Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tapak (kata nama)
1. Bersinonim dengan telapak: ketapak

2. Bersinonim dengan bekas: jejak, kesan, tanda,

3. Bersinonim dengan asas: dasar

Kata Terbitan : setapak, bertapak, bertapakkan, menapak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah faktor kedatangan pendatang asing, kepentingan, keburykan, dan langkah-langkah mengatasinya?Sila rujuk aritkel dibawah : 1. Bekerjasama menangani masalah pendatang oleh Megat Hishamuddin Megat Syamil Dewan Masyarakat 01/06/1998. 2. Buruk baiknya pendatang asing oleh A. Samad Ismail Dewan Budaya 01/12/1996. 3. Menangani masalah pendatang tanpa izin oleh Lee Lam Thye Dewan Budaya 01/05/1998. 4. Menangani pendatang asing oleh Sundharan a/l Sivathasan Dewan Siswa 01/06/1998. 5. Pekerja asing dan pendatang haram Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/08/1996. 6. Pendatang tanpa izin mengancam kestabilan negara oleh Zin Mahmud Dewan Siswa 01/03/1997. 7. Pendatang tanpa izin: sudah mula bertapak? oleh Junipah Wandi Dewan Masyarakat 01/09/1994.Lain-lain20.10.2007
Bagaimanakah hendak membezakan penjuru dan tepi?Untuk membezakan kata penjuru dan kata tepi, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:

penjuru 1 kata nama
1 tempat bertemunya dua garisan, sisi atau permukaan; sudut.
Contoh penggunaan:
Dia mengambil talam yang terletak di penjuru meja.
Kertas itu dicampakkannya ke dalam bakul sampah yang terletak di penjuru bilik.

2
tempat yang paling hujung dan terpencil di sesebuah kampung, negeri dan sebagainya; ceruk.
Contoh penggunaan:
Bangunan pencakar langit dan hutan batu memenuhi setiap penjuru bandar raya.

3
bahasa kiasan
ruang dalam fikiran, hati dan sebagainya:
Contoh penggunaan:
Kemelut yang berlegar-legar di penjuru fikirannya membuatkan dia gelisah.
Kata-kata itu tertancap terus ke penjuru hatinya.

tepi kata nama
1 bahagian bidang, permukaan dan sebagainya yang di luar sekali.
Contoh penggunaan:
Bahagian tepi kain dikemas dan dikelepet bertindih.
Salutkan permukaan dan tepi kek dengan krim mentega.

2
bahagian yang terletak di kiri atau di kanan seseorang atau sesuatu:
Contoh penggunaan:
Hanya bunyi kiut gerakan dayung dan tamparan ombak memukul tepi perahu.

3 tempat atau kawasan berhampiran dengan dinding, sawah, air laut dan lain-lain.
Contoh penggunaan:
Ramai juga yang membuat khemah dan unggun api di tepi pantai.
Mereka berehat melepaskan lelah di tepi sawah.

4 sempadan di antara satu dengan yang lain:
Contoh penggunaan:
tepi hutan; tepi kota; tepi langit;

5 sesuatu yang dipasang pada pinggir baju, kain dan lain-lain supaya tidak retas:
Contoh penggunaan:
Tiba-­tiba kakinya tersadung tepi permaidani.
tepi langsir;

6 Matematik garisan yang menyambungkan satu poligon atau yang menemukan dua muka dalam pepejal tiga dimensi, misalnya kuboid mempunyai 12 tepi dan piramid bertapak sisi empat mempunyai 8 tepi.

Setiap kata mempunyai makna yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.

Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.

Makna19.09.2023

Kembali ke atas