengenai ejaan NASI KEBULI. saya dapati, ejaan NASI KEBULI dalam kamus dewan edisi keempat adalah NASI KABULI. tapi bila saya google NASI KABULI, yang saya temui adalah NASI KEBULI. beberapa orang lama yang saya tanya, mereka juga menjawab NASI KEBULI. Bagaimana ya tuan. apakah ejaan yang tepat, NASI KABULI atau NASI KEBULI? sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah nasi kabuli.Ejaan19.08.2013
Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan 'di mana', 'yang mana' dan 'diperolehi' dalam penulisan ayat Bahasa Malaysia. Adakah boleh digunakan perkataan tersebut? Contoh ayat "...kemahiran dan kecekapan di mana kelayakan yang diperolehi pada lazimnya..." Terima kasih.Kata 'di mana' hanya sesuai  digunakan sebagai kata tanya, contoh : Di mana awak tinggal?. Ejaan yang betul ialah diperoleh. Merujuk kepada contoh ayat yang diberikan : ... kemahiran dan kecekapan di mana kelayakan yang diperolehi pada lazimnya ... adalah salah. Cadangan kami ialah ... kemahiran dan kecekapan yang diperoleh pada lazimnya ... . Tatabahasa16.06.2009
12

Kembali ke atas