Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.rung] | برتاروڠ

Definisi : 1. berlanggar, berhantuk; 2. berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, dll: sesudah ~ dgn raksasa dan Raja Lembu, kipas sakti itu diperolehnya juga; 3. berlawan (dlm perlawanan sukan dll), bertanding: ramai pelumba motosikal yg terkemuka dr Jepun akan ~ utk merebut piala kejohanan tersebut; 4. sl berbantah, berdebat: kedua-duanya ~ di hadapan hakim; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.rung] | برتاروڠ

Definisi : 1 berlanggar atau berhantuk dgn sesuatu (bkn kereta dll). 2 bertanding dlm sukan dll; beradu: Beberapa orang peserta yg handal akan ~ dlm pertandingan itu. 3 bergaduh; berkelahi; berperang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarung
Kata Terbitan : bertarung, menarungkan, mempertarungkan, pertarungan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah "fighter" diterjemahkan sebagai petarung? Dalam tinju terdapat peninju. Dalam silat terdapat pesilat. Dalam gusti terdapat penggusti. Dalam pertarungan haruslah ada petarung, iaitu seseorang yang tidak tertumpu pada satu bentuk seni bela diri sahaja. Ahli bela diri pula tidak sesuai kerana mereka bukan membela diri tetapi bertarung.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'fighter' ialah pejuang yang bermaksud orang yang berjuang untuk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu manakala merujuk istilah sasar bagi tarung pula ialah berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, berbantah atau berdebat. Maka perkataan pejuang lebih sesuai digunakan bagi seseorang yang ingin merebut, mencapai atau mempertahankan sesuatu perkara atau benda.Makna01.12.2021

Kembali ke atas